Kata Semangat Untuk Cik Ultraman Gaia

Assalamualaikum.

Confessions ini ikhlas saya tujukan kepada Cik Ultraman Gaia. Saya doa kepada Allah SWT semoga cik terus diberikan kesabaran dalam menghadapi liku kehidupan. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu di langit dan dibumi.

Situasi cik hadapi hari ini sama seperti saya dahulu. Dua tahun lalu, saya juga diberikan ujian oleh Allah bilamana mama saya disahkan kanser payudara tahap 4. Kala itu, saya masih lagi belajar di sebuah universiti tempatan di lembah klang. Ketika itu sayalah yang bertanggungjawab menjaga mama yang lumpuh (bed ridden) dengan alasan saya masih belum berkahwin dan paling dekat tinggal dengan mama dan abah. Tapi, dekat yang dimaksudkan adalah sejam setengah perjalanan menggunakan perkhidmatan awam. Yea, masa tu saya tiada kenderaan sendiri dan tiada lesen. Bayangkan setiap hari saya akan bangun jam3pagi dan tidur jam12 tengah malam setiap hari. Tapi, syukur saya mampu dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah.

Macam cik, saya juga bukanlah ‘anak kesayangan’ mama dan abah. Sedari kecik saya sering dibandingkan dan disisihkan. Oleh sebab itu, saya memilih untuk bergiat aktif dalam persatuan dari sekolah rendah hingga universiti. Tapi, bila ujian mendatang semua senyap. Sedih sebab saya yang bukan kegemaran ini yang perlu berkorban.

Masa itu, adik2 saya masih bersekolah. Abang dan kakak saya sudah berkeluarga. Tetapi, hmmm. Biarlah benda sudah berlaku. Saya tidak suka mengungkit. Saya yakin dan percaya masing-masing sudah terima bahagian masing-masing. Janji Allah itu pasti. InshaAllah.

Saya seorang yang selalu positif. Saya faham perasaan cik bila cik kata cik kehilangan kawan. Saya juga masa itu, telah menyingkirkan mereka yang tidak perlu berada dalam line kehidupan saya sebab saya sudah terlalu penat. Perasaan bercampur baur, emosi rabak, fizikal letih, mental koyak dan macam-macam keadaan yang buat saya jadi down masa tu. Tambah pula saya fail satu paper masa final sem dan thesis bermasalah. Lagilah stress dan give up.

Saudara mara jangan cakaplah hanya tahu mengata bila datang. Dari situ, saya telah tetapkan hati untuk buat apa yang mampu tanpa pedulikan apa yang orang cakap. Sebab akhirnya kita yang menjaga juga. Bukan mereka. Saya harap cik juga akan selalu positif dan tidak ambil peduli apa orang lain cakap. Sebab cik yang menghadap ayah dan ibu cik setiap hari. Buatlah apa2 yang cik rasa perlu buat untuk kebaikan mereka.

Dan, sesungguhnya Allah Maha Pengasih. Saya juga macam cik tidak pernah diucapkan kata terima kasih sepanjang menjaga mama. Malah, ada sahaja yang tidak kena dan dimarahi. Tapi, pada hari mama saya koma, mama saya sempat cakap perkataan yang tidak mungkin saya lupakan sampai mati. ‘Terima kasih dan kamaya anak yang baik’. Akhirnya,mama saya pergi selepas hampir 4 hari koma. Ketahuilah cik, ayah dan ibu cik sangat-sangat menghargai pengorbanan cik. Cuma, mungkin ego mereka yang menghalang daripada mereka meluahkannya.

Saya selalu yakin dengan Dia. Saya juga harap cik akan selalu yakin dengan janjiNya. Tak apa cik susah sekarang. InshaAllah akan ada balasan baik untuk cik. Mungkin cik perlukan orang untuk bercerita dan hadapi ujian ini bersama. Nasihat saya cari teman yang sanggup susah dan senang dengan kita. Saya bersyukur sebab Allah utuskan seorang sahabat dan teman yang sangat memahami.

Akhir sekali, saya doakan semoga segala urusan cik dipermudahkan oleh Allah SWT. Rintihan hati cik selalu didengari olehNya. Bersyukurlah dengan ujian ini sebab cik akan lebih menghargai orang sekeliling. Yakini Dia.

Ikhlas,
Cik kamaya.

– Cik Kamaya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *