Kata-Kata Mak Buat Aku Menangis

Assalamualaikum, hai semua… Aku baru je lepas baca satu kisah yang anaknya bersungguh-sungguh nak mak dia maafkan dia atas perbuatan dia dulu.

Mak dia tersentuh hati sampai mak dia cakap, “kalau tak disebabkan kau bersungguh-sungguh mintak maaf dekat mak, sekarang mak maafkan semuanya”.

Aku tersentuh lepas baca kisah tu dan teringat pula kata-kata mak baru ni yang membuatkan aku rasa sebak sekarang. Sajalah aku nak kongsikan kisah ni tak de kene mengenapun dengan cerita di atas. Cuma terdetik nak cerita juga..

Aku ni susahlah nak kata, sebab aku suka buat hal sendiri.. Aku ni dah banyak menyusahkan mak. Aku dah la tak bekerja macam orang lain, duduk dengan mak sesen pun tak keluar modal untuk mak. Walaupun ada dekat rumah, jaga dan tinggal mak aku sekarang ni.

Lagi pula aku triggered juga dengan kata-kata di media sosial “anak yang duduk serumah dengan mak ayah adalah anak yang paling banyak dosa”.

Yela tak dinafikan juga kadang-kadang aku ni meninggi suara juga dekat mak aku. Aku ni juga antara manusia yang jadi perbualan dalam kalangan adik beradik.

Dek kerana sikap aku lah, ada jer yang tak kena memang bermasalahlah. Aku tahu tu. Aku ni suka bercakap depan-depan terus terang masa tu kalau ada apa yang tak puas hati.

Dah cerita belakang belakang, nak tahu apa, dengar molek dari mulut orang yang suka menyampai. Duk tokok tambah cerita kan. Nak perbaiki pun tak tahu macam mana. Aku ni jenis berani lah juga melawan kalau benda tu tak betul pada diri akulah. Jadi nak hentam-hentamlah masa tu.

Aku Ara (bukan nama sebenar) Hermmm beberapa bulan lepas, aku pernah bergaduh dengan abang aku, dan sampai sekarang aku tak bertegur dengan dia. Entahlah bagi aku kata-kata dia tu memang aku tak boleh terima dan nak dilupakan.

Aku sebenarnya dah maafkan pun, cuma aku rasa menjauhi tu lebih baik. Bukan sebab aku benci dia pun. Aku pun ada buat salah juga masa tu

Abang aku cakap yang aku ni ” belajar tinggi pun tak guna dan menyusahkan orang”.

Pada aku apa yang dia cakap betul-betul kenalah dengan situasi diri aku sekarang. Tak kerja, duduk dengan mak. Ditanggung semuanya. Rasa jugalah terhina. Dia cakap depan anak-anak saudara aku pula. Maruah memang jatuhlah sebab kena tengking juga.

Tapi tak pela part tu. Aku pun masa tu memang sensetive sangat sebab baru je beberapa sebulan lebih kehilangan ayah aku. Dan aku memang lost juga dengan keadaan macam tu. Dan apa yang abang aku kata tu aku ambik dengan hati juga.

Silap aku juga mungkin ada kata-kata dari mulut aku buat diri abang aku rasa tercabar juga. Masa tu. Hermmm tak pelaaa benda nak jadi kan.

Bila abang aku balik rumah mak, aku memang tak bercakap langsung dengan dia, tak bertegur langsung dan aku seolah melarikan diri. Mak Mungkin perasan juga. Layanan aku dekat orang lain berbeza dengan cara aku layan abang aku. Buat macam tak wujud je.

Itulah aku sekarang banyak diam dan buat hal sendiri. Kecuali dengan anak-anak saudara lah. Sebab aku memang rapat dengan dorang. Entahlah rasa macam tak tenanglah bila nampak dia. Hati ni macam berapi.

Lepas beberapa hari abang aku balik semula rumah dia, sebelum nak masuk tidur lah, mak aku memang tidur dekat bilik aku sekarang ni lepas arwah ayah aku pergi. Entahlah kalini dia rasa lain macam. Apa yang mak aku fikir masa tu tak tahulah..

Tiba-tiba mak aku cakap, “Jangan marah abang tu lama-lama sangat nanti timbul rasa benci”. Aku diam jelaaaa sebab tengah main handphone. Aku dengar jela kan…

Lepastu Mak sambung cakap, “memanglah apa yang dia cakap tu melampau sangat, mak pun terasa anak mak ni macam dihina abang sendiri tapi sebab dia tak tahu apa-apa masa tu dik”. Tapi janganlah buat abang macam tu. Tak elok.

Aku terus letakkan handphone cuba dengarkan apa yang mak aku ni nak sampaikan. Sebab aku ni jenis yang kene focus betul-betul bila orang bercakap.

Mak sambung cakap dan meluah lah kan… “Mak tahu Adik dah banyak mengalah untuk semua orang. Dari jaga arwah isteri abang dulu lagi sakit, dalam keadaan macam tu adik jaga anak-anak dia pula, semua kecik kecik lagi masa tu.

Lepas tu jaga arwah abang accident pun adik juga. Sign segala agreement pembedahan. Kami semua tak tahu tak belajar tinggi macam adik. Kalau tak de adik tak tahu lah apa jadi masa tu. Nak fahamkan apa yang doctor cakap.

Adik pernah jaga dia (abang yang aku gaduh tu) sakit sampai kene buang kerja kan?. Adik jangan terkejut sebab adik cuma cerita semua ni dekat kakak je kan. Dekat mak ni, kalaulah kakak tak cerita apa masalah adik, mak takkan tahu apa-apa.

Aku ada lah seorang kakak yang paling aku rapat. Memang aku akan cerita semuanya pasal aku dekat kakak aku. Nak luah masalah ke apa ke?..

Aku ni tak suka nak serabutkan fikiran mak dengan masalah aku. Bagi aku mak bukanlah tempat yang sesuai untuk luahkan masalah. Nanti dia overthinking asyik serabut fikir segala hal pasal anak-anak.

Last tahun lepas jaga arwah ayah pula dekat hospital. Perkataan “tak guna tu” bukan untuk adik. Aku dah menangis dah…

Hidup kita memang orang jarang hargai. Kadang-kadang orang buat macam tak nampak je. Cuma adik kurang bernasib baik macam dorang semua ada kerja tetap.

Adik dah lah perempuan, pergi ke ladang pulak. Abang tu cuba tanya dia, ladang arwah ayah dekat mana?. Dia pun tak tahu. Sebab dia mana pernah pergi. Mak senyum

Mungkinlah sekarang ni adik fikir abang tu tak tahu kenang jasa kenang budi kan dengan apa yang adik pernah buat dekat dia. Kebaikkan adik pun dia dah tak nampak dek kerana satu kesalahan.

Tapikan adik, hubungan adik beradik ni memang takkan putus. Mak yang lahirkan korang semua, mengalir darah yang sama. Cuma dari segi rezeki je yang berbeza.

Mak kagum sangat dengan adik, masa bergaduh tu walaupun adik tengah sakit pun masih nak mengalah mintak mak pujuk abang tu. Adik cakap, “dia pun anak mak pergilah pujuk dia”.

Padahal masa tu mak pun terasa juga dengan kata-kata dia. Depan mak adik kena hina macam tu. Adik tetap kuat.

Mak tak kisah pun lah adik tak kerja. Adik pun dah berusaha nak dapatkan kerja yang sesuai. Lagipun mak tengok dengan mata mak sendiri adik lawan dengan penyakit adik. (Aku memang ada penyakit, ramai yang tak tahu dalam kalangan keluarga aku).

Mak tahu masalah adik. Jaga Kesihatan tu yang penting. Tapi janganlah marah macam abang tu tak pernah wujud ingat kebaikkan dia juga dik.

Mak tahu lepas arwah ayah pergi adik ni macam terkontang-kanting sendiri. Sebab adik rapat dengan ayah.. Samalah dengan mak dik.

Walaupun mak ada anak-anak, masing-masing pun dah ada kehidupan sendiri. Adik jela tempat mak nak mengadu, berharap dan boleh buat gurau. Yang lain semuanya jauh.

Adik maafkan jela semua orang. Mak pun mintak maaf dik sebab tak izinkan adik pergi kerja jauh dari mak. Kakak dah cakap adik nak kerja dekat luar. Mak dah tua.

Kalau bukan adik yang sanggup dan rela jaga mak sekarang ni, Entahlah mak ada kat mana sekarang. Huhhh makin lebat air mata aku tumpah dek kata-kata mak.

Mana ada mak dalam dunia ni nak tengok kehidupan anak-anak berpecah belah.. bergaduh bermasam muka. Nanti abang balik berbaik lah adik sebelum mak pejamkan mata selamanya.

Aku memang dah tak terkata apa-apa dengan luahan mak tu. Rupanya mak sangat menghargai apa yang aku buat selama ni. Adik sayang mak sangat-sangat. I love you so much adik cubalah mak buat yang terbaik…

Selesai sesi deep talk dengan mak malam tu dan sama-sama menangis.

– Ara (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. awak, kisah kita sama je. saya pun tengah gaduh dengan abang saya sebab dia kata saya keluarkan dengan jantan (saya sudah bertunang ketika itu) sebab tak kotakan janji nak bawa mak saya balik kampung puasa haritu. padahal waktu tu saya kerja part time balik pukul 12 malam. sedih saya. penat tau cari duit sendiri sebab taknak susahkan orang. dia susah pun saya bantu. saya anak nombor tiga tapi saya umpama anak sulung. apa apa pun, semoga mudah urusan awak.

  2. Adik …. Adik tau tak, yg adik ni bertuah. Pertama, adik masih ada ibu yg boleh doakn adik tiap hari tiap masa. Tempat bermanja bersembang apa saja, bergurau senda semua. Keduanya,adik ada adik beradik yg boleh hulurkan telinga, dgr apa je luahan hati adik iaitu kakak adik. Ketiganya, adik xpyh nk susah payah kluar bkerja, bergelut kt luar cari rezeki, pastu nk bkejar balik rumah cepat2 sb nk urus hal rumah plak mcm ppuan2 yg bkerja tu. Adik tenang2 je kt umah urus rumah, urus keperluan mak,xkerja pun adik ada tempat tinggal selesa, terap dpt mkn mcm org lain. Adik lbh lg bertuah sb adik Allah beri pluang jaga ayah & kakak ipar yg sakit sblm arwah2 pergi dijemput Ilahi. Adik pun pernah jaga abang yg sakit hingga sembuh.Skg plak jaga mak, mak yg beri peluang adik ke Syurga Allah jika jaga dgn baik. Go ahead adik, tp jgn lupa jaga jgk kesihatan adik, jgn biar sakit adik melarat pulak. Angah doakn moga Allah dpt bg adik kesabaran dlm mgharungi pmasalahan hubungan dlm keluarga adik. Angah tahu bkn mudah, sb Angah pun sdg hadapi situasi yg hampir serupa dgn adik. Cunanya, status Angah ni isteri org yg masih bekerja di pejabat, jg ibu kpd 3 org anak yg dh dewasa & nenek kpd 2 org cucu yg masih bayi. Jg mcm adik, sdg mnjaga org tua (Abah) yg uzur. Bayangkan, dlm usia 50an begini, Angah gagahkan diri harungi segala cabaran yg datang walau kurang sokongan dr adik beradik yg lain. Adik, kita kena ‘kuat’ tau!.

  3. adoi… sedihnya. Adik dengan angah ni dua dua ek buat orang berair mata.
    takpela, orang lain takperlu tahu, cukup mak hargai kita, cukup. dialah syurga.*hugs to both of you,. teruskan berjuang ya, semoga sihat sihat selalu dan dilancarkan rezeki serta diberikan kekuatan

  4. Tahniah. Teruskan menjaga diri sendiri. Jaga ibu. Jaga kehidupan. Allah uji sebab Allah tahu kemampuan saudari. Jangan fikir melebih-lebih sebab nanti diri sendiri akan stress. Ibu anda cekal, anda harus lebih cekal dan tabah. Banyak rezeki Allah bagi kepada anda. Moga terus maju jaya dalam kehidupan saudari.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *