Kata-Kata Yang Memakan Diri

Aku Mentari. Aku tulis kisah ni sebab aku just nak luah rasa kesal yang ada pada diri aku.

Dulu masa belajar aku ada bercinta dengan seorang lelaki ni, aku nama kan dia Mendung. Mendung ni seorang yang pandai every semester mesti dekan tapi dia kurang sikit dalam kira kira, aku ni pula bab kira kira memang power.

Nak dijadikan cerita dia selalu tanya aku bila ada latihan yang dia kurang jelas normal la kan bagi aku. Rupa rupanya Mendung ni simpan perasaan terhadap aku.

Mula mula tu aku tak ada la suka sangat dengan dia ni tapi lepas tu aku suka sebab keperibadian dia and aku jenis suka pada orang yang pandai, so kami pun bercinta.

Aku akui aku ni ramai kawan lelaki dan ada antara mereka yang sukakan aku. Jadi Mendung ni ada cemburu sikit, tapi aku tak ada la keluar dengan kawan lelaki aku berdua ke apa semuanya pun aku cerita kat Mendung ni.

Lama lama aku rasa rimas dengan cemburu dia, dia ni tak baran pun aku yang rimas dan aku juga la yang baran dalam kisah ni selalu melenting tapi dia tetap sabar and dah nak hujung sem kami pun putus..

Tapi dia tak putus asa masih lagi text aku nak berbaik, tapi masa tu aku marah dengan dia aku rasa rimas aku nak ruang tapi dia tak boleh bagi aku ruang.

Aku faham dia sayang tapi bagilah aku ruang dan masa plus aku ada masalah personal (dia pun tahu) lagi tambah serabut aku rasa.

Aku dah kata aku masih lagi boleh berkawan kalau dia nak pada aku masa tu aku just nak ruang andai kata nanti kami get back aku okay tapi masa tu ruang dan masa sahaja yang aku perlukan. Jadi aku block dia sebab rimas dia pun marah dapat tahu aku block dia.

Jadi dia cari aku kat email, twitter ig segala macam la sumpah masa tu aku rasa serabut. Jadi aku ada reply dia dengan kata kata yang sangat kasar, kalau nak ikutkan aku memang baran tapi aku tak kan dan tak pernah buat orang macam tu.

Selalu kalau aku malas nak layan kan aku just diam dan ignore je tapi dengan dia ni aku terus cakap kasar macam “kau ni semak la aku tak perlu kan kau lagi dalam hidup aku” “kau berambus la” “kau ni bukan nya menyenangkan menyerabutkan ada la” dan macam macam lagi.

Bila aku baca balik apa yang aku cakap ni dan dia reply “kenapa you macam ni knowing you, you bukanlah seorang yang akan cakap macam ni kat orang lain apa yang I dah buat kat you sampai you macam ni”

Kata kata ni la yang makan aku balik sampai sekarang aku rasa bersalah sangat sangat kenapa aku boleh lemparkan kata kata yang macam ni?

Bila aku baca balik aku rasa sakit apa tah lagi dia yang baca ayat tu ditujukan pada dia.

3 tahun lepas aku ada text dia kata aku minta maaf sebab seminggu macam tu aku mimpi pasal dia dan dia nampak marah dan dendam so aku text la dia kata aku tak ada buat salah pun and dia tak simpan dendam pun kat aku.

Dulu dia selalu juga text aku wish birthday bagai tapi tahun ni lain tak ada tu yang aku terdetik nak baca balik conversation kitorang kat semua tempat.

Sekarang aku meyesal gila dengan apa yang aku dah cakap bagi aku kata kata maaf aku tu tiada makna langsung sebab sakit yang aku bagi kat dia tu, aku asik terfikir pasal dia je dah la dia dah lama tak text aku.

Untuk Mendung aku minta maaf atas semua kata kata aku yang aku bagi dekat kau, aku doakan semoga kau dapat jodoh yang baik dan faham kau.

– MENTARI (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

5 Comments

  1. Waste your time nak overthinking about him anymore at least u cakap jujur about your situation & feeling…
    tak semua kisah cinta semuanya indah belaka…semoga dapat jumpa pengganti yg lebih peka dan memahami diri sis

  2. mintak je maaf kt dia sendiri, lps tu move on.. u bkn x move on, cuma u ada sisa rasa bersalah sbb ada benda xselesai.. better mintak maaf je elok2, bkn utk berbaik, tp utk hilangkan rasa bersalah yg tertinggal.. mungkin at that time u mmg serabut, and dia a bit pushy.. so nothing wrong, benda pun dh jadi..

  3. Sebabtu tak boleh senang2 terima orang yang kita tak minat. Walau mcm mana org cakap org perempuan kena dgn lelaki yg lebih sayangkan kita…tapi perasaan tak boleh tipu. Walaupun nanti muncul juga rasa sayang kt laki tu, lambat laun akan meletup juga mcmni…

  4. Aku pernah lalui seperti Mendung… 6 tahun aku sabar, akhirnya aku beralah sahaja agar dia tidak terus berdosa pada ku… Akhirnya bila aku keluar dari hidupnya…namun bila tiada barulah dia tercari-cari.. Tapi apakan daya aku tidak mampu utk lalui perasaan seperti ombak yang sentiasa bergelora… Apa pun teruskanlah kehidupan anda tanpa dia, moga ada sinar dihujung sana…Kerana dia secara pastinya tidak akan kembali lagi kerana masa anda telah berlalu.. Kata-katanya yang tidak aku lupakan “sebanyak manapun nasihat awak, keputusan akhirnya tetap di tangan saya”…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *