Sorry ye kalau tak tersusun cerita ni, saje nak luahkan je benda lama simpan.
Ok macam ni, aku ada 3 beradik. Aku anak tengah. Biasanya anak nombor dua ni pelik sikit, tu orang selalu cakapla.
Ringkaskan, mak bapak aku jenisnya mengatur perjalanan hidup sikit. Sikit jela tak semua. Terutama bab belajar.
Anak pertama bijak bestari & menurut kata mak bapak. Suruh apply itu ini semua buat, dah masuk belajar universiti separuh jalan, dapat better offer, suruh quit & masuk balik semula.
Dan akhirnya berjaya menjadi pekerja yang bagus. Aku tak nafikan kebagusan dia. Memang jenis yang rajin, bagus, kerja tiptop. Haa gitu. Habislah pasal anak pertama.
Lepas tu, adik aku pun sama. Mengikut kata mak bapak aku dengan berjayanya. And of course dia disayangi extra dari adik beradik lain.
Aku dengan adik aku jauh beza. So dah lama tak ada anak kecik, tetiba ada anak kecik mestila semua benda extra. Sekarang pun dia dah jadi apa yang mak bapak aku nak.
Aku pula, tak berapa bijak bestari tapi takla teruk sangat. Sama juga, duk keluar masuk universiti banyak kali. Aku habis lambat belajar sebab duk keluar masuk.
Aku dah nak habis belajar dekat satu universiti ni, dalam setahun lagi tapi bapak aku suruh quit untuk masuk kolej lain & keluar automatic ada kerja.
Aku memang tak nakla, penat aku belajar tibe kena quit, drama la juga, memberontak, merajuk & semualah akhirnya masuk jela mengikut kehendak mak bapak aku.
Ye, tak sampai sebulan ke beberapa minggu je aku quit sebab aku bebetul tak nak belajar situ.
Kes aku quit ni tersebarlah merata, seperti kawan-kawan mak aku, bapak aku.
Ada one time tu, kawan bapak aku tanya asal aku quit. Time tu bapak aku ada sekali, dia boleh cakap sebab aku tak nak, beria nak masuk tetiba tak nak.
Eh, aku pula beria? Aku jawab soalan pak cik tu dengan elok, aku cakap, bapak aku yang suruh masuk, aku tak nak pun.
Balik tu aku bengang la juga tak pasal salah aku wei. Padahal bapak aku yang paksa aku masuk situ.
Habis kisah tu & aku pun habis belajar tempat lain yang kena ulang dari mula. Penat oi belajar tak habis-habis.
Lepas tu, aku follow mak bapak aku pergi kenduri ke apa tah tapi majlis yang ramai oranglah.
Mak bapak aku duk bual dengan kawan-kawan menceritakan kisah anak-anak mereka yang mereka banggakan.
Mak bapak aku ceritalah pasal anak pertama dengan ketiga tu, tengah sembang, kawan dia tanyalah anak nombor dua macam mana.
Bapak aku cakap, ‘oh, dia takde apa, biasa je’. Weh, aku terus rasa aku anak tak guna & anak terbodoh di dunia sebab aku ‘takde apa’ wei.
Tersentaklah juga & balik tu aku nangis sebab aku tak mampu banggakan mak bapak aku. Aku tak tahulah aku sensitif ke atau memang ayat keluar dari mulut mak bapak aku tu patut aku rasa sedih.
Bodo sangat ke aku? Tak guna ke aku ni? Actually mak bapak aku serious ok tapi bila bab macam tu diorang jadi macam aku tak wujud sebab aku tak berjaya ikut aturan hidup yang diperlukan.
Sampai sekarang aku ingat ayat tu tau. Sedih wei. Tahlah. Aku takkan buat anak aku macam tu. Ayat-ayat yang keluar dari mulut mak bapak ni kadang buat anak sedih.
Cuma diorang tak tahu, takkan kita as anak nak bagitahu pula. Tapi kalau anak buat diorang sedih, haa itu jam kau rasa nak bunuh diri sebab rasa bersalah.
Dahla, itu je. Ingat tau, jangan buat anak korang sedih dengan kata-kata korang yang korang tak sedar pun kata-kata korang tu boleh melukai hati anak sampai besar.
– Anak (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit