Kasih Seorang Guru

Assalamualaikum pembaca sekalian. Terima kasih admin sebab sudi siarkan confession aku.

Dari tajuk confession aku, mesti pembaca dah dapat agak aku nak bercerita tentang guru. Korang ingat tak masa sekolah dulu, mesti korang ada guru kegemaran atau guru kesayangan kan?

Biasanya masa kat sekolah rendah sebab masa tu kita kanak2 lagi dan mudah nak suka dekat siapa2 yang baik dekat kita. Kalau pun takde cikgu kesayangan, wajib lah ada seorang dua guru yang kita kenang smpai bila2 betul tak?

Dulu, masa sekolah rendah, semua cikgu yang mengajar aku baik2. Aku rindu, aku sayang semua cikgu aku. Tapi yang paling aku sayang adalah cikgu N. Cikgu N adalah cikgu perempuan yang jadi guru kelas aku dari tahun 2 smpai tahun 5.

Cikgu N, penampilan dia sentiasa cantik dan menarik. Pakaian dia cantik2, gaya dia pun menarik. Cikgu N pun memang cantik orangnya, sebab tu gaya dia menjadi je. Sekarang ni ramai yang komplen cikgu2 bergaya sangat tapi itulah, budak2 suka kan cikgu2 yang cantik2, kacak ni. Lagi senang nak tarik perhtian murid belajar. Kan?

Macam kebanyakan guru, cikgu N ni baik sangat dengan murid2 dia. Kalau salah memang dia akan tegur. Kalau tak siap kerja rumah, memang dia akan marah tapi biasanya aku buat je semua kerja dia bagi sebab aku minat subjek yang dia ajar dan rasa hormat aku pada dia membuatkan aku rasa tak senang kalau tak siap kerja yang dia bagi.

Lagipun, ayah mak aku garang. Diaorang punya marah kalau aku tak siap kerja sekolah lebih dari cikgu marah. Sembunyi bawah rumah dibuatnya kalau kantoi. Hahaha

Back to cikgu N. Dia baik sangat. Setiap hari dia akan bagi nasihat supaya kami, anak2 didik dia jadi orang yang baik, jadi orang berguna, jangan nakal2 Dan belajar rajin2.

Kalau aku ingat balik, kelas aku tu kena cop kelas paling nakal dan bising kat sekolah masa batch kita orang tu. Cikgu N pulak guru kelas. Tapi, cikgu N membebel sayang je la kat kita orang. Cikgu lain je yang tiap kali masuk mesti akan marah. Tapi marah sayang le..

Cikgu N tinggal kat kuarters sekolah sebab dia bukan asal dari kampung aku. Cikgu2 yang tinggal dekat dalam kawasan sekolah ni, biasanya lagi rapat dengan murid2. Zaman aku sekolah dulu, sekolah jadi tempat bermain. Petang2 aku dan kawan2 akan pergi ke sekolah. Kalau dah habis kelas petang, kami smbung main kat padang sekolah.

Cikgu N pula selalu la jenguk2 kami main. Kadang2 dia ajak makan kuih dekat rumah dia sambil borak2 dengan kami. Biasanya kamilah yang becok bercerita. Dia dengar je.. Haha..

Selain mengajar dekat kelas, cikgu N ni adalah guru kebudayaan. Jadi dia akan latih budak2 kalau ada perse bahan tarian atau pertndingn tarian. Salah seorang murid yang selalu ikut menari tu akula. Lupa pula nak cakap, aku perempuan ye.. Karang korang tak boleh bayangkan pulak aku duduk membawang kat rumah cikgu pastu menari. Hehehe.

Jadi, sebab dalam setahun tu memang ada smpai 7-8 kali persembahan tarian, kot.. Maka kami memang banyak luang kan masa dengan cikgu N. Last2 kita orang jadi rapat dan rasa cikgu N macam ibu. Masa tu, selepas mak ayah, cikgu N la yang paling aku hormat dan sayang.

Cikgu N sangat banyak mempengaruhi kehidupan aku. Maksud aku, didikan dia, cara dia, aku terikut2. Tulisan aku boleh dikatakan cantik sebab masa sekolah aku suka tengok tulisan cikgu N kat papan hitam. Cantik dan sangat kemas. Dari segi gaya dan penampilan pun aku nak ikut cantik macam dia.

Dulu, aku tinggal kat kampung, kebanyakan perempuan dewasa pakai kain batik je pegi mana2. Cikgu perempuan yang lain pula cantik, tapi cikgu N yang paling cantik. Jadi dialah satu2nya role model yang kiranya boleh jadi ikutan kalau nak cantik bergaya.

Dah namanya cikgu, tingkah laku cikgu N pun sangat sopan dan tertib. Bila dia ketawa, takde terbahak2 ke apa. Bila marah pun tak terjerit2. Cukup dia jeling maut senyaplah kita orang satu kelas. Hahaha..

Bila berborak dengan orang terutamanya ibu bapa, senyum memanjang. Pendek kata, personaliti dia memang sangat disenangi. Mak ayah aku pun selalu puji cikgu N dan hormat dekat dia.

Mak aku siap beli hadiah hari guru lagi suruh aku bagi kat ckgu N tiap tahun sebab dia nak aku hormat cikgu N. Untuk cikgu lain pun mak aku beli kan juak. Tapi untuk cikgu N selalu extra. Kalau cikgu lain dapat 2 batang pen, cikgu N dapat 3.. hahaha.. Sampai aku habis sekolah rendah mak aku selalu pesan, jangan lupakan cikgu2 kat sekolah rendah.

Kalau nak diceritakan habis, memang panjang sangat.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini, selain mak ayah aku, cikgu2 la orang yang paling banyak berasa dalam hidup aku, dan membentuk aku menjadi seorang manusia. Aku takkan lupa jasa2 semua guru yang pernah mengajar aku.

Cikgu N pula, sentiasa ada tempat istimewa dalam hati aku sebab dia ibarat seorang “ibu” di sekolah yang sentiasa menjaga dan membimbing aku tanpa lelah dan jemu. Aku tahu aku murid yang “banyak akal” dan mungkin banyak kali membuatkan dirinya terguris hati.

Tapi, pada hari terakhir aku berjumpa dengan nya di sekolah, dia tetap memeluk erat dirik dan berpesan agar aku terus belajar bersungguh2 dan jadi orang yang berjaya.

Tanpa aku duga, pelukan itu benar2 yang terakhir darinya. Semasa di sekolah menengah, aku mendapat berita bahawa cikgu N telah pergi menghadapi Illahi buat selamanya.

Jika dia masih ada, inginku beritahu, aku telah menjadi seorang guru, dia adalah idolaku dan aku ingin menjadi guru sepertinya. Pasti dia bangga.. Namun aku sedar, tak mungkin aku mampu menjadi seperti cikgu N, kerana dalam ingatanku, dia adalah seorang guru yang cukup sempurna.

Terima kasih atas segala didikanmu wahai guru. Semoga Allah menempatkanmu dalam kalangan orang2 yang Dia kasih dan menaikkan darjatmu setinggi2nya. Aamiin…

Murid yang rindu,

– Mudirah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *