Assalamualaikum semua. Pertama sekali aku nak minta maaf kalau tak faham jalan cerita aku nie. Aku tak pandai menulis sangat. Hihi
Ok aku perkenalkan diri dulu. Nama aku Min. Aku berusia 29 tahun. Aku mempunyai 4 orang adik beradik. Abang aku nie sahaja anak lelaki tunggal dalam keluarga kami.
Untuk pengetahuan semua pembaca, arwah abah aku dah meninggal masa aku kecil lagi, jadinya bila semuanya dah berkahwin, abang aku yang tinggal dengan mak di kampung.
Aku bersyukur kerana isterinya pun sanggup tinggal dengan mentua.
Kisah ini berkaitan abang dan kakak ipar aku yang tinggal bersama mak aku.
Apa yang aku ingin sampaikan disini ialah berkenaan sikap pemalas abang dan kakak ipar aku. Macam aku nyatakan pada tajuk kisah nie begitulah sikap abang aku dan isterinya.
Abang aku memang sayangkan isterinya sampaikan dia tak pernah tegur pun isterinya untuk bantu mak aku uruskan kerja2 rumah.
Kalau abang aku nak makan ke apa semua minta mak aku masakkan. Mak aku iron baju dia, mak aku tolong dia siapkan barang meniaga.
Dia memang tak berani nak minta isterinya buat. Mak aku pun buat la. Alasan mak aku kesian dia tak makan. Kesian kat dia. Blaa. Blaa. Ada isteri umpama macam tak ada. Semua mak aku buat.
Aku pernah tanya dia kenapa isteri dia tak nak buat kerja rumah. Dia cakap isterinya bagitahu yang tu smua tanggungjawab suami.
Memang la tapi takkan la tak ada ihsan untuk bantu mak. Sanggup biarkan mak buat semua kerja rumah tu. Abang aku selalu bela isterinya…
Bila aku cakap psal hal nie dia akan cakap dia sibuk, kerja banyak mana sempat. Kalau kata tanggungjawab suami macam la abang aku mampu buat semua kerja rumah tu.
Pegang penyapu pun tak pernah. Payah jenis hadam hadis sekerat nie. Patutnya kalau dia bantu buat lagi dapat banyak pahala.
Mak aku pula bukanlah seorang mentua yang kaki bebel. Apa sahaja yang abang aku dan isterinya buat dia telan satu2.
Abang aku lebih kasihankan isterinya yang penat bekerja sehingga sanggup membiarkan mak aku yang dah tua buat semua kerja rumah.
Setiap kali aku atau adik beradik yang duduk jauh nie balik rumah, rumah mesti tahap sepah macam tongkang. Setiap kali. Dan setiap kali tu juga kami akan kemaskan rumah mak.
Rumah mak banyak barang disebabkan abang aku berniaga pasar malam jadi keadaan rumah memang sepah. Ditambah pula dengan kucing yang berak merata lagi terok rumah tu.
Aku makin hari makin panas hati. Pernah kami bersuara minta kak ipar buat kerja rumah. Esok tu terus nak pindah keluar.
Abang aku sikit tak nak tegur isterinya. Dia ikut je apa yang isterinya buat. Kami dilema kesiankan mak kalau diaorang pindah.
Kami pernah ajak mak tinggal dengan kami tapi mak tak mahu. Selesa tinggal di rumahnya.
Aku buntu. Nak cakap salah, tak cakap salah. Aku kesiankan mak aku. Aku sedih sangat abang dengan kak ipar aku layan mak aku mcm nie.
Mak aku dah tua. Apalah kederat yang dia ada sangat sampai masak, uruskan baju, kemas rumah semua dia kena selesaikn lagi. Sepatutnya masa nie dia fokus amal ibadat dia.
Serba salah aku. Mak aku pun tak berani nak suarakan apa yang dia rsa pada abang aku sebab takut abang aku pindah.
Tapi bila kami balik macam2 mengadu pada kami. Aku sakit hati. Tapi tak mampu buat apa.
Please share apa yang aku patut buat..
Terima kasih..
– Min (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit