Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera IIUMC Admin & Readers. Tujuan aku tulis ni, nak bagi awareness.
Masyarakat kita ni ada satu masalah, suka amalkan ‘toxic positivity’ (boleh google untuk details). Tak ‘validate’ perasaan orang yang mengadu kepada mereka, pandang rendah keluhan orang itu, memperkecilkan masalah dia,
Dan lebih teruk lagi, menyalahkah dia seolah2 masalah tu berpunca darinya, sang ‘Confessor’. Ya, ‘confessor’ aku maksudkan bukan dalam skop IIUMC sahaja, tapi dalam sekitaran kita.
Hari tu baca kisah seorang adik yang mengadu pasal Alongnya. Bukan main ramai yang hentam cakap adik nak duit abang. Baca Makcik Misteri punya cerita, ada jugak yang cakap Makcik ni play victim.
Then aku baca berita tentang budak 7 tahun yang meninggal lemas tapi disyaki didera. Terus aku putuskan apa yang aku pendam mesti disuarakan.
Aku ni, biarlah orang kata overthinking, tapi berdasarkan pengalaman hidup, hanya mereka yang lalui sahaja tahu the intensity & depth of the trauma, konflik, isu & apa sahaja yang menghantui mereka.
Yang mereka cerita tu sikit saja. Tapi nak sampai tahap mereka menulis tu, bertahun2 mereka hadap. Pastiya banyak incident yang melukakan hingga berparut, mungkin seumur hidup.
Often, punca utama kekusutan mereka tak tersurat, tetapi tersirat. Cerita kisah hidup kita semua ni, kalau rekod pun 4-5 hari tak habis, usahkan nak dapat disampaikan dalam 4-5 muka surat.
Setakat apa yang dikongsi, berilah Confessor ‘the benefit of the doubt’. Ini tak, ada sahaja kumpulan yang cepat nak menghukum.
Tu pasal aku ni dah lama stop cerita masalah kat orang sebab dah tak larat berdepan dengan rejection. orang tak percaya. Dari budak sampai remaja sampai dewasa.
Kami punya parents abusive. Emak abuse kami physically, emotionally, mentally & Abah abuse kami by letting the abuse continued. Maaf Admin, banyak guna bahasa Inggeris (dengan izin).
Apa kami alami ialah tiap kali cerita kepada guru, kawan sekolah, saudara, jiran, orang akan cakap, Mak awak nak ajar awak tu, biasalah Mak kita pun garang, Mana ada Mak yang tak sayang anak.
Ustaz, Ustazah, Pakar Motivasi pun selalu ceramahkan pasal pengorbanan ibu bapa. Jarang pulak yang tekankan nasib anak2 yang jadi korban ibu bapa.
Kami ni tak dapat pembelaan masyarakat walau ada talian Nur atau usaha lain, generasi muda lebih dididik bersaing daripada berempathi.
Ringkasnya mengenai aku & keluarga sendiri, kami membesar dalam keadaan cedera emosi, tiada kasih sayang, kurang keyakinan, etc & kami juga jadi psychiatric cases.
Alhamdulillah aku jumpa psychiatrist 2-3 kali, kemudian berubat secara Islamic, ke Darusyifa’ & beberapa perawat, dan boleh dikatakan pulih pada usia 20an.
Aku punya rezeki, mungkin kerana paling kurang abuse exposure sebab umur 13 masuk asrama, lepas SPM terus fly overseas. By the time konvo aku dah kerja, kawin & duduk menyewa di negeri berbeza.
Sedangkan yang lain tinggal dengan parents untuk tempoh lebih lama. Now siblings lain ada yang hijrah & kami lost contact, ada yang dah meninggal, ada yang on counseling & medication.
Kami yang survive the abuse continue struggling to lead a normal life spt orang sekeliling. Aku hidup penuh rahsia atau maybe lebih tepat lagi penuh pura-pura. Kelihatan bahagia but it takes all my energy untuk elakkan past trauma merosakkan kehidupan aku sekarang.
Contohnya bila orang tak terima argument aku di rumah atau tempat kerja, punyalah aku melenting, bengang, aku rasa orang tak percaya aku, merendah-rendahkan pendapat aku,
Padahal the underlying issue ialah Emak aku treat aku begitu dari dulu sampai sekarang. Macam kita bodoh sangat, selalu ridicule anak2nya. Makin tua makin dia mendera mental sebab dia dah tak boleh belasah secara fizikal.
So my cup is full, aku tak boleh terima orang lain buat kat aku mcm mana Emak aku buat kat kami adik beradik.
Hanya kita tahu rasa itu, hanya kita yang terngiang maki hamun carutnya, hanya kita terbayang muka bengis & bencinya, hanya kita yang masih terasa sakitnya kepada dihantuk ke dinding bertalu-talu.
Nak tulis, nak cerita semua benda? Tak mungkin dapat kita beri orang lain faham apa yang kita lalui day in day out dengan ahli keluarga kita yang buat kita makan dalam. sangat2 dalam.
Untuk lebih adil, aku beritahulah Emak kami dibela ibu angkat yang jadikan dia macam hamba abdi. Buat kerja rumah tak berhenti, kalau dihukum, diikatnya Emak kami di pokok dah dilibas.
Jadi dia membesar pun dalam keadaan gelap, tapi Allah beri rezeki dia pandai, sampai ke Ibu Kota, masuk Universiti. Mak angkat dia pun dah lama meninggal. In fact kami anak2 pun tak sempat kenal.
Dengan pendidikan dia, patutnya dia keluar dari kegelapan itu tapi dia terperangkap dalam masa silamnya dan lepaskan geram kepada anak2. Dia sentiasa dalam keadaan marah, tak puas hati.
Eh, susah lah aku nak cerita. Tapi yang sedihnya, masa kami kecik2, tak paham apa yang berlaku, kami tak tahu kenapa orang yang patut sayangi kami kejam, sakitkan kami. Kami rasa kami yang tak cukup bagus, bila besar rasa failure sangat.
Bila sendiri ada anak & baca bahan psikologi yang banyak di internet, baru boleh grasp my past & current life. Allah Maha Besar, tunjukkan, sajalaskan & terangkan hati aku. Alhamdulillah aku syukur sangat.
Aku merayu, menyeru rakan alam maya, ketahuilah sekarang ni banyak mental health issues, pengidap penyakit ni kadang tahu kadang tak tahu pun mereka tu Psiko.
Janganlah kita tambah lagi casualty dengan response kita yang bukan baiki situasi, tapi parahkan lagi keadaan dia. If you don’t have anything encouraging or nice to say, then, tak perlu kata apa-apa.
Aku harap aku steady baca komen orang kalau confession aku disiarkan. Aku berdoa moga tak trigger negative emotions sebagaimana aku trigger hingga menulis kisah hidupku apabila membaca kisah ‘Adik’ menemui ajalnya.
Sekali lagi terlihat mulut yang mencebik ayat ‘mana ada Mak tak sayang anak’ padahal kes dera, bunuh & buang sering dipaparkan tapi ada golongan yang tetap ingat Mak dia sama dengan semua Mak di dunia.
Huh.. tolonglah sedar nasib orang tak sama, jangan remehkan derita mereka yang ujiannya berbeza dengan kita.
Moga Allah permudahkan.. Aamiin. Terima kasih.
– Sang Jiwa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit