Katsaridaphobia

Assalamualaikum dan hai. Terima kasih kepada admin iiumc kerana siarkan confession aku ni. Haritu aku ada baca confession pasal ailurophobia and ailurophilia. Aku pula nak cerita pasal diri aku yang fobia terhadap lipas or katsaridaphobia.

Aku mula takut dengan lipas sejak aku kecil lagi. Aku ingat lagi masa kecil dulu, waktu aku baring atas katil, aku rasa macam ada benda geli2 kat belakang badan. Lepastu aku bangun dan tengok rupanya ada lipas and of course aku menangis sebab takut. Sampai sekarang aku masih rasa lagi takut tu, dan memang sampai tahap fobia dah.

Dalam bilik air pun bila aku nampak lipas memang aku sanggup tak guna bilik air sebab fobia. Aku geli dengan badan dia dan sesungut tu yucks. Apatah lagi bila dah kembangkan sayap dia yang ‘menyerlah’ tu, tu khinzir dah namanya. Ada sekali tu aku dinner dengan family aku kat restoran. Tengah2 makan tu tetiba aku dengar bunyi yang buat bulu roma aku meremang. Memang aku dapat agak, bunyi lipas terbang. Pastu tengah ‘I believe I can fly’ tu boleh pulak dia landing kat kerusi sebelah tempat aku duduk. Terus aku takde selera nak makan sebab makhluk tu.

Dekat rumah kekadang bila aku nampak lipas mesti aku bagitahu family yang lain, then diorang boleh kata “laaaa bunuh je lah. Lipas kecik je pun buat apa takut.” Adoii hawau betul. Faham tak aku fobia.

Sesiapa yang ada fobia sama dengan aku ni, we’re all in this together ~ yang tak kena fobia ni korang takkan faham cemana nak deal dengan fobia. Pernah jugak terdetik kenapa lah makhluk ni tak pupus je? Aman sikit hidup. Takde ah aku kena fobia ni.

Hm tu je lah aku nak cerita. Saja bosan2 ceni aku taktahu nak buat apa. Saja nak confess hahaha. Have a nice day dear readers! :)

– Aku yang fobia

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit