Kata-kata Lebih Tajam Daripada Pedang

Assalamualaikum admin, terima kasih kalau admin publish post sy. Sy tulis ini pada 8 Februari, saat hati sy masih lagi takut dan dalam kesedihan yg mendalam.
Salah satu cabaran yg kuat ialah nak hadap kata2 keji orang. Ada yg kita boleh abaikan, ada yg kita tak boleh sbb datang dari orang yg pengaruhi hidup kita mcm cikgu, boss dan keluarga. Lagi2 kalau kita kena bertubi-tubi dan kita sendiri dah cuba yg terbaik untuk perbaiki diri kita.
Sy kena bekerja bawah Ahmad (bukan nama sebenar) untuk sy completekan satu tahap pencapaian dalam hidup sy. Awal2 sy kena caci makian dari Ahmad, sy boleh bertahan lagi. Tapi setelah sekian lama sy hadap, hati sy rasa mcm tak kuat apatah lagi bila sy kena dapatkan approval Ahmad untuk mencapai sesuatu. Selain dari caci makian, Ahmad juga ada sifat memilih. Selalunya sy yg akan kena hentaman lebih dari orang lain. Hari2 sy menangis. Setiap pagi jantung sy berdegup laju. Confidence sy jatuh teruk. Kadang2 rasa takut sgt tak capai apa yg sy impikan sebabkan Ahmad, dan sy akan hampakan ibu bapa. Buat masa sekarang impian sy nak gembirakan parents sy tapi sy nampak perjalanan tu sgt terbeban dan sukar. Kadang2 jugak harapkan benda2 buruk berlaku kat sy supaya sy tak perlu hadap Ahmad. Perit dan takut tu hanya Allah je tahu. Sy tahu kita buat sesuatu kena niatkan ikhlas kerana Allah, bukan sebab manusia, jangan takut dengan manusia tapi hanya takut pada Allah, tapi sy hanya insan yg lemah. Masih ada takut dan gelisah bila fikir nak berjumpa Ahmad.
Sy cuba yakin Allah Maha Adil. Antara pertolongan yg Allah beri pada sy pada waktu ini, bila Ahmad sorang yang berkelakuan mcm tu kat sy, Allah kurniakan orang yg baik2 untuk dampingi sy. Dalam kesempatan ini, sy jugak nak beri nasihat kat orang ramai supaya sentiasa pilih jalan baik untuk beri teguran pada orang lain dan untuk menyelesaikan masalah. Jangan lah pilih jalan caci makian. Sbb kata2 tu lebih tajam dari pedang. Jaga intonasi dan jaga kata2 yg dilontarkan tak kira dengan siapa kita bercakap. Sbb agama Islam ialah agama yg tekankan keamanan, jadi pilih la jalan yg aman untuk selesaikan sesuatu. Takut dalam kita mengasari orang, kita terletak dalam golongan orang yg menganiaya, dan orang teraniaya doanya sgt makbul. Tegas tu mmg perlu, tapi jangan keliru dengan kekasaran. Sekarang cabaran dunia memang sgt hebat. Anak2 kecil yg patut dilayan penuh kasih sayang pun dilayan dengan kekasaran dan penderaan. Ada yg sampai bunuh diri sebab tak tahan. Hanya Allah je tahu tahap kesedihan dan keperitan yg dia lalui. Sy minta saudara saudari semua doakan sy dan orang dalam situasi sy tabah, hati orang2 mcm Ahmad dilembutkan, dipermudahkan urusan untuk mencapai impian sy dan dapat gembirakan kedua ibu bapa sy. Selain tu, kalau ada yg nak suggest amalan pada sy dan beri nasihat, sy amat alu2 kan asalkan dengan cara2 yg baik dan ikhlas.
Terima kasih semua. Semoga kita semua di bawah rahmat Allah. Ameeen
– Amy
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit