Aku harap ada yang sudi baca kisah aku ni.
Sebelum memulakan kisah, izinkan aku memperkenalkan diri aku. Aku seorang wanita, awal 40 an, mempunyai perniagaan dalam bidang professional.
Telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak, seorang lelaki dan dua orang perempuan. Anak-anak ku berumur 10, 5 tahun dan 2 tahun 6 bulan. Suamiku mempunyai perniagaan sendiri juga.
Kisah aku bermula ketika umurku 25 tahun. Aku terjumpa crush lama aku semasa aku di sekolah rendah. Ketika bersekolah kami memang berkawan baik. Dia seorang budak yang rajin, bijak dan di mata aku sangat kacak.
Aku memang minat dia tapi dia tak pernah tahu. Tamat sekolah rendah kami sama- sama bersekolah di sekolah berasrama penuh. Kami masih berutus surat dan bertanya khabar sehingga lah di tingkatan 3. Kami terputus hubungan.
Aku meneruskan persekolahan ku, memasuki matrikulasi dan universiti. Walaupun beberapa kali melalui episod bercinta, aku tak pernah lupakan dia.
Owh, aku lupa kenalkan namanya. Lets call him Aizat. Walaupun aku tak pernah lupakan Aizat, tapi aku tak pernah cuba menjejaki dia.
Pada suatu hari, ketika aku masih belajar di universiti (umur 21 tahun), kawan sekolah menengah aku, Zarul telah datang dan dipendekkan cerita, dia memberitahu aku tentang Aizat. (Aizat merupakan jiran setaman Zarul)
Zarul memberitahu yang Aizat sudah berkahwin. Ketika mendapat tahu berita, aku terfikir, siapalah isterinya. Beruntung betul.
Zarul memberikan aku nombor telefon Aizat. Aku menghantar pesanan ringkas dan menyampaikan ucapan takziah atas kehilangan adiknya. Zarul yang beritahu adik Aizat baru meninggal). Tapi mesejku tidak berbalas.
Ok, sekarang aku mulakan kisah ketika umurku 25 tahun. Ketika sedang mengadap komputer, aku mendapat mesej dari Aizat. Sejak aku dapat nombor dia dari Zarul, aku tak pernah delete nombor dia.
Mesej dia pendek saja,
“Assalamualaikum, ini Melissa ke?”
Aku tatap lama mesej tu. Setelah beberapa minit baru aku reply. Juga dengan jawapan pendek. “Ya, saya”
Dipendekkan cerita, malam itu kami berjumpa kerana dia ingin beritahu perkara yang lama dia rahsiakan daripada aku.
Ketika jumpa, aku teruja kerana sudah lama tidak berjumpa kawan lama dan tak sabar ingin tahu perkara rahsia tersebut.
Setelah bertemu, dia banyak bercerita hal keluarga nya. Aku juga berkongsi hal kerjaya ku. Dan akhirnya dia memberitahu rahsia yang dia simpan selama ini. Dia suka aku dari sekolah rendah.
Dia tak pernah lupakan aku cuma dia tak tahu bagaimana mahu menjejakiku kerana aku berpindah rumah dan bertukar nombor telefon. Iyalah, zaman tu bukan macam sekarang semua nya di hujung jari. Aku nampak ketulusan cinta dalam mata dia.
Aku menolak dengan baik walaupun ada sedikit terkilan kerana aku memang sukakan dia dari zaman hingusan dahulu. Mana mungkin aku menyakiti hati perempuan lain demi kebahagiaanku.
Sejak hari itu, dia sesekali ada menghubungiku bertanya khabar dan aku hanya melayan sebagai seorang kawan. Ada juga aku stalk facebook isterinya. Tak banyak yang aku jumpa.
Lama kelamaan, kami tidak berhubung lagi. Hanya sekadar ucapan selamat hari lahir,hari raya dan tahun baru.
Sehinggalah selepas aku berkahwin dan mempunyai 3 anak, kami terserempak di basement parking. Kereta kami bersebelahan. Dan kami amat teruja dan berbual seketika bertukar khabar. Jujur, aku masih sukakan dia. Dia? Aku boleh lihat sinar dalam mata dia.
Disaat kami terjumpa,aku sudah lebih 3 bulan berperang dingin dengan suamiku. Hubungan kami bermasalah bukan kerana orang ketiga atau kewangan tetapi kerana suamiku jenis yang suka memendam.
Dari mula kahwin dia selalu play victim dan di akhirnya nanti aku yang kena minta maaf walaupun kadang-kadang aku tak tahu apa salah aku.
Bila cycle play victim- silent treatment berterusan, lama- lama aku jadi muak dan tawar hati. Kalau dulu aku selalu stress/ menangis bila dia berdiam diri bermasam muka, sekarang aku hanya biarkan.
Aku masih buat kerja-kerja rumah dan menjaga anak-anak. Cuma aku tak stress atau tertanya-tanya lagi kenapa dia berdiam. Tiga bulan duduk serumah tetapi tidak bertegur sapa, boleh bayangkan tak betapa egonya kami berdua.
Ketika terjumpa Aizat tidak sepatah pun keluar dari mulutku yang rumahtangga aku bermasalah. Aizat pun sama, ceritanya hanya berkisarkan hal anak-anak.
Selang beberapa bulan, aku dapat tahu. Dari kenalan ku yang Aizat rupanya dalam proses penceraian.
Aku pula sudah dua kali mendapatkan khidmat kaunseling. Suamiku masih dengan egonya, diajak ke kaunseling pun tidak mahu atas alasan malu jika orang tahu. Kini,hampir 2 tahun aku dan suami dingin.
Aku dan Aizat masih tidak berhubung mesra. Aku pun tak tahu dia tahu atau tidak tentang hal perkahwinan ku ini. Cuma aku berdoa, semoga Allah permudahkan dan bahagia kan hidup kami. Hanya Allah yang tahu segalanya..
Aku minta maaf andai cerita aku seperti tiada hujung..kerana aku sendiri pun tak tahu apa hujungnya kisah aku ni.
Assalamualaikum.
Signing off..
– Melissa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit