Kata-kata adalah doa yang akan berbalik pada kita.
Pertama sekali, terima kasih admin siarkan confession saya.
Simple sahaja confession saya, sekadar memberi pendapat. Namun, jika pendapat saya ini tidak diterima pembaca iiumc tidak mengapa. No heart feeling.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah teguran kepada komen yang diberikan oleh pembaca IIUM Confession. Adakalanya, berbunyi penghinaan, kecaman, dan sebagainya.
Tak salah jika kita berbeza pendapat atau pemikiran yang berbeza, namun raikanlah perbezaan itu dengan kata-kata yang baik.
Jika tiada perkataan yang baik hendak diucapkan, lebih baik kita diam. Islam menganjurkan kita berbuat demikian, bukan?
Kita dah normalisasikan kecaman dan penghinaan dalam sosial media satu benda yang tiada salahnya. Jangan begitu sahabat.
Misalnya, confessor dalam IIUM Confession meluahkan luahan hatinya, didoakan yang tidak baik pada confessor.
Ada beberapa ayat yang menusuk kalbu “esok lusa putus la tu tunang” ataupun “kau yang tak pandai jaga laki, elok bercerai je” ataupun “nasib anak aku tak macam kau” dan sebagainya.
Walaupun bukan ditujukan kepada saya, tapi saya rasa confessor yang meluahkan akan merasa lebih kecewa dan sedih.
Cuba sahabat semua bayangkan, jika luahan kita dibalas sebegitu. Sedikit sebanyak terasa sedih dan kecewa, betul?
Mungkin ada yang akan kata, siapa suruh confess benda “bodo-bodo”. Betul saya setuju, tapi itu bukan tiket untuk kita “bermulut jahat”.
Sebolehnya jagalah bahasa kita. Jangan mendoakan yang tidak baik pada confessor kerana doa itu akan berbalik pada kita.
Kita menulis komen kepada confessor berkaitan putus tunang/ bercerai, silap hari bulan confessor tersebut adalah ahli keluarga kita, sahabat baik, dan sebagainya.
Yela mana kita tahu siapa yang menulis confession tersebut. Sebab itulah kita perlu lebih berhati-hati.
Kita tak tahu sejauh mana mereka struggle dengan kehidupan mereka. Adanya platform IIUM Confession ni, mereka mencuba nasib mendapatkan sokongan.
Namun, dibalas pula dengan doa yang tidak baik, dihina dengan bahasa kasar, dikecam secara berjemaah, dan ada juga terlalu yakin membandingkan anak mereka lebih baik dari confessor.
Jangan begitu sahabat. Nasihat lah dengan baik. Tak salah nasihat dengan “keras” tapi tetaplah menjaga bahasa yang baik.
Maaf, jika ada yang tidak setuju dan terasa hati dengan teguran saya ini.
Saya cuma merasa kasihan apabila membaca komen dari pembaca IIUM Confession kepada confessor dan tidak mahu budaya kecaman dinormalisasikan.
Tak dinafikan, jika dalam ramai-ramai yang memberi kecaman ada juga yang memberikan semangat dan doa yang baik kepada mereka.
Itu sahaja, selamat menjalani hari-hari yang indah buat semua.
Sekian.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit