Hai, nama aku Daisy, late 20’s, tahun depan dah masuk 3 series dah.
Sekarang tengah viral pasal Prof yang bagi kata-kata sensitif tu teringat dekat sorang cikgu masa aku nak spm dulu.
Sekolah aku luar bandar, masa pmr dapat 8A, tapi takde rezeki nak masuk asrama penuh.
So dapat masuk kelas aliran sains, tapi sebab sekolah dekat kampung, aliran sains dia, ada 5 subjek wajib, 4 subjek tambahan iaitu add math, kimia, fizik dan satu lagi akaun.
Reason cikgu buat macam ni sebab jarang student lulus apatah lagi nak score A kalau buat kelas aliran sains tulen.
Masa tu aku memang bercita-cita nak jadi doktor, sebab mak pesan and impian mak nak tengok anak jadi doktor. Mak kerja jaga hospital masa tu. Dia seronok tengok doktor-doktor bantu orang.
So aku pon cari lah jalan macam mana nak jadi doktor, sebab mak tak reti dan tak boleh guide. Yang pastinya wajiblah ambik subjek biologi ni kalau nak further study dalam medicine.
Kebetulan masa nak daftar subjek spm, boleh tambah subjek pilihan.
So aku pon tambahlah subjek biology, bagitahu guru kelas, dan guru biology yang bertahun dah tak ajar bio, dia ajar sains sahaja.
Tapi dia willingly nak ajar dan dia ambik kertas exam dari kawan dia. Terima kasih cikgu, sy ingat jasa cikgu sampai bila2.
Panjang pulak intro, okay, sampai dah klimaksnyaa.
So before nak finalised kan betul2 ke nak ambik subjek tambahan ni, cikgu2 semua panggil aku. sebab nak confirm kn. Yang paling berbekas, cikgu HEM ni, dia panggil aku masuk bilik.
Ayat dia yang aku rasa berbekas sampai sekarang, walaupon dah berbelas tahun. Dia cakap, “ramai dah student yang bercita cita tinggi macam awak ni, tapi nanti failed juga, kerja kedai makan saja.
Lagi2 mak awak ni kerja jaga hospital saja, xmampu nak hantar pergi tuisyen, beli buku latihan, kenapa awk yakin sangat awak boleh jadi doktor”.
Depan dia aku tahan saja air mata yang sipi sipi lagi nak keluar ni. Masa tu dalam hati memang sedar , hina nya jadi orang miskin ye. Sampai nak ada cita-cita pon takde hak.
Aku tak ingat respon aku apa, tapi keluar tu aku nangis dekat kawan-kawan aku. And aku call mak, mak cakap mak yakin anak dia mampu.
Kawan-kawan pon support aku, sebab diorang cakap aku tak failed pon jawab exam sekolah sebelah. So aku teruskan.
Fast forward, aku dapat B for biologi, dapat masuk matrik and score 4.0. Dapat jadi doktor, tapi aku pilih doktor gigi. Alhamdulillah rezeki Allah bagi pada hambaNya yang tak pernah mengalah.
Alhamdulillah harini dah ada klinik sendiri, mak dapat bersara, dah tak payah susah-susah dah. Sebut saja apa nak, alhamdulillah Allah bagi rezeki untuk tunaikan.
Walaupon macam tu, bila teringat , mengalir juga air mata ni. Hina betul jadi miskin ye satu hari dulu. Bila prof tu cakap macam tu, teringat flashback lama.
So konklusinya, tak kisah lah nak didik ke apa ke, walaupon aku macam okay harini, tapi still berbekas juga.
Walaupon aku takdelah rub off dekat muka cikgu tu, aku maafkan dan doakan yang baik2 untuk dia. Tapi sedih tu mungkin bawa sampai bila. Bukan dendam, cuma teringat bila ada kes2 macam ni.
Ramai2 cikgu2 dan lecturer yang tolong aku, yang percaya kebolehan aku. Dan you guys sangat awesome.
Semoga semua warga pendidik ambil iktibar, dan doakan serta cakap yang baik2.
Assalamualaikum..
– Daisy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit