Assalammualaikum readers.. Aku Leya. Seorang ibu tunggal punya 2 anak. Seorang perempuan dan seorang lelaki.
Aku sekarang menetap di kampung halaman aku selepas ‘penat’ berbelas tahun layan kehidupan di bandar. Umur-umur sebegini aku memilih untuk hidup tenang2 sahaja.
Alhamdulillah dengan skill yang aku ada, aku punya business sendiri. Tapi kecil-kecilan sahaja and cukup untuk menampung kehidupan kami 3 beranak. Tak mewah. Tapi mampu bila anak mintak lebih.. Aku akan sedaya upaya tunaikan.
Aku dah 7 tahun hidup single ni. Jangan tanya soal jodoh, sebab aku pun tataw apa rencana Allah pada aku. Ada yang cuba hampir, tapi masih susah lagi jodoh tu nak sampai. Tapi tak apa. Tiada apa yang nak dikejarkan dan aku ok jer hidup macamni.
Ceritanya macam ni. Dengan status macam ni, memang aku tergolong dalam golongan B40. Dengan berniaga ni, ada masa nya ada, ada masanya kurang dan ada masanya tiada.
Jangan risau, aku tak pernah meminta2. Selagi ada kudrat ni, aku akan besarkan kedua anak aku tu semampu boleh.
Nafkah anak? Alhamdulillah tak pernah culas. Cuma makin tahun makin kurang. Tapi kereta pihak sana makin ‘besar’ dan bertambah. Superbike pun ada.
Tapi aku sekadar bising dan diam semula. Malas lah turun naik mahkamah. Penat tau. Aku serah je semua pada yang Satu.
Aku urus semua sendiri. Anak2 cuma diambil bila cuti sekolah atau bila ada cuti panjang. Setahun ada la dalam 5/6 kali anak stay dengan pihak sana.
Urusan anak dari A to Z aku seorang yang kena buat. Dan nak membesarkan anak yang meningkat remaja ni bukan mudah. Tapi tak apa.. Mungkin nanti Allah bagi ganjaran lebih untuk setiap penat lelah aku ni..
Cuma baru2 ni aku terkesan dengan status orang di FB or mana2 sosial media yang pertikaikan kuota B40 untuk kemasukan ke asrama.
Alhamdulillah, anak aku yang sulung dapat kedua-dua tawaran SBP dan MRSM. Aku baca satu persatu ayat2 ibu bapa yang tak berpuas hati.
Seolah2 anak2 B40 ni tak layak tapi disebabkan kuota, mereka diterima masuk. Konon anak mereka sahaja yang terpaling hebat.. Anak2 B40 ni diterima kerana belas ikhsan semata..
Sedih aku baca. Sebab bila aku tengok muka anak2 aku, aku rasa kasihan sangat. Diorang pun tak pilih nak dilahirkan dalam golongan B40.
Dan bila dapat tawaran macamni sekurang-kurangnya lega sikit beban yang aku pikul sorang selama 7 tahun ni.
Dan untuk pengetahuan semua, anak aku dari awal lagi memang dah ada potensi.
Aku memang tak nak claim anak aku terpaling hebat dekat sini, tapi Alhamdulillah macam-macam pencapaian yang dia dapat sepanjang bersekolah di sekolah yang aku boleh kategorikan hebat di tengah2 bandar KL..
Jadi bila ada yang share betapa kecewa nya mereka bila ‘tempat’ anak mereka seolah2 dirampas oleh anak2 golongan B40, aku sedih. Anak aku tak layak ke..
Aku sedaya upaya cuba berikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak aku.
Pernah yang sulung tu mintak untuk pergi tuisyen, tapi aku jelaskan pada dia,
Mama tak mampu nak hantar awak tuisyen, tapi kalau ada apa2 soalan atau latihan yang awak tak faham, awak tanya mama. Inshaallah mama boleh bantu awak.. Kita sama2 belajar.
Sebab aku tahu, aku takkan mampu untuk bayar yuran tuisyen anak aku tu nanti.
Mintak pihak sana, nanti dilabel aku demand tinggi.. “makan duit nafkah anak.. Nak hantar anak kelas tuisyen dah berapa cost lagi. Aku pun ada anak lain nak kena suap lagi” bla.. bla.. bla..
So dari aku sakit hati dengar ayat2 macamtu dari pihak sana, aku pujuk anak aku untuk belajar je sendiri.
Alhamdulillah dia faham dan boleh terima.. Dan bila diumumkan keputusan kemasukan ke SBP/MRSM ni, kami sama2 menangis sebab aku tahu bagaimana susah payah nya dia belajar selama hari ini.
Aku tak nampak bila isu B40, M40 dan T20 ni akan selesai. Cuma yang aku nampak dan betul2 berharap agar peperiksaan UPSR dikembalikan. Biar ia jadi satu ukuran untuk ibu bapa untuk tahu sejauh mana kelayakan akademik anak.
Dan sekarang aku lagi risau bila orang complain lagi yang menjalar hantar anak ke SBP dan MRSM kereta-kereta besar tapi parents declare as B40.
Macam aku cakap tadi pihak sana bertukar kereta dan upgrade kereta saban tahun, tapi nafkah tetaplah berkurang saban tahun,
Dan aku takut anak aku terkena tempias bila dihantar ke asrama dengan kereta besar nanti.. takut ada mulut yang cakap, eh.. declare B40 tapi anak naik mercedes.. Jujur aku takut..
Maaf kalau confession aku ni buat mana2 pihak terasa dan annoying. Dalam hidup ni apa2 pun kita berbalik pada rezeki. Mungkin tiada rezeki anak2 ni di SBP/MRSM tapi mereka boleh lebih menyerlah di sekolah Harian nanti.
Cuma hentikan provokasi. Kita tak tahu kesusahan orang lain. Bersyukurlah anak kalian berada dalam golongan T20 sebab dorang tak perlu rasa kurangnya ‘dunia’ ni.
Kalau ada yang menipu pun, tu antara mereka dengan Allah. Kita just berlapang dada dan berprasangka yang baik.
Apa2 pun doa Ibu ni paling mustajab. Doa yang baik-baik jer untuk anak2 kita..
Dan mintak siapa yang baca confession aku ni, tolong doakan aku kuat nk besarkan anak aku ni sorang2 tau.. dan doakan anak2 aku berjaya dunia dan akhiratnya..
Terima kasih..
– Leya (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit