Kata-kata Seorang Pensyarah

Assalamualaikum dan hai semua. Nama aku N.

Ini kali kedua aku post confession di sini. Kali ni just nak cerita pengalaman aku waktu belajar dulu.

Aku pun dah tamat belajar hampir 3 tahun. Disebabkan sekarang musim konvokesyen, aku teringat pula kisah aku masa tahun akhir pengajian ijazah di universiti.

Aku sambung belajar ijazah di sebuah universiti awam. Universiti mana? Korang teka lah sendiri. Yang pasti selalu ada isu.

Tapi bukan tu yang aku nak highlight.

Kisahnya, masa semester akhir pengajian ijazah, kami sebagai pelajar dikehendaki untuk menyiapkan projek tahun akhir ataupun dikenali sebagai “final year project” atau “fyp”.

Untuk setiap projek fyp, akan ada seorang atau dua orang pensyarah akademik yang bertindak sebagai supervisor yang akan guide setiap kumpulan pelajar.

Setiap kumpulan pelajar terdiri daripada 2 orang pelajar semester akhir.

Disebabkan masa tu zaman covid-19, kami pelajar universiti ni dikehendaki belajar di rumah atau secara online. Memang tak bersemuka antara satu sama lain langsung.

Kiranya, sesi perbincangan atau konsultasi bersama pensyarah supervisor memang dilakukan secara online. Okey cukup intro tentang itu.

Masalahnya, kiranya waktu tu agak culture shock juga lah bagi aku.

Masa tengah berbincang online tu lecturer aku seorang wanita, umur macam dalam awal 50-an, Melayu, Islam, dan berpangkat professor suka mengeluarkan kata-kata kesat yang bagi aku agak keterlaluan.

Aku dan kawan sekelas aku, kami masing-masing tidak pernah belajar secara bersemuka atau pun secara tidak bersemuka bersama pensyarah tersebut sepanjang pengajian kami sehinggalah dia menjadi supervisor fyp kami.

Sebaliknya, pada kumpulan pelajar yang lain, mereka pernah belajar bersama pensyarah tersebut.

Kata-kata kesat tu sangat lah bagi aku tak patut dilontarkan oleh seorang pensyarah, tenaga pengajar, malah seorang Islam.

Malah, aku rasa tak ada agama mana pun di dunia yang mengajar penganutnya melontarkan kata-kata kesat dan kasar.

Dia dengan selambanya berkata b*d*h, b*ngang, sh*t, bullshsh*t dan ada lagi perkataan yang kasar yang aku sendiri tak sanggup nak tulis, dengan nada yang kuat dan kasar direct kepada pelajar.

Memang aku terkejutlah tak sangka pulak seorang pensyarah berpangkat profesor, perempuan pulak tu boleh cakap macam tu kepada pelajar.

Malah, kalau kami tanya soalan, dia akan buat muka seolah-olah menyampah, seolah-olah soalan yang kami tanya sangat menjengkelkan dan lepastu tidak menjawab soalan yang ditanya.

Aku tak pastilah sama ada dia tertekan dengan masalah di rumah dan melepaskan kemarahan dia kepada kami pelajar yang hanya berniat bertanyakan soalan.

Tapi rupa-rupanya hanya kepada kami bukan pada anak-anaknya hahah. Macam Mana aku tahu?

Sebab masa tengah perbincangan tu tengah on-camera dia ada bercakap dengan anak dia, alahai lembut gila suara.

Sebenarnya boleh saja aku nak rakam saja masa dia tengking-tengking tu, tapi tak nak lah memanjangkan cerita.

Kalau ada yang kata, eleh tu baru belajar, tak kena lagi masa kerja. Ye aku faham.

Memang masa kerja akan kena lagi teruk, dari boss, dari leader, sv lagi. Tapi ni aku cerita adab sebagai seorang tenaga pengajar.

Serius ya, kami bercakap sangat lah sopan dengan dia. Tanya soalan pun selepas kami dah buat research, bukan tanya melulu.

Dan bagi aku agak keterlaluan sebagai guru, tenaga pengajar mahupun pensyarah untuk bersikap macamtu.

Sedih juga la bila ditengking macam tu masa tu, tapi nak buat macam mana hidup mesti diteruskan.

Yang lagi best, setiap minggu ya kena tengking dengan kata-kata macamtu. Dan dia melontarkan kata-kata tu tanpa rasa bersalah seolah-olah suatu kebiasaan baginya.

Aku rasa mungkin dia beranggapan pangkat kami student ni bawahan, dia kan pensyarah pangkat professor.

Kesimpulannya, aku harap dah lanjut-lanjut usia ni, jagalah percakapan tak kisah siapa pun kita dan aku harap kisah ni korang dapat la ambil sedikit sebanyak pengajaran.

Pesanan untuk diri aku sendiri dan buat kita semua. Aku tak cakap lah aku baik sangat ke apa.

Tapi belum pernah lagi lah melontarkan kata-kata jahat macam tu dekat orang tanpa rasa bersalah. Nauzubillahiminzalik.

– N (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *