Kau Bayarkanlah Dulu

Hai, saya Panda. Pernah tulis beberapa confessions sebelum ni. Tapi confession yang ni tak relate sangat dengan yang lepas-lepas tu so tak baca pun tak apa. Cuma masih berlatar-belakangkan bekerja di negara yang sama.

Bagi yang berminat, boleh baca confession sebelum ini disini,

Untuk part I, (https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang-ii/).

Untuk part III, (https://iiumc.com/rezeki-di-negara-orang-iii/).

Berbalik kepada tajuk, selalu tak kawan-kawan atau officemates buat macam tu kat korang bila makan sama-sama atau order on9? Tak pun korang salah satu pelakunya? Hehe.

Aku kerja dan duduk di Singapore sejak MCO, sebelum ni berulang alik JB-SG. Sejak duduk di SG secara tetap, memang terasa perubahan dari segi pebelanjaan dan simpanan bulanan.

Kos sara hidup sangat tinggi, sewa bilik je dah $600 (darab 3 untuk convert ke RM). Bayangkan lah duit sewa bilik tu boleh lepas bayaran bulanan rumah kat JB kot. Btw aku memang tak suka share bilik, sebab tu sanggup.

Sebab pernah ada pengalaman buruk share bilik dengan orang, pengotor lah, barang hilang lah, cerewet lah. Cost makan pulak kalau sehari 2 kali lebih kurang $10. Dan transportation dan barang-barang groceries (jajan, toiletries, makeup, etc2) aku bajet $100 sebulan.

Busuk-busuk aku tiba-tiba ada additional cost $1k setiap bulan bila duduk SG berbanding dengan duduk JB. $1k = satu ribu Singapore Dollar tau bukan satu ribu Ringgit Malaysia. Just in case korang wondering kenapa kitorang sanggup balik hari setiap hari dulu.

Agak terasa kesempitan kewangan bila duduk negara mahal ni, lagi-lagi masa aku baru masuk SG semula lepas habis cuti balik kampung. Deposit bilik je dah 1+1 ($1200) nak beli barang-barang kelengkapan lagi, makan lagi, transport lagi, makeup lagi.

Sedar-sedar je tinggal $50 dalam tangan dengan ada lagi 2 minggu nak gaji. Nak tak nak aku tebalkan muka buat loan dengan kawan rapat sama Malaysian yang kerja tempat aku jugak. Nasib baik lah dia boleh tolong, kalau nak pinjam dengan locals gila paiseh weh. Pada diaorang, engineer tak kan lah sengkek sangat.

Locals yang single sama-sama engineer macam aku boleh lah bermewah-mewah sebab duduk dengan family, tak ada commitments, setiap kali iphone baru keluar je terus jadi yang pertama tukar.

Ni aku nak cerita pasal habit mintak orang bayarkan dulu oleh budak-budak office aku. Aku rasa benda ni ada jadi je kat mana-mana, tak kira tua ke muda pangkat atau bangsa apa. So korang imagine kau yang tengah berkira-kira, budget-budget makan sebab nak cukupkan sampai gaji, tapi dikelilingi dengan yang suka mintak bayarkan dulu ni.

Selalunya diaorang bayar balik lah, tapi tu pun lepas dah 2-3 minggu atau bila kita ingatkan. Tapi ramai je yang buat-buat sibuk, buat-buat lupa, “Oh okay2 nanti aku transfer, nanti aku bagi kau duit haritu.” Sampai ke sudah tak bayar jugak, sedangkan duit itu hak kita dan kita sangat perlukannya.

Bila kita remind banyak kali kita pulak yang malu sendiri, sama lah macam nak mintak hutang. Aku mintak pelbagai tricks dan cara kot, cakap depan-depan, whatsapp, nada bergurau, nada serious. Tak ada pun diaorang fikir yang maybe orang yang dia mintak bayarkan dulu itu je duit yang dia ada last. Tak baik tau.

Sebab tu aku tak suka makan dengan officemates, leceh. Diorang makan nak gempak-gempak je. Selain aku nak berjimat, aku pulak jenis tak cerewet makan. Ulang-ulang benda yang sama pun aku tak kisah. Dekat office aku ada kedai jual nasi set – nasi, ayam goreng, kubis, dan telur goreng baru $4. Tu yang paling murah lah yang aku boleh dapat kat area ni.

Aku selalu je cari alasan untuk tak lunch sekali, tapi dah seminggu pun kau jumpa diaorang 5 kali, ulang-pakai 5 alasan yang sama lama-lama mati akal.

Aku pulak memang jenis masa rehat aku nak bersendirian. Selain dari malas nak melayankan office gossip dan nafsu makan diaorang yang sekali makan paling-paling $10-$15 (KFC, McD, ayam penyet, pizza etc).

Bayangkan otak geliga maths aku buat kira-kira, kalau $15 sekali makan, aku boleh makan untuk sekurang-kurangnya 3.5 kali kot nasi set yang aku cakap tadi. Senang cerita, perbelanjaan makan lunch diaorang sekali dah nak sama macam budget lunch aku untuk seminggu.

Untuk info, siapa yang kenal aku tau aku bukan jenis yang kedekut makan atau berkira belanja orang. Cuma bila masa-masa keadaan wang tak mengizinkan nak nak dengan keadaan sekarang, aku pandai-pandai lah bawak diri adjust sendiri.

Di waktu tenang dulu selalu je aku self-reward dengan makan mahal sikit dan belanja diri sendiri starbucks. Dan ada je aku belanja kawan-kawan makan.

Tapi keadaan sekarang aku terpaksa jimat, aku track setiap spending. Aku cut nafsu makan sebab terpaksa, aku jadi defensive sebab tengah dalam survival mode.

Imagine aku punya lah kawal nak makan itu ini, tak order air manis air sedap sebab nak jimat, bawak botol isi air masak (btw part bawak air sendiri ni tips jimat untuk workers kat SG dan tak perlu malu, foreigners dengan locals pun buat benda yang sama.

Dan kat sini tak ada orang judge pun kau bawak botol air ke tempat makan dan tak order air). Tapi orang yang makan dengan kau kemain order fruit juice lah, smoothies lah yang in the end kau kena bayarkan dulu nanti diaorang ‘bayar balik’. Untung nasib dapat lah duit pendahuluan kau tu. Tak untung nasib, kira burn.

Mula-mula aku tak ambil port pun, tak pe lah halalkan lah sekali sekala. Tapi bila aku perasan benda ni dah jadi habit, menyampah betul. Masa orang nak bayar tulah dia nak menumpang ambil air botol lah buah lah sliced cake lah dengan selamba eh eh kau bayarkan sekali nanti aku bayar balik.

Yang last-last memang tak bayar pun. Benda pada orang murah, tapi kalau berulang, dan beberapa orang buat benda yang sama lama-lama memang bengkok weih.

Contoh sebenar yang berlaku, balik semula kat kisah aku tinggal $50 lagi 2 minggu nak gaji tadi. Kerja aku kadang-kadang 1 hari dalam seminggu kena kerja malam. Bila kerja malam ni untuk pergi kerja tak ada masalah, aku pergi awal sebelum tak ada bas/mrt.

Tapi masalah dia bila nak balik masa pukul 3-4 pagi. Satu option je iaitu naik grab, tak boleh balik office rehat tunggu sampai bas/mrt ada balik sebab aku kerja dekat site, tak ada tempat berteduh lagi pun aku kan gegirl. Sekali grab dah $12. Memang lah boleh claim dekat company, tapi claim masuk dekat gaji bulan depan kot.

So ada satu hari lunch ni aku tak boleh escape, aku tengah makan sorang-sorang lepas tu 2 orang budak office aku nampak dan join. Aku pulak masa tu makan kat tempat yang kau order dulu, dah habis makan baru bayar.

So dah tau macam mana ending dia kan? Masa nak bayar masing-masing buat leceh, sorang cakap nak pergi toilet, sorang lagi cakap tak ada cash belum keluarkan duit.

So baik-baik balance aku yang dah tolak grab malam kelmarin sepatutnya ada $38, sebab aku bayarkan makan diaorang sekali dah tinggal $23 untuk survive. Kalau aku makan seorang at least aku ada lah $33 lagi kan. Bayangkan berkali-kali jadi.

Aku tau korang rasa petty, macam aku berkira sangat kan? Tapi aku nak buat apa? Aku sorang-sorang kat sini, tak ada tempat mengadu, bergantung atau pun sugar daddy. Eh gurau. Dan mesti ada yang nak cakap pasal konsep sedekah dan rezeki kan?

Aku bukan jenis berkira bila aku ada lebih, tapi maybe jugak sekarang punya ujian ialah masa aku tengah kesempitan. Btw aku ada fixed monthly donations untuk beberapa badan kebajikan, dan sekarang salah satunya aku terpaksa stop sebab tahap aku nak survive dah kat tahap hidung dah.

Dan untuk mak aku pun setiap bulan aku transfer tak kurang dari certain amount yang aku dah set, sempit macam mana pun aku tak skip atau kurangkan. Aku bukan bagi bila duit aku berlebih, aku terus bagi bila aku dapat gaji, aku treat macam komitmen wajib.

So itu cara aku bersedekah, bukan menunjuk tapi manalah tau ada yang mempersoalkan atau cuba berbahas soal sedekah-rezeki. Tapi sekarang ni kita cerita tentang orang yang suka mengambil kesempatan.

Pengajaran dia kat sini, kalau korang antara yang biasa buat perangai menumpang orang ‘bayarkan dulu’ tapi lepas tu buat-buat hilang ingatan, sudah-sudahlah.

Bertanggungjawab lah ke atas diri masing-masing. Macam mana kalau orang yang korang aniaya tu tak halalkan apa diaorang terpaksa spend kat kau? Macam mana kau nak tau orang yang kau aniaya tu sebenarnya tengah terlalu sesak untuk teruskan hidup?

Tak kisah lah title dia apa, atau kau rasa dia loaded macam mana pun, masing-masing ada masalah sendiri, jangan jadi penambah behan. Biasakan kalau terpaksa berhutang, bila orang dulukan duit untuk kau, buat reminder dan cepat-cepat bayar.

Kalau tak sempat bayar lepas tu tiba-tiba kau mati, kan ke tak tenang roh korang nanti? Kita orang islam semua tahu kan pasal hal hutang piutang ni, kes officemates aku diaorang non-muslims tapi maybe ada lah balasan diaorang dalam agama masing-masing.

Pada pandangan masyarakat aku engineer kot, dari mata kasarnya apa yang family, kawan-kawan dan officemates nampak sepatutnya aku tak ada masalah kewangan.

Tapi diaorang tak kan tau ada masa aku kesempitan jugak. Kadang-kadang aku tak makan sehari, tak pun mi segera untuk lunch dan dinner, ada je weekend aku hanya tidur supaya masa cepat berlalu dan tak terasa dan terfikir lapar.

Boyfriend sendiri pun tak tau haha sebab aku jenis diam tak bercerita atau mintak belas kasihan bila aku susah. Ego pun ye jugak kot. Kawan-kawan rapat yang aku pinjam duit tu je yang akan tahu, dan diaorang tak akan tahu selagi aku tak approach diaorang untuk buat pinjaman.

Bukan pasal tak pandai urus duit, tapi kita manalah tau tiba-tiba ada je emergency, kereta kena overhaul, tayar dah kena tukar, kena bayar saman, paip rumah bocor, tiba-tiba ada jamuan makan kena contribute, atau keluarga lebih memerlukan, benda-benda yang tak boleh nak elak.

Aku ada simpanan dalam ringgit, tapi selagi boleh memang aku tak akan pakai sampai betul-betul terdesak. Dan dalam kes aku pinjam kawan aku tadi, kalau dia tak dapat tolong memang aku akan guna lah simpanan ringgit aku tu. Nama pun emergency fund. Sebab ringgit bila kena convert ke Singapore dollar balik dia jadi mahal.

Aku harap penulisan aku ni ada lah bagi impact, kalau tak ramai at least kat 2-3 orang pun jadi lah. Jangan biasakan hidup atas duit orang. Korang tak tau di sebalik wajah tenang dan senyum ada benda berat dia kena tanggung.

So untuk tackle benda ni supaya tak berulang kat aku, mana lah tau orang lain boleh manfaatkan jugak, kalau tak boleh mengelak aku tanya dulu hari ni nak makan mana/apa. Helah aku bergantung kepada decision untuk makan apa hari tu:

1. Tempat makan yang kena bayar dulu masa order – aku suruh diaorang pergi dulu, aku cakap aku ada benda nak siapkan, nak pergi toilet dulu, nak pergi somewhere dulu, etc. Agak-agak diaorang dah siap order baru aku datang so aku bayar untuk diri sendiri je tanpa free-riders. Selamattt.

2. Tempat makan yang lepas makan baru bayar – aku akan bawak cukup-cukup je untuk cover cost aku seorang, lebihkan lah 2-3 dollar mana lah tau terlalu kat booth ice cream mekdi ke. Tapi tak boleh bawak lebih banyak-banyak.

Kalau diaorang mintak aku bayarkan dulu aku boleh tunjuk alaa aku bawak cukup-cukup je ni. Lepas tu cakap tak pe aku punya bil asing aku bayar sendiri. DILARANG BAWAK KAD ATM/KAD KREDIT LANGSUNG.

3. Tempat makan yang luar/lari budget – cakap je baru semalam atau kelmarin makan, tak apalah korang pergi je lah makan sana aku nak makan kat sekian-sekian.

4. Order food online – jarang lah berlaku, cuma aku dah standby kalau tak boleh nak elak aku boleh je cakap aku rasa nak berjalan time lunch, lemau sey duk dalam office 9 jam.

Tapi kadang-kadang diri sendiri yang tak boleh nak elak bila orang lain bayarkan dulu. Nasihat aku terus bayar bila kau teringat, aku paham maybe officemates aku ada yang tak sengaja. Bila dah teringat nak bayar tapi ala nantilah, nanti mesti ingat nak bayar punya. Tau-tau 2 bulan berlalu dan kau hutang dia $20 lepas tu dia pun dah segan nak mintak 3-4 kali.

Ingat, jangan sampai orang mintak hutang lebih dari sekali, jaga maruah dan credibility. Catat setiap biji hutang. Bincang dengan pember hutang macam mana nak bayar, maybe boleh buat ansuran. Bayar sikit-sikit asalkan bayar. Hutang dengan manusia bukan ada interest pun unless manusia tu ah long.

Aku nak share pasal arwah atok aku, dia masa hidup jenis suka mencatat setiap perbelanjaan (benda yang aku bangga aku pun terikut sekarang). Zaman dulu terer je dia catat perbelanjaan keluarga dalam buku log, buat kira-kira pun mana ada calculator, sekarang ni pakai excel je auto semua.

Lepas atok aku meninggal (2006), mak aku dan adik beradik tengok-tengok lah barang-barang atok, bagi-bagikan baju, buku-buku etc pada siapa nak simpan. Dan mak aku pun terjumpa lah buku log atok aku ni.

Dalam buku log tu jelas tercatit tarikh, nama pemberi pinjam, jumlah, alamat, berapa dah bayar, balance. Maka jadi lah misi mak aku, abang dan aku pergi treasure hunt cari nama-nama dan kedai-kedai dalam list buku log atok aku untuk selesaikan hutang-hutangnya.

Tak banyak pun hutang atok, atau mungkin zaman dulu nilai yang aku rasa sikit tu dah banyak, mungkin $10 sama dengan RM100 hari ni.

Tapi hutang kan tetap hutang. Ye kalau level-level atok memang guna simbol $ untuk duit. Hutang 50 sen dengan kedai runcit seberang sungai pun atok aku tulis. Dan itu antara kenangan paling aku treasure selama ni, sebab aku tau lepas kitorang settle setiap hutang atok, atok boleh berehat dengan tenang di alam sana.

Btw, tak semua orang yang bagi atok pinjam duit masih ada masa tu. Untuk kes macam ni kitorang langsaikan kepada pasangan/ waris dan sebut akad untuk selesaikan hutang atok, dan dihalalkan kalau terkurang/ terlebih. Memang sebak masa tu waris pun terharu sebab kitorang datang jauh-jauh untuk selesaikan misi.

Yang masih ada pulak, tanjat lah diaorang pun tak ingat ada hutang tu sebenarnya. Pada waktu yang sama, kunjungan kitorang secara tak langsung untuk memberitahu kenalan-kenalan atok yang atok dah kembali kepada penciptanya. Aku sebagai cucu tersangat bangga dengan betapa detail nya atok buat buku log dan kitorang dapat cross satu persatu.

Ada satu yang tak dapat jumpa sebab waris dah pindah dan memang tak ada trace boleh jumpa, so kitorang pergi masjid terdekat dengan rumah last si pemberi hutang dan letak dalam tabung. Semoga masjid jadi saksi yang urusan atok di dunia dah selesai.

Harap jadi pengajaran. By the way hari ni aku makan nasi set alhamdulillah kenyang, bila dah jadi regular ni makin lama makin banyak pulak orang kat kedai tu bagi aku nasik.

Duit baki dalam tangan pun cukup nampaknya sampai ke next gaji. Doakan aku dapat job offer yang lebih baik dan gaji up lebih. Aku dah biasakan satu hari sekali je aku makan, so far ok lah at least senang sikit nak kurus hehe.

– Panda (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *