Sekadar perkongsian. Semuanya telah berakhir. Namun bila dikenang terasa menggigil seluruh badan.
Perkahwinanku berakhir selepas 14 tahun. Ya 14 tahun. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan dia sangat baik sepanjang perkahwinan kami.
Dia tak pernah menengking, tak pernah memukul, tak pernah curang, suami yang sangat membantu. Tapi aku tetap memilih untuk berpisah. Rasa macam aku yang bersalahkan.
Tapi nasihatku pada semua wanita yang akan atau sedang berkahwin. Jangan la kita dibutakan dengan kebaikan sehingga buta dengan penderitaan yang dialami.
Aku ringkaskan sebab utama aku memilih untuk berpisah adalah TANGGUNGJAWAB DAN HUTANG. Memang sukar untuk aku terangkan sebabku ini pada orang lain. Sebab tu aku memilih mendiamkan diri bila orang bertanya kenapa aku minta cerai.
Korang bacalah kisah aku ni. Di akhir nanti korang fikir la. Kalau korang jadi aku apa yang korang akan buat.
Sepatutnya dari sebelum berkahwin aku dah dapat menghidu sifat lelaki sebegini. Tapi mungkin kerana dia ‘baik’. Aku ‘terlalu’ cinta, percaya dan akhirnya jadi buta.
Kami bercinta masa aku masih belajar dan dia dah bekerja. Aku pernah minta dia simpankan duit. Bila aku minta semula duit tu dia tak dapat pulang mengikut jumlah yang sepatutnya.
Masa tu sepatutnya dah ada keraguan. Tapi aku just anggap mungkin dia guna sebab sangat memerlukan.
Selepas kahwin oleh sebab aku masih belajar. Kami memilih untuk duduk asing dulu. So aku tak kisah dia tak sediakan rumah.
Tapi dia create satu cerita bila kami nak mulakan kehidupan baharu. Dia dihalau dari rumah sewa oleh kawan dia dengan sebab yang tidak jelas. Oleh kerana sangat kesiankan dia.
Kebetulan masa kami kahwin aku tengah cuti sem, so aku bawa dia duduk rumah sewa aku sebab kawan2 semua balik kampung.
Mak aku bagi semula duit hantaran yang aku beri pada mak untuk belanja kenduri. Kami gunakan duit tu untuk deposit umah sewa kami. Senyum la dia kerana selesai masalah dia.
Aku masih bodoh. Tak rasa pelik dia langsung takde duit. Masa tu rasa duit dia dah habis sebab majlis perkahwinan kami kot. So takpe la. Aku tolong dia.
Bila dah bergelar isteri. Kebetulan aku minta nak guna no phone dia sebab aku suka no tu. Dia pun bagi saja.
Mula la dari saat aku guna no phone dia. Aku dapat panggilan tetang hutang. Yang pertama dari pihak MOCCIS (Kalau tak silap eja. Entah wujud lagi ke tak syarikat ni). Minta bayaran pinjaman RM3k.
Satu lagi dari EON bank (kalau tak silap dah tukar hong leong bank). Minta bayaran kad kredit RM5k. Amaun ni semua kalau aku tak silap. Ingat2 lupa.
14 tahun lepaskan. Semua hutang tu dia tak pernah bayar kata syarikat dan bank. Aku tanya dia pasal panggilan2 ni. Aku tak tahu la macamana aku boleh terima saja alasan dia.
MOCCIS adalah hutang kawan dia. Kawan dia minta dia pinjamkan bagi pihak kawan dia untuk kawan dia buat deposit beli motor tzm.
EON bank pun katanya hutang kawan dia. Kawan dia pinjam kad kredit tu untuk belanja kawin. Kalau korang, korang terima tak alasan tu? Aku terima sebab dia ‘baikkan’. Takkan dia tipu.
Aku pun ajak dia cari kawan-kawan dia tu. Dia ikut permintaan aku. Dia bawa aku pergi tempat dia kerja. Untuk cari kawan dia yang hutang MOCCIS, dia bawa aku ke tapak pasar malam untuk cari kawan dia hutan EON bank.
Kebetulan masa kami pergi semua kawan dia takde. Tapi aku pun sangat yakin dia betul. Sebab dia dah bawa aku kan pergi cari kawan dia tu.
Dari hari ke hari aku desak dia tuntut hutang-hutang tu dari kawan2 dia tu. Dia pun cakap dia dah minta. Tapi kawan-kawan dia buat bodoh. Marah-marah dia. Macam dia pulak yang berhutang. Aku yang b0doh ni terus percayakan dia.
Kesiankan dia. Diakan ‘baik’. . Lastnya aku yang tak sanggup nak jawab panggilan bank. Entah dari mana aku dapat duit. Aku pun dah lupa. Aku tutup semua hutang tu. Selesai.
Masuk fasa seterusnya. Bila aku dah kerja. Alhamdulillah. Kerja gomen. Gaji pun ok. Kami start ada anak. Kereta wira yang kami pakai semakin uzur.
Aku minta jual kereta wira tu aku beli myvi guna nama aku. Seronok la dia dapat pakai kereta baru dah dia jual kereta lama dia. Seriusly aku tak amik tahu pun pasal jual beli kereta tu.
Pada aku dah selesai. Tapi entah macamana selepas lebih kurang 5 tahun kot. Adik dia nak guna nama dia sebagai guarantor tak lepas. Nama dia sangkut kat bank negara. Menggelabah la aku.
Dia pun menggelabah juga la kononnya. Call bank negara rupanya sangkut sebab kereta wira yang dia jual. Dia tak tukar nama. So kereta tu dijual pada orang lain. Hutang kereta masih ada. Orang tu tak bayar. Kereta kena lelong.
Dari balance hutang kereta just RM7k masa kami ‘jual’ dah menginjak pada RM14k. Allahu akhbar. Kesiannya aku rasa pada suami aku masa tu. Rasa dia dianiaya sangat. Padahal aku yang bodoh.
Kenapa la aku tak kisahkan pasal jual kereta tu masa tu. Surat perjanjian pun takde. Aku percaya bulat2 saja kat dia. Diakan ‘baik’.. Kerana kasihan entah dari mana aku dapat duit. Aku pun dah lupa aku bayarkan RM14k tu. Selesai.
Kalau nak cerita sepanjang 14 tahun kisah hidup kami. Panjang la pulak kan. Aku ringkaskan la.
Dengan balance gaji dia RM1300 dia bagi semua gaji dia kat aku. Bestkan. Suami bagi semua duit gaji dia kat kita. ‘baikkan’ suami macam ni. Belanja dia hari2 aku la yang kena bagi sebab semua duit dia kat aku.
Korang rasa RM1300 cukup ke untuk bayar kereta (dua biji. Masa ni dah tambah kereta), bayar rumah, bayar pengasuh anak 2 orang dll.
So tanpa aku sedar aku la yang mencukupkan semua. Sampai tahap dah pandai buat kira2. Aku pun duk bincang ngan dia. Aku mula utarakan. Gaji dia sebenarnya tak cukup.
Aku terpaksa cover banyak perkara. Aku takde simpanan. Janji aku nak bagi duit kat mak lepas kerja pun aku tak dapat tunaikan. Duit aku semua habis untuk kehidupan kami.
Gaji aku bukan sikit. Masa tu dah RM4k. So pada aku dia kena la kot cari2 part time bagi up sikit income dia. Dalam ye la. Ye la dia. Dia tak buat pun apa yang dia cakap.
Aku dah mula stress. Aku mula buat pinjaman peribadi. Pernah ikut cadangan dia untuk buat bisness ikan keli (bisnes ala2 pak man telo, skim cepat kaya). Tak kemana pun bisnes tu.
Lastnya syarikat tu tutup. Hutang tetap hutang. Kena bayar. Aku pun mula bagi cadangan untuk restructure balik kewangan kami.
Aku buat pinjaman MBSB RM100k. Tutup hutang bank aku dengan dia yang sedia ada masa tu. So kami satukan hutang kat mbsb saja. Setuju.
Tak lama aku tutup hutang bank dia. Dia buat semula hutang RM40k kalau tak silap dengan bank rakyat. Gara2 join bisnes skim cepat kaya sekali lagi. Termenung la aku sendirian.
Takpe la. Aku husnuzon saja. Benda dah nak jadi. Bertabah la aku. So korang dah boleh nampak macam mana bebanan komitmen kamikan. Bau2 gaduh dah bermula sebab duit. Ungkit mengungkit dah start jadi perbualan harian. Sampai aku bunyi dia minat niaga tak?. Dia kata minat.
Dia start la pergi kurus berniaga sana sini. Dengan sijil2 yang dia ada. Aku pun konfiden dia mampu menjadi peniaga berjaya.
Dia berhenti kerja. Tanpa pengalaman, kajian dan panduan. Bisnes pertama. Dia buka kiosk di tesco guna duit dia dapat masa berhenti kerja.
Rasanya korang boleh agak apa jadi kat perniagaan tu kan. Bila dah termenung sekali lagi. Aku pun ajak la dia balik kampung. Try niaga kat kampung la pulak.
Selepas puas aku. Aku ye. Fikir apa perniagaan yang sesuai. Aku pilihkan dia perniagaan vending machine. Rezeki kami. Dia dapat offer buka 3 vending machine di 2 buah asrama penuh.
Bermodalkan duit jual rumah dan duit kwsp mak aku. Kami mulakan perniagaan vending machine. Untung lepas2 saja la.
Oleh kerana masa dia untuk dia bekerja/ service vending machine tu 3 hari saja. Aku suruh la dia buat part time lain. Hmm. Bisnes aku urus. Nak cari part time pun aku yang beriya fikir. Lastnya aku geram aku suruh dia urus sendiri semua.
Aku penat urus anak, urus makan minum diaorang. Dengan kerja aku lagi. Aku juga ke yang nak kene urus perniagaan dia. Tapi tak lama dia pegang perniagaan tu. Hancur. Income entah ke mana. Hutang tak terbayar.
Aku mula tambah lagi hutang bank. Hutang dengan along (kononnya pusat pinjaman berdaftar). Hutang ngan mak cik aku. RM50k tau. Semua untuk bantu dia. Macam2 la sebab kenapa aku buat semua tu. Malas dah nak cerita.
Kalau orang lain dengan modal yang aku bantu tu. Dah jadi businessman berjaya agaknya. Sampai satu tahap. Semua barang kemas aku habis tergadai. Dia juga yang gadai. Semua gara2 nak tampung hidup.
Hidup makin huru hara. Hutang mula tak terbayar. Dia masih tetap nak jadi businessman. Aku cadang kat dia cari kerja gaji tetap. Kerja guard pun takpe. Janji ada kerja. Ada kerja. Mana standard diakan. Dia ikut lagak dia juga.
Kereta mula tak terbayar. Yang kena tarik kena tarik. Barang kemas tak mampu tebus. Semua kena lelong. Hutang along. Member aku kesian kat aku dia dia tolong bayar penuh sebab bimbang keselamatan aku. Aku bayar sikit2 kat dia.
Aku tengok dia tetap macam tu. Lalui hidup dengan tenang. Setiap waktu pergi masjid. Join jemaah tabligh. Aku macam orang gila. Siang malam pikir hutang. Cari duit camana nak bayar hutang. Nak tanggung makan minum kami sekeluarga.
Dia? Macam tu la. Tenang. Insan warak. Bapa penyang. Setiap hari hantar ambil anak dari sekolah. Join program masyarakat. Aku dah macam monster. Hari2 berangin dengan dia. Hidup dah macam kapal karam. Dia masih berlagak macam hidup kat kapal mewah.
Sampai la satu hari aku rasa sangat bodoh. Gaji masa tu dah RM5k. Hidup lebih susah dari orang yang gaji RM500. Atas pandangan beberapa orang rakan. Dan restu mak. Aku nekad nak bercerai.
Aku pergi mahkamah sendiri dan failkan cerai (masa ni kononnya dia terkejut. Merayu2 kat aku. Padahal ini adalah kali ke tiga aku minta cerai. Mungkin dia ingat aku tak berani nak bertindak kot sebelum ni.)
Aku nekad dan akhirnya aku bercerai. Walaupun teruk aku dihina bapa dia lepas bercerai. Aku terima. Yang penting aku betul2 rasa tenang walau masalah keliling pinggang.
Berkat doa mak aku berjaya menyelesaikan masalah kewangan aku dan hidup stabil semula. Aku berjaya settle hutang along n macam2 hutang lagi la.
Sampai sekarang aku bayar sikit hutang RM50k mak cik aku. Aku pernah juga bersuara tentang hutang2 ni dengan dia. Takkan aku tanggung semua.
Dia dengan riaknya kata. Dia akan bayar hutang makcik aku tu denga hutang2 lain sekali. Tapi sampai sekarang satu sen habuk pun takde. Takpe la. Itu bahagian dia.
Wallahualam. Mungkin berkat kesabaran. Allah hadirkan seorang lelaki dalam hidup aku yang merubah 360 darjah hidup aku. Seorang yang businessman humble. Aku sendiri tak tahu siapakah dia sebenarnya sampai la kami berkahwin.
Alhamdulillah. Hidup aku bertambah2 baik. Tapi suamiku banyak guide aku. Belanja berpada2. Simpanan kena ada.
Bekas suami aku pulak apa cerita. Mana boleh kalahkan. Dia pun kawin juga dalam keadaan dia masih huru-hara. Tapi alhamdulillah. Dia berjodoh dengan seorang guru yang dengarnya dijodohkan oleh family dia.
Teringat aku masa dia kawin. Anak2 semua dia bawa. Dia datang pada keluarga perempuan tu sehelai sepinggang. Tanpa kerja tanpa harta.
(Mungkin. Aku kata mungkin. Dia berjaya jaja cerita sedih dia ditinggalkan isteri yang tak mampu sama2 hidup susah bersama dia. Apapun aku terbayang masa mula2 dia kawin dengan aku dulu. Ceritanya hampir sama. Kononnya dia dihalau dari rumah sewa. Datang pada aku sehelai sepinggang)
Tersenyum bula teringat. Cerita yang hampir sama. Takpe la. Diri dia yang ‘baik’ ni mungkin rezeki isteri dia sekarang. Hee. Moga2 yang baik2 untuk mereka.
Untuk perempuan2 diluar sana. Bukan semua orang baik akan menjadi seorang yang bertanggungjawab. Bukan semua orang warak itu alim. Agama adalah untuk diamalkan. Bukan ditunjukkan.
Hati2 dalam mencintai seseorang. Buka sedikit hati untuk menilai keburukan jika ada kesangsian. Untuk para isteri.
Kurang2kan ambil alih tugas suami. Islam dah menetapkan. Mereka la pencari nafkah dan tempat kita berlindung. Cukup la kita membantu dia dari belakang dan bukan dihadapan.
Wallahu alam. Kalau ada pengajaran dari kisah aku ni ambil la. Aku pun tak tahu dari mana aku dapat kekuatan untuk tempuh tempoh 14 tahun tu. Terima kasih Allah.
– Ann (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit