Assalamualaikum. Di sini aku perkenalkan diriku sebagai Lemonade. Sudah berkahwin dan mempunyai anak. Aku merupakan anak bongsu dalam keluargaku. Kisah ini berkisarkan tentang keluargaku, ibu bapaku & adik beradikku.
Okay, di sini aku mulakan cerita. Tahap pengajianku adalah degree. Dalam adik beradikku cuma dua orang sahaja yang belajar tinggi sehingga ke Degree iaitu aku dan kakak keduaku. Abangku dan kakak ke empat hanya SPM kerana mereka tidak minat untuk belajar. Kakak ketigaku sehingga diploma.
Keluarga kami bukan dari keluarga berada dan bukan juga dari keluarga miskin. Elok lah aku katakan keluarga kami sederhana dan cukup2 makan sahaja. Kami dari kecil diajar untuk berusaha keras jika mahukan sesuatu. Buatlah part time ke meniaga ke untuk dapatkan duit.
Alhamdulillah berkat tunjuk ajar ibu bapaku, kami adik beradik masing2 sudah bekerja (kecuali kakak ketiga yang membuat keputusan untuk menjadi homebaker kerana minat yang mendalam).
Adik beradikku semua bekerja dan ada pendapatan sendiri. Apa yang menyakitkan bagi aku ialah mereka tidak pandai menguruskan kewangan masing2. Kerap kali berhutang sana sini. Berhutang di sana untuk menutup hutang di sini.
Bagi aku, perkara paling aku pantang adalah berhutang. Aku ni kalau boleh berusaha keras untuk melangsaikan hutang2 aku seperti hutang PTPTN & kereta. Aku bekerja swasta dalam masa yang sama aku berniaga online untuk tambah pendapatan.
Alhamdulillah berkat usaha, aku berjaya langsaikan hutang2 komitmentku dengan cepat. Setiap bulan tak pernah miss bagu duit belanja kepada ibu bapaku walaupun aku sudah berkeluarga. Tapi apa yang menghairankan aku, kakak2 seringkali terbeban hutang.
Hampir setiap bulan mereka akan merungut tidak cukup duit sehingga terpaksa meminjam duit ibu. Padahal gaji mereka lebih tinggi berganda dari gajiku. Ibu sering mengeluh mereka meminjam duit ibu hampir setiap bulan tapi ada yang lambat bayar malah ada yang buat2 lupa sampai tak bayar langsung.
Alasan mereka nak meminjam pula tak kukuh. Meminjam duit ibuku hampir RM1k hanya untuk membeli handphone baru. Allahu mengeluh aku. Sedangkan handphone ibu pun aku yang belikan, ini ibu terpaksa mengeluarkan duit untuk handphone anaknya yang lain.
Kadang aku pelik, mereka mengatakan tidak cukup duit sehingga terpaksa berhutang, tapi seringkali makan2 di luar dan pergi bercuti.
Disebabkan mereka nampak sumber kewanganku sedikit kukuh kerana business online boleh dikatakan agak berjaya, mereka seringkali nak meminjam dariku.
Bila berjumpa mesti nak suruh belanja itu ini. Bila di rumah ibu bapaku sering mereka meminta aku belanja makan. Kalau seorang dua takpe tapi untuk semua orang termasuk anak2 & orang gaji mereka.
Aku ni sedangkan pergi kerja pun bawa bekal untuk berjimat. Tapi depan ibuku, jika menolak nanti ibu akan kata belanja jela duit banyak2 simpan bukan boleh bawa mati. Terkesan aku dengar.
Bila aku katakan aku tiada duit, ibu akan back up kakak2 lain dan katakan yang aku ni kata je tiada duit tapi mampu beli rumah dan kereta (walhal kereta aku beli kereta 2nd hand je).
Bukan kedekut, aku boleh je belanja kakak2 ku dan keluarga tapi kalau setiap kali jumpa minta belanja, siapa yang tahan kan? kadang aku terasa hati dengan ibu & adik beradik ku sebab pernah satu ketika aku sedang jatuh dan sangat2 memerlukan RM300 je tapi tiada seorang pun membantu.
Ibu tidak menghulurkan duit atas alasan aku bekerja dan mampu cari sendiri kononnya. Bila aku tanya adik beradik yang lain semua bagi alasan. Dan atas sebab itulah, aku kurang membantu kalau adik beradik ingin meminjam wang kerana waktu aku susah mereka tidak menolong pun.
Pernah juga aku bagi mereka pinjam duit, tapi macam biasa, ada yang buat2 lupa, ada yang lambat bayar atas alasan tak cukup duit tapi seminggu lepastu pergi bercuti di Kuantan.
Pernah aku suarakan kepada ibu, kenapa kalau aku nak pinjam dia tak bagi tapi yang lain dia boleh bagi. Ibu katakan yang duit ibu tu pun dapat dari duit yang aku beri kepada ibu setiap bulan.
So, ibu kata aku mampu cari duit sendiri berbanding kakak2 yang lain. Aku jadi sedih. Aku juga pernah menolak bila kakak2 ku minta dibelanja. aku katakan aku tiada duit, terus mereka tarik muka dan boikot aku seminggu.
Tak paham aku macamana nak layan perangai mereka2 yang tak pandai mengurus kewangan ni tapi nak jugak gaya hidup mewah.
Terpanjang pula coretan ku ini. Sekian sahaja. Terima kasih sudi membaca.
– Lemonade (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit