Kata-katamu Ibarat Bilahan Pisau Yang Tajam

Assalamualaikum kepada pembaca setia IIUM confession. Terima kasih kerana sudi membaca dan beri komen yang positif kepadaku. Terima kasih juga admin sebab sudi siarkan post aku ni. Aku mengharapkan komen yang membina dari anda semua dan harapnya tak dikecam lah ye. Hihi.

Aku berumur 27 tahun, sudah berkahwin dan belum mempunyai anak. Sekarang berstatus penganggur selama 1 tahun++ dan perkahwinan aku juga sudah menginjak ke tahun pertama. Selepas berkahwin aku resign atas beberapa sebab yang tak dapat aku jelaskan di sini, takot meleret pula cerita ni dan aku rasa itu keputusan paling bodoh pernah aku buat sepanjang hidupku.

Suamiku bekerja di salah satu syarikat ternama dalam bidang oil n gas. Gaji pokoknya melebihi 5 angka. Dia datang dari keluarga yang susah, termasuklah aku. Dia kini terpaksa menyara ibu adik perempuan yang juga sedang struggle mencari kerja dan aku. Suamiku ini orang nya pemurah, sanggup miskin asalkan orang lain gembira.

Buat pengetahuan readers, suamiku tua 7 tahun dariku dan belum memiliki rumah pertama. Kami berkenalan tidak lama, dalam setahun kemudian kami diijabkabulkan. Suamiku tidak pernah culas memberi nafkah kepadaku pada setiap bulan dia akan beri aku sebanyak RM2k.

RM1k aku guna kan untuk membayar komitmen aku (kereta, insuran, ptptn, saving dan lebihan duit aku akan beri sedikit kepada adik2 yang masih menuntut di universiti dan beli barang keperluanku serta saving aku sendiri, Semenjak berhenti kerja memang tak banyak duit untuk aku bagi kepada parents cuma yang dapat aku beri sedikit keperluan rumah untuk mereka apabila aku balik kampung sebulan sekali.

Berbalik kepada tajuk di atas, tak dinafikan suami aku adalah anak, menantu dan suami yang baik. Sifatnya yang peramah dan pemurah buatkan orang senang dengan nya. Dia juga suami yang penyayang tetapi aku lihat suamiku ini agak boros sampai dia sanggup meminjam duit yang dia beri kepadaku atau adik yang tak bekerja tadi semata-mata kerana rakannya perlukan bantuan kewangan semasa itu.

Korang bayangkan, duit dia pada akhir bulan tu contohnya cuma tinggal lagi 200 tetapi dia sanggup beri kepada kawannya dan berhutang dengan adiknya (aku tahu pon sebab aku selalu cek whatsaap mereka) dan berhutang dengan ku. Korang bayangkan dahlah masa tu barang dapur dan peti ais pon dah kosong. Suami aku ni jenis yang agak boros dan pada aku dia tidak tahu menguruskan kewangannya.

Benarlah kata orang makin besar gaji, makin besar perbelanjaan. Suami aku ni selalunya akan shopping barang mahal2 dan branded, aku biarkan saja mungkin itu cara dia reward dirinya sendiri cuma banyak kali aku perasan dia ni mmg jenis yang tiada simpanan kecemasan. Kerapkali dia pinjam duit dari aku dan nafkah RM2k yang dia bagi pada bulan akan datang adalah lump sump dengan hutang yang dia pinjam bulan lepas.

Aku bukanlah jenis yang berkira cuma aku pon tidak bekerja, RM200 tu terlalu besar bagiku, bole aku gunakan ketika kecemasan. Suami juga pernah membelikan aku beberapa helai pakaian dan kasut dari brand tempatan. Aku berasal dari keluarga yang susah jadi aku value a single cents of money, tetapi dia mungkin bergaji besar dan dah terbiasa berbelanja besar jadi dia selalu perlekehkan pakaian dan brand baju yang aku pakai.

Yang peliknya tak pula dia hadiakan aku baju yang mahal2, cuma komen je. Bukan sekali dua tapi dah banyak kali aku selalu makan hati dengan kata-kata nya. Kebanyakkan barang yang aku ada pon aku beli sendiri dengan duit yang dia bagi dan aku simpan, tu pon yang off season dan tunggu masa sale je baru nak shopping.

Make up yang aku beli pon guna duit sendiri, tu pon cuma make up dr drugstore je yang bagi hemat suami aku tidak berkualiti. Pernah aku suarakan jika tak berkualiti tolong belikan di sephora tapi dia diam saja.

Jika dia ada duit lebih dari OT dia akan beri aku duit lebih untuk bulan tu tapi duit tu akhirnya dia ambil juga untuk beli barang dapur dan bayar bil elektrik air dll. Suami aku ni ok je cuma kata-katanya kepadaku sering buat aku makan hati. Pernah dia berseloroh kepadaku banyak kali juga, supaya aku cuba cari kerja di kedai makan atau pasaraya daripada menganggur, aku tak pasti sama ada dia cuma bergurau atau serius.

Jangan salah faham, bukannya aku perlekehkan kerja di pasaraya atau kedai makan, aku pernah je buat semua2 kerja2 tu masa aku cuti semester dan sementara aku tunggu dapat kerja pertama selepas graduate dulu aku pon pernah bekerja di pasaraya. Cuma aku tak rasakan keperluan aku bekerja di situ disebabkan aku rasa suami aku masih mampu menyara keluarga kami.

Aku juga sekarang sedang struggle untuk buat bisnes kecil- kecilan. Doakan aku semoga terus kuat dan murah rezeki untuk jalankan bisnes ni. Aku dah tak sanggup mendengar perlian dari suamiku dan aku pon tak pasti sama ada dia redha atau tidak sebenarnya bahawa isterinya cuma seorang suri rumah, jika redha aku pasti dia tak akan sentuh duit nafkah yang diberinya kepadaku dan mempunyai future plan untuk ku.

Sekurang2 nya aku tahu dia ada emergency plan dan duit, ini tidak bila ditanya dia cuma cakap dia menyimpan di asb je. Entahlah, aku kadang2 fed up dengan perangai dia. Beliau sanggup berlapar asalkan dapat pinjamkan duitnya atau sedekahkan duit kepada org lain, tapi sanggup pulak ambil duit isteri. Aku pon pelik. Adehh. Katanya duit nafkah rm2k itu dah meliputi semua nafkah yang seorang suami sepatut berikan kepada isteri.

Belum lagi aku cerita pasal nafkah batin, dia hanya sentuh aku sekali saja dalam seminggu itu pon katanya letih kerja. Aku faham, cuma bagiku cuma dia hanya melempiaskan nafsunya semata2- mata. Hubungan ini hanyalah pada sebelah pihak saja, sampaikan aku kadang2 rasa trauma nak bersama sebab rasa sakit. Entahlah, aku dah bincang pasal benda ni tapi katanya letih.

Aku tak tahu ujian apa yang aku lalui sekarang ni, dimata masyarakat suami ku orang yang terbaik akulah yang useless tapi aku hampir setiap hari makan hati dengan kata-katanya. Doakan aku readers supaya aku cepat dapat kerja sekurang-kurangnya tak perlu aku bergantung harap pada suamiku. At least, aku punya kewanganku sendiri yang kukuh, aku juga impikan rumah sendiri, walaupun rumah flat.

Aku tak pernah impikan suami untuk hadiahkan rumah kepadaku, lihat dari lifestyle dia saja aku tak pasti bila dia akan punya rumah. Aku rasa hikmah paling terbesar apabila Allah Taala belum kurniakan aku zuriat, aku pernah berdoa Allah bagi aku zuriat pada waktu yang tepat and i guess maybe this isn’t the right time.

Maaf andai cerita ini agak boring sebab aku tak pandai mengarang. Banyak lagi yang aku tqk ceritakan mungkin lain kali. Aku cuma ingin meluahkan keserabutan yang aku alami melalui penulisan. Terima kasih terlebih dahulu atas komen yang membina dari semua.

– Cik Maggie (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *