Kata islam tapi….
Haritu aku ada terbaca confession tentang atheist. Ni aku nak cerita tentang aku. Tak kesahla korang nak gelar aku atheist, murtad atau apa² jelah. & maaf kalau cerita ni agak bosan.
Aku dibesarkan dalam keluarga Islam. Parents & adik beradik aku memang jaga solat. Cuma aku ni je yang macam lalai sikit, tak tau la kenapa, mungkin hati dah hitam. Sejak kecil memang aku dah dididik untuk jaga ikhtilat, tutup aurat, jaga percakapan & tak mencarut. Perkataan ‘tak guna kau’ tu pun dikira biadap bagi parents aku. Masa sekolah menengah rendah, aku sekolah cluster, memang diorang bersosial sangat & tak jaga batas pergaulan. Pegang sana sini, laga pipi laki perempuan walaupun yang bertudung itu normal. Tapi aku still boleh jaga batas sebab aku dikategorikan sebagai pendiam & tak ramai kawan. Masa sekolah menengah atas, aku dapat tawaran ke sekolah berasrama. Masa tu aku ingat ni sekolah asrama biasa, tapi rupanya yang ada silibus ulul albab, yang ke arah keagamaan sikit. Part ni aku okay je sebab aku jenis follow the flow.
Masa kat sekolah ni, memang kami dititikberatkan untuk menutup aurat. Tudung kena labuh tutup dada, stokin kena panjang, handsock kena pakai, baju kena lengan panjang. Aku okay kalau orang suruh pakai semua tu cuma aku akan memberontak bila warden yang suruh. Dekat asrama dulu, ada sorang warden ni dia memang garang & tegas. Dia suruh student tutup aurat tapi dia tak tutup pun. Pakaian ketat nampak badan dia yang berisi, keluar pun pakai lengan pendek tak pakai inner / handsock, & tak pakai stokin. Aku jadi marah & memberontak dalam diam. Tapi bila aku terdengar ada ustaz tu cakap, ” dengarlah nasihat walaupun daripada seorang pelacur”, aku cuba follow walau dalam hati tak rela. Ada satu hari tu, guru² buat spotcheck mengejut, & ada seorang NYDP pengawas ni terkantoi tak pakai kain dalam (kain dalam memang wajib pakai). Dalam hati aku dah terlintas yang memang semua pemimpin pandai cakap tapi tak buat apa yang dicakapkan.
Masa alam universiti, aku baru kenal apa itu niqab & purdah. Memang terniat dekat hati nak pakai, tapi tulah, niat je ada. Aku ada je kawan (mungkin boleh dikategorikan kawan sebab aku kenal dia, dia kenal aku) yang pakai purdah. Cuma lama² aku kenal diorang, hati & perasaan aku yang nak berubah jadi baik terkubur. Aku perhati tingkah laku diorang. Yang berpurdah tapi tak jaga ikhtilat, yang berpurdah tapi tak jaga aurat, yang berpurdah tapi makeup tu haih. Memang kat dalam universiti tak boleh pakai niqab / purdah. Jadi diorang cuma pakai kat luar U. Jadi diorang on off. Cuma apa yang aku tak suka, ada seorang niqabis A ni dalam U, pakai tudung bawal bidang 45 je, & memang jenis bermakeup, pakaian pun takdelah labuh mana. Dah rasa macam dua personaliti dah dia ni. Dia dah bertunang, tapi bertunang pun tak menghalalkan cara. Sebab, weekend je dia dan tunang dia akan hangout sama² tanpa mahram. Yang si berpurdah B ni pulak memang pakaian dia kira besar & labuh cuma stokin dia pendek je. Kalau naik tangga tu memang akan nampak betis dia. Dia dah ada pakwe. Korang bayangkan kan la apa orang akan cakap bila si bertudung labuh duduk dalam bas berdua dengan bukan mahram pastu keluar bas tetiba pakai purdah. Tak ke orang akan mengata. Yang si pakwe ni bangga tayang awek dia pakai purdah, gambar berdua je. Si C ni pulak tak pakai purdah / niqab, cuma dia bertudung labuh. Dia memang dikategorikan sebagai comel. Aku tak tau pergaulan dia macam mana sebab jarang nampak dia, cuma dia suka post gambar selfie & caption acah² islamik. Mula2 bagi aku biasa cuma lama² tu rasa annoying. Si D pulak classmate aku, harap tudung je labuh tapi ikhtilat & aurat tak jaga sangat. Still bertepuk tampar (berlapik) dengan lelaki, x pakai stokin pun. Even ustazah yang pernah ajar aku pun tak pakai handsock. So bila dia mengajar nampak la lengan dia.
Kalau nak comparekan aku dengan kawan² aku yang sekarang, aku lebih jaga percakapan, jaga ikhtilat & aurat walaupun solat aku tak jaga. Kenapa aku boleh jaga ikhtilat? Sebab aku tak reti nak bersosial sangat. Kenapa aku still boleh jaga aurat? Bagi aku kalau tak pakai stokin tu macam bogel je kaki. Kalau tak tutup aurat rasa macam berbogel. Tapi aku tak tau kenapa aku susah nak jaga solat. Mungkin hasutan syaitan kuat sangat. Disebabkan orang² kat atas tu la aku rasa macam “aku ingat kau alim, tapi sebenarnya tak”. Ye memang orang kata jangan nilai orang berdasarkan pakaian, tapi sebenarnya pakaian tu lah melambangkan diri kita. Ramai yang islam pada nama, tapi cara tak serupa islam
Sekian,
Cik am
– Cik am
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit