Assalamualaikum semua..aku harap admin dapat publish confession aku sbb aku betul2 perlukan nasihat korang..nama aku dhia, umur 18 dan tengah menuntut di matrikulasi..cerita aku ni berkaitan keluarga aku.
Aku anak bongsu dari 3 adik beradik..ada 2 orang abang yang masih menuntut di ipt..abang aku yang nombor 2 ni memang pandai orangnya sampai wkatu sekolah rendah dulu orang gelarkan dia professor..meningkat remaja boleh dikatakan dia sedikit liar mungkin kerana pengaruh rakan sebaya dan didorong jiwa remaja.
Tapi waktu tu takdelah sampai buat perkara yg bukan2..cuma ada satu hari tu dia prgi bandar naik motor tanpa pengetahuan ayah..ayah aku pulak memang seorang yg panas baran..jadi bila ayah aku tahu pasal benda ni memang habis kena sepak terajang abang aku waktu tu..ingatkan lepastu dia dah serik dah..aku tak tahu di mana silapnya..
Waktu cuti sem..dia kerja dekat kedai makan nak cari duit poket..aku pulak dah sambung belajar kat matrik..satu hari tu mak aku call cakap dia ada masalah..dia pon cerita yg abang aku tu dah berubah..mak aku rasa tak sedap hati..mungkin allah gerakkan hati mak, bagi mak petunjuk..mak cakap dia selongkar beg abang aku tu and jumpa benda2 menghisap ni..subhanallah aku tak mampu nak cakap apa dah..mak cerita kat aku sambil nangis..setahu aku memang abang aku tu merokok tapi merokok pon sembunyi2 sbb kalau ayah aku tahu aku rasa lagi teruk dia dikerjakan..
Aku tak sangka sampai macam tu sekali perubahan abang aku..abang aku yg aku kenal bukan macam tu..mak cakap dia sekarang dah tak solat,kurang selera makan, asyik tidur memanjang, badan makin kurus..mak menangis siang malam pikir pasal abang..tapi mak tak cerita kat ayah sbb macam yg aku cakap tadilah..ayah aku panas baran dan mak lah yg selalu jadi tempat ayah lepaskan kemarahan..kena maki,kena tumbuk,kena lempang semua mak aku dah rasa..
Aku kesian sangat2 kat mak..kenapa berat sangat dugaan mak? Apa dosa mak? Kenapa allah uji mak? Tak cukup lagi ke kesabaran yang mak tunjuk selama ni? Bila jadi benda macam ni aku rasa sakit hati sangat kat ayah dgn abang aku..kenapa diorang buat mak aku macam ni? Aku rasa aku nak hidup berdua je dengan mak supaya takde sape boleh sakitkan hati mak..aku buntu sekarang ni..aku sibuk menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar tapi hati aku asyik pikir pasal mak je..
Ayah..abang tolonglah berhenti sakitkan hati mak..hati mak dah cukup terluka..jangan sampai bila mak dah pergi baru rasa nak menyesal..tolonglah kesiankan mak..aku merayu.
– Dhia
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit