Cable is cronyism! Indahnya hidup kalau tak perlu berusaha, susah payah belajar, senang-senang dapat tempat di SBP/MRSM/sekolah elit. Senangnya hidup tanpa perlu susah-susah dapat kursus di universiti yang kita nak walhal kita tak layak. Lepas tu dah cop awal-awal masuk kerja. Kabel tu hanya digunakan oleh orang yang tidak layak. Kontraktor yang tak layak, tak memenuhi minimum requirement dapat direct tender, kemungkinan besar runtuhlah bangunan yang akan dibina.
Networking dan kabel adalah 2 perkara berbeza. Dalam dunia perniagaan terutamanya, bussiness owner needs to be kind to everyone. Many of them not able to express their politic belief in order to look neutral and be close to every one. Untuk masuk kerja kita perlu support/recommendation letter. That’s not cronyism because everyone needs them. Just use your current boss, your lecturer or anyone that knows you professionally. Bukan kau fresh graduate, yang recommend ko bapak saudara kau yang dato’ tu. Eh bila pulak dia kerja sekali dengan kau. For me, this is unacceptable. Once you use somebody to get fast track, to fill a post you actually not eligible (atau kau rasa layak tapi kalau tak guna kabel memang kau takkan dapat) it’s unfair.
Saya seorang doktor. Anak seorang mekanik, ibu saya berniaga kecil-kecilan. Kami bukan orang senang. Mak dan ayah menyewa rumah sebahagian besar hidup mereka. Tapi Alhamdulillah mak ayah sangat bagi perhatian pada pendidikan anak-anak. Thanks to meritocracy, I am who I am today. Jika ramai orang guna kabel cuba bayangkan saya mungkin tak akan masuk MRSM, tak dapat masuk matrikulasi, tak dapat kursus perubatan dengan tajaan JPA, takkan dapat tajaan ke luar negara (walaupun ditolak sebab mak dan ayah tak benarkan).
Rakan saya mak ayahnya orang biasa, berniaga kecil-kecilan, dapat 11A dalam SPM, apply 11 biasiswa dan Alhamdulillah graduated from same university as Vivy Yusoff. 1 benda yang kami takkan dapat kalau tajaan biasiswa, kekosongan diisi oleh anak orang-orang tertentu. Kalau dah kaya dan anda adalah ‘somebody’ there are more reasons for you to self sponsor your children. Rakan saya, ayahnya pernah jadi YB dan memang dia guna duit sendiri untuk hantar anak dia belajar medic. Atas rasa tanggungjawab. Teringat kisah sepupu saya yang sangat sedih bila post yang dia apply diisi oleh orang yang dia kenal- tak memenuhi syarat minimum kelayakan dan has poor knowledge in that area tapi dapat sebab kabel. It’s so unfair.
Kami dalam dunia perubatan sangat anti dengan orang yang guna kabel. Bayangkan kalau ada orang result spm tak okay sambung kursus perubatan, belajar pulak tak leh follow tapi aik lepas pulak final exam. Can you foresee that these are the people that will endanger patients? The poor knowledge and incompetency will kill a life. Sebab tu my batchmate, terdiri dari pelbagai social background. Yang senang rumah besar ada maid bagai pun ada. Yang susah, yang anak yatim, yang kerja dari kecil pun ada, yang bila dapat biasiswa pertama menangis dengan mak dia. And Alhamdulillah we are not judged based on that and we mingle around without looking at all those things.
Biasanya masing-masing tak tahu pun siapa kaya siapa miskin. Dah 4-5 tahun, bila kita personally close dengan orang tu baru tahu. Yang kaya tak berlagak, tak sibuk guna cable. Yang miskin pun tak rasa inferior. Masing-masing sibuk study and improve to be a better version of ourselves. Ada senior ayah lecturer kat fakulti sama, bukan senang2 dia boleh pass. Ayah dia tak boleh jadi one of the examiners and even tak leh dekat dengan exam area waktu dia final year. That is called fair and square.
Bila dah masuk kerja pun macam tu. Tak ada istilah you anak somebody, everything will be smooth for you. Saya ada rakan ayahnya adalah prominent person di negeri kami bekerja. Specialist tak pandang pun semua tu. Rakan kami ada anak yb/ex-yb, mak ayah doktor (kira possible mak ayah mereka batchmate dengan specialist), ada anak head of department sebuah hospital, ada anak pengarah kesihatan negeri, semua tu tak membuatkan you dapat special treatment. If you are competent and tak ada masalah attitude you will be fine.
Kalau you anak janitor sekalipun, tapi u have the attitude, passionate and competetent, you will be loved and get full support in your career development. Tapi kalau problematic, haruk lah kena walau kau anak sape pun. Anak pengarah hospital pun tak dapat layanan lebih baik dari orang lain. Kawan saya sepupu kepada Timbalan Pengarah Kesihatan, tak da pun guna kabel even untuk placement, masih kena hantar ke ceruk pedalaman Sarawak.
Kesimpulannya, stoplah guna kabel. Saya menyeru semua orang jadilah seperti kami. Berilah peluang kepada orang yang selayaknya. Dunia perubatan ni memang tough, masuk course medic belum tentu dapat grad. Graduate dapat pakai gelaran doktor belum tentu dapat habiskan housemanship. Sambung kepakaran (master) belum tentu pass atau dapat habiskan. Habis master belum tentu jadi pakar kalau tak lepas gazettement. Kesimpulannya kabel tak ada tempat di sini. Mungkin ada yang guna tapi saya pasti hanya melibatkan placement. Tapi at the end of the day, you will be assessed by merit: your skills and knowledge.
– Dr K
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit