Aku nak cerita pasal saudara aku yang berumur 17 tahun, aku namakan dia Y. Saudara aku ni berasal dari keluarga yang susah. Susah yg mana parents dia tidak mempunyai kerja tetap, dan beliau berasal dari kampung. Ayah aku almost setiap bulan akan bagi duit untuk belanja dapur/makan untuk family dia. Si Y ni perempuan, anak sulung. Aku mengharapkan dia untuk menjadi someone yang boleh merubah nasib family dia. Budak ni macam baik, tapi sangkaan aku meleset.
Tahun lepas, dia berhenti sekolah, dengan alasan ‘nak sambung masuk kolej’. Masa zaman aku, selagi tak habis spm, memang takkan dapat offer masuk kolej/university. So, aku kaji la pasal kolej yg dia cakap tu. Bab tu memang betul; memang ada kolej yg menerima student berumur 16 tahun ke atas. Tapi kolej tu memang specifically untuk budak yg tercicir di sekolah. Pertengahan tahun ni, aku hantar Y ke kolej berkenaan yg agak dekat dengan rumah aku.
Parents si Y ni jauh di kampung, maka aku diwakilkan untuk memantau Y. Mak ayah dia sanggup meminjam saudara mara lain untuk mendapatkan duit bagi menampung yuran pendaftaran & asrama. Sampai macam tu usaha parents Y untuk hantarkan Y ni belajar. Tapi sebenarnya, Y ni ada agenda tersembunyi. Dia sebenarnya nak masuk ke kolej berkenaan disebabkan ingin berjumpa dengan boyfriend beliau yang aku namakan L. Aku tahu dari status-status beliau di fb.
Dipendekkan cerita, semalam aku mendapat call dari wakil kolej. ‘Puan, saudara puan yang bernama Y telah kami berhentikan disebabkan beliau tidak menghadiri class selama 2 bulan!’. Dan for sure aku terkejut dengan apa yang diberitahu pihak kolej. Terus aku buka facebook si Y. Aku tengok asyik post status2 manja & tagged nama si L. Tu belum lagi part bergambar dengan L, berbalas comment diruangan status yang kau baca pon kau rasa nak muntah.
Aku selidik dengan saudara aku di kampung, rupanya, si Y ni tidak duduk di asrama, tapi menyewa di luar. Sedangkan sem pertama, pelajar wajib untuk tinggal di asrama. Hampir setiap bulan mak nya akan mesej aku untuk meminjam duit. Bukan aku sahaja, tapi mak si Y ni juga meminta duit dari ayah aku. Makcik aku ni bercerita di kampung yang anaknya, Y selalu tidak mempunyai belanja yg cukup. Padahal anak kau berpoya-poya di KL!
Tolong lah, ramai yg bersusah payah utk hantar kau belajar, nak kau jadi manusia. Tapi kau sia-siakan semua ni. Gambar kau melentok2 dgn bf kau tu, takkan bawa kesenangan dunia akhirat dekat kau. Jangan ingat aku tak tahu, aku diamkan sebab aku nak dengar apa penipuan yang kau nak cerita utk cover salah kau kali ni. Kepada adik-adik, cinta umur belasan tahun ni selalunya cinta monyet. Kau serahkan everything, tapi hakikatnya tak berkekalan. Orang pandang setiap apa yang kau post. Org takkan directly cakap, tapi diorang menghina kau dalam hati. Orang tak pandang sweet pon..! Mungkin diorang loya je dgn status kau, worst case scenario, diorang canang aib kau dekat orang lain.
Bangga kah kau untuk tunjuk semua ni kepada generasi anak-anak kau kelak?
– S M
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit