Saya tak tahu macam mana nak mula. Sejak saya lahir sampai sekarang hidup saya hanya derita saja. Andai ada bahagia pun, pasti tak kan lama.
Saya membesar dalam keluarga daif, makan pun sehari sekali saja. Ayah saya hutang 1 dunia, sangat tak bertangungjawab dan selalu melarikan diri tiggalkan beban untuk ibu saya pikul tanpa bantuan dan sokongan sapa2.
Ibu saya tidak berpelajaran, tidak tahu baca tulis dan hanya bekerja sebagai orang gaji sahaja. Menurut ibu saya, ayah berpelajaran tinggi sehingga form 6 pada zaman itu dan bekerja sebagai penyelia disebuah kilang.
Tapi disebabkan sikap baik hatinya yang mudah menjamin pinjaman orang yang pada masa itu dibenarkan, menyebabkan dia akhirnya tidak mampu menyara keluarganya sendiri dan menjadi pelarian seumur hidup dia.
Segala aset termasuk rumah dilelong akibat ketidakmampuannya untuk membayar menyebabkan kami terpaksa menagih simpati pada nenek belah ibu untuk menumpang rumah.
Ibu saya ada 4 beradik, dan semuanya perempuan. Makcik2 saya masa tu belum berkahwin dan tingal bersama nenek saya. Nenek dan makcik2 saya tidak suka kami datang menumpang, tapi terpaksa membiarkan bila ada saudara lain masuk campur.
Itupun nenek meminta ibu saya membayar 150 setiap bulan sebagai kos api air rumah itu. Ibu saya terpaksa bayar dengan pendapatan dia sebagai orang gaji yang sekitar 300 tak salah saya.
Itu pun kadang2 terpaksa bayar pada pemiutang ayah saya yang datang kecoh kat rumah. Ayah saya memang 1 sen tak bagi duit la, gaji dia selalunya ditolak hutang2 dan baki tingal hanya cukup untuk makan dia ja.
Sejak saya kenal dunia, apa yang saya lihat ibu saya hanya menangis, menangis dan menangis. Ataupun bergaduh dengan ayah tak pun dengan nenek dan makcik2 saya yang meminta kami keluar cari rumah sendiri kerana tak suka pemiutang datang rumah mintak hutang ayah.
Banyak kisah duka dalam rumah tu saya tak cerita takut tak cukup ruang.
Perkara ini menyebabkan saya tak suka ayah saya dan memandangnya seperti musuh sebab dia adalah punca semua ni berlaku. Saya tak pernah bercakap dengan ayah sejak saya darjah 6 sampai ayah saya meningal.
Tapi ayah kami pun tak pernah juga bercakap dengan kami. Yelah, dia mana ada kat rumah sangat takut orang mintak hutang, balik rumah nak gaduh dengan ibu ja dia tak cukup masa inikan pulak nak tahu hal anak2.
Masa tu selalu saya fikir nak belajar karate untuk pukul ayah saya yang selalu bergaduh dengan ibu saya.
Dari saya kecil sampai besar2 ni, saya tak pernah merasa zaman kanak2 ataupun zaman remaja saya. Saya tak pernah merasa hidup untuk diri sendiri. Nenek saya ada kedai makan, masa umur saya 7 tahun,
Makcik saya no 2 yang paling tak suka kami suruh saya pergi kerja kat kedai tu basuh pingan, hantar makanan dan apa2 yang patut la bermula jam 4 petang (waktu kedai buka) sampai 12 tengah malam (waktu kedai tutup).
Ibu saya merayu tak nak hantar memandangkan saya masih kecil lagi. Apatahlah lagi 2 orang abang saya dah pun bekerja disitu walaupun usia mereka pun masih kanak2. Tetapi nenek kata kalau tak mau hantar, kena keluar dari rumah.
Ibu saya yang masa tu tak dak tempat bergantung mahupun tempat untuk dituju terpaksa melepaskan saya pergi kerja sampai kecut jari2 saya main air lama2, dengan linangan air matanya.
Lapar penat letih tak payah cakap la. 7 8 jam kena berdiri buat kerja tanpa rehat masa umur budak2 lagi tu menyebabkan saya dah kebal dengan kesusahan, itu belum lagi masuk caci maki orang.
Rutin saya setiap hari, balik sekolah saya akan mandi, makan nasi sekali tu saja, tolong nenek siap2kan barang niaga sebab nenek prepare barang dari rumah lepas tu terus ke kedai makan dia.
Abang2 saya akan kelam kabut buat kerja sekolah sebelum pergi kerja, tapi saya tak kan buat sebab tak faham apa dan selalu lupa ada kerja sekolah.
Tambahan tak de orang nak tanya pasal pelajaran saya. Nak merasa main dengan kawan2 kampung memang tak pernah rasa la dengan rutin saya yang pack.
Sebenarnya hidup saya tak pernah ada kawan2 pun even sampai sekarang. Sebabnya kat sekolah saya memang tercicir dalam pelajaran menyebabkan orang tak nak berkawan dengan budak bod0h.
Ada yang berkawan sekejap sebab nak buat macam kuli suruh belikan makanan, bawakan buku atau beg depa, lepas dah buat kerja, mereka akan tingalkan saya. Tapi saya tetap buat semua tu dengan gembira konon happy ada juga orang nak kawan dengan kita.
Sikap saya sama seperti nobita. Bodoh, penakut, tak dak semangat, lembab, selalu kena buli, tak siap kerja sekolah dan dapat markah kosong.
Cuma bezanya nobita lelaki saya perempuan, nobita ada doremon, saya tak de sapa2.
Dekat sekolah saya tak faham 1 apa pun yang cikgu ajar terutamanya matematik, kadang2 saya tertido dalam kelas sebab penat bekerja semalaman. Kerja ada la depa bayar sehari 50sen kadang seringgit sebagai duit saku sekolah. Kata makcik saya tak perlu minta duit belanja kat ibu.
Cikgu2 selalu hina saya sebab saya bodoh, kerja sekolah tak buat, dan saya selalu diam tak jawab apa2 walau apa pun cikgu tanya. Saya memang selalu blur dan sangat penakut pada banyak benda.
Apatah lagi dari kecik saya selalu dibuli kat sekolah dan didera kat rumah oleh makcik2 saya, menyebabkan saya rasa setiap benda kosong ja.
Walaupun hari2 kena pukul dengan cikgu sampai rasa lali. Saya pun macam ibu saya, asyik menangis tapi tak tahu kenapa. Yang saya tahu, saya sangat takut dengan semua benda dan bila takut saya akan menangis, cumanya saya tak menangis depan orang.
Selain masalah pembelajaran, saya selalu kena pangil kat perhimpunan dan kelas sebab tak bayar yuran, tak dak baju sukan, tak dak buku latihan dan semuanya yang berkaitan duit menyebabkan semua budak2 sekolah termasuk cikgu2 memandang saya dengan 1 pandangan yang saya rasa mungkin hina.
Masa sekolah rendah budak2 suka ejek macam2 berkaitan fizikal saya dan kemiskinan saya. Saya selalu rasa benci nak pergi sekolah tapi kaki selalu juga melangkah pergi walaupun terpaksa.
Hal ini berterusan dari sekolah rendah sampai menengah. Selalu saya la yang paling last bayar yuran, buku nota kadang2 memang share dengan abang sebab ibu tak mampu nak beli untuk semua orang.
Saya tak dak sapa nak kawan bukan sebab saya bodoh dan miskin ja, tapi sebab muka saya sangat hodoh. Orang takut nak kawan dengan saya sebab rupa saya pelik kot.
Kulit saya gelap sebab dari kecik hampir 1 kilometer saya kena berjalan kaki pergi sekolah balik sekolah dalam terik mentari dan hujan badai.
Masa sekolah menengah lagi la, dengan jerawat batunya, parut sana sininya dan dengan muka berminyaknya tak payah cakap la. Orang mungkin rasa jijik dengan muka saya. Selalu diejek orang minyak, si hitam dan macam2 gelaran lagi adalah perkara biasa dah.
Masa kanak2 emosi ok lagi, cuma bila dah remaja perasaan tu sangat sensetif. Memamg terasa la hidup ini sangat pahit sebab ada cikgu2 pun perli2 muka saya.
Saya tak pernah merasa ibu bapa datang sekolah ambik buku rekod macam orang lain. Tapi keinginan itu adalah melampau memandangkan keadaan keluarga macam ni. Tapi cikgu pangil melalui surat pun ayah atau ibu tak kan datang.
Sebabnya saya kan selalu ada masalah kewangan dan pelajaran, jadi sekolah selalu juga hantar surat, mungkin inginkan penjelasan sebab ikut gaji ayah saya, saya bukan kategori miskin.
Ibu saya kan tak pandai baca, jadi dia tak tahu tu surat apa. Kalau tahu pun dia akan diam ja. . Ayah saya baca, sebab atas nama dia kan, tapi dia pun buat tak tahu ja la. So cikgu suruh datang Sekolah pun depa tak kan datang sebab memang tak de masa dan tak de penjelasan, so untuk itu pun saya akan selalu dihina oleh cikgu sebab saya macam tak dak mak bapak.
Naik tingkatan 4 baru saya ada kawan seorang, tu pun sebab dia duduk sebelah saya. Dia macam saya juga, kurang pandai dan hidup susah.
Tapi bagi saya dia lagi pandai dari saya dan ada rupa paras yang cantik dan putih. Dari sudut kewangan, mungkin dia lagi stabil kot sebab yuran dia selalu terbayar.
Terima kasih buat dia yang sudi berkawan dengan saya tanpa ada rasa malu macam orang lain walaupun dia ada kawan2 lain jugak. Tanpa dia, saya tak kan ada teman bicara dan kalau harapkan saya yang mulakan persahabatan memang tak la.
Saya memang tak pandai bergaul dengan sapa2 disebabkan tak dak keyakinan kerana bentuk rupa saya yang hodoh dan juga sebab saya bodoh.
Saya selalu rasa saya tak setanding dengan orang lain dan orang pun rasa malu nak kawan dengan saya yang tak de rupa, tak de harta dan kepandaian.
Saya jalan mana pun orang akan pandang 1 macam ja, menyebabkan saya pergi mana pun saya tak angkat kepala pandang ke depan, tapi hanya pandang bawah ja.
Sebab saya selalu rasa masyarakat tidak menerima saya sebahagian dari mereka kerana kelemahan saya yang sangat ketara.
Habis spm seperti dijangka, result saya memang tak dak masa depan. Kawan saya ok sikit, dia pergi kerja kilang, dan tak lama lepas tu dia kahwin dan ikut suami dia dan saya pun tak contact dia dah.
Saya pergi kerja kat kedai runcit susun2 barang berhampiran rumah saya ja, sebab ibu tak bagi kerja jauh2. Saya tak sangka saya akan dapat kerja dengan berjuta kelemahan dari saya. Tapi saya gembira buat kerja tu.
Ibu ada cari2 jodoh untuk saya, tapi kelebihan apa yang saya ada untuk orang terima saya. Semua orang akan tolak dengan 3 alasan kebiasaanya la, nak perempuan yang putih yang ada rupa, nak yang kerja kerajaan, nak yang ada degree, saya memamg tak de ciri2 tu.
Kadang rasa sengaja mereka cipta alasan yang saya tak de supaya mudah untuk menolak, tapi benda tu tak salah pun bagi saya. Sebab nak hidup rumah tangga bukan sehari 2, muka ni la nak hadap selamanya, so saya tak kisah pun orang reject saya dari nak terima sebab kesian.
Sebab saya pun tak de keyakinan untuk berumahtangga dengan keadaan macam ni. Lagipun saya anggap belum ada jodoh, cuma ibu la sedih sikit fikir nasib anak dia.
Ibu saya pun sampai dah penat nak pesan kat orang suruh carikan jodoh untuk saya sampai last2 senyap macam tu ja topik tu. Saya pun dah tak fikir pasal semua tu pun sebab masa tu saya happy dengan dunia saya yang sangat kecil tu.
Hidup saya sangat simple. Pergi kerja pukul 9 pagi, balik pukul 11 malam. Mandi2 makan terus tidur. Kat kedai pun, saya buat kerja sorang2 ja. So saya rasa aman dan selesa dengan keadaan itu.
Ibu dah tak kerja masa tu sebab abang2 saya pergi kerja kat kl ada kirim duit sikit. Ayah masa tu ada lagi, tapi dah jarang balik. Orang pun tak datang mintak hutang dah mungkin dia ada bayar sikit kot.
Kedai nenek dah tutup sebab makcik2 kahwin tak dak orang nak urus, nenek pun ikut anak no 2 dia tingal dengan dia. Rumah tu pun last2 kami berdua ja yang tingal.
Kat kedai runcit tu ada satu kakak ni dia kerja kerani. Dia baik jugak dengan saya, kadang2 terserempak, dia akan berhenti sembang dengan saya. Dia ada bagi galakan suruh beli motor, suruh beli telefon supaya mudah berhubung katanya.
Sebab dalam hidup saya semuanya lambat, saya tak pakai telefon atau apa sebab saya rasa semua tu tak perlu, cukup la saya dan ibu boleh makan 3 kali sehari.
Cakap pasal makan, saya tak pernah merasa makan selain makanan yang ibu masak. Nak pergi mana ke apa ke, nak order makan pun saya tak berani dan tak reti. Saya kan sangat penakut. Kalau sorang saya memang tak berani nak buat apa pun, saya akan rasa anggota badan saya kejung.
Saya rasa selamat duduk kat rumah dan kedai runcit tu ja. Gaji masa tu dalam 700, lepas bayar bil dan keperluan lain, cukup la untuk kami makan dan simpan sikit2. Duit gaji memang saya bagi kat ibu sepenuhnya.
Mungkin kakak tu tahu saya tak kan beli telefon, dia sendiri belikan saya smartphone sony masa tu yang murah2 ja, dan mintak saya bayar kat dia secara ansuran pun tak pe.
Saya tanya kebenaran ibu, ibu cakap boleh, mudah nak berhubung dengan abang kalau ada apa2, dan tak perlu harap jiran.
Orang dah lama pakai telefon, saya baru ada telefon. Terkial2 juga saya nak mahir guna telefon masa tu, tambah2 smartphone terus. Kakak tu la yang banyak uruskan sim dan macam2 lagi. Lepas tu kakak tu daftarkan saya facebook.
Saya memang tak tahu apa itu fb. Saya kan lembab dan payah faham, so saya ambik masa lama juga untuk mahir banyak benda.
Tapi dari fb ni la saya mengenal banyak benda yang saya tak pernah tahu pun. Dunia saya yang sangat kecik berkembang melalui maklumat2 dari fb ni dan dari fb ni jugak la hidup saya rosak.
Mula2 kakak tu buat akaun ori saya, letak gambar saya. Add itu ini, saya memang tak faham apa sekadar tengok ja dia buat apa. Hasil ajaran dia, saya faham la sikit2 nak guna fb pasal emel dan sebagainya.
Tapi sebab muka saya kan hodoh, orang pun tak de nak berkawan pun dan saya sendiri tak gemar dia letak gambar saya sebenarnya yang membuatkan saya rasa tak de keyakinan.
Last2 saya buka akaun palsu letak gambar nobita dan nama nobita. Saya rasa ada 1 keyakinan bila pos apa2 dengan bayangan nobita tu. Saya berani add ramai orang yang saya kenal dan tak, laki atau perempuan. Dan saya tak rasa terhina bila orang tak approve atau apa bila guna gambar nobita ni.
Malah, saya jadi yakin nak share atau pos apa2 dengan wajah yang orang tak kenal ni dan rasa happy bila ada orang like atau komen ataupun add saya freind.
Sehinggalah ada 1 perempuan ni pm saya berkaitan satu posting saya ni. Saya tak tahu macam mana freind dengan dia, mungkin saya ada add dia dulu.
Mula2 saya jawab biasa2 ja, lama2 dia kerap pm seperti nak berkenalan. Dia cerita pasal diri dia. Dia isteri orang, kerja kerajaan di putrajaya tapi asal terangganu, umur 28 masa tu dan orangnya sangat cantik.
Kami berkawan dialam maya, dia banyak cerita pasal masalah rumahtangga dia yang dia tak bahagia dan sebagainya. Tapi saya tak cerita apa2 pun pasal diri saya. Saya banyak berahsia dan dia pun macam tak kisah sebab dia banyak cerita hal dia dan ada la saya bagi pandangan sikit2.
Saya ada rasa gembira bila berkawan dengan dia sebab ada la jugak hp saya berbunyi, sehingga akhirnya saya baru sedar yang dia meyangka selama ini saya seorang lelaki sebab dalam fb saya tak letak jantina.
Sebab dia mintak no fon, mula2 saya tak mau bagi, tapi lama2 bagi la sebab fikir mudah bermesej. Tapi dalam wasap pun ada gambar nobita ja.
Tapi lepas tu dia kerap mintak gambar, katanya nak tengok saya siapa. Saya mula rasa takut masa tu. Dia mula selalu call saya dan saya tak jawab.
Kami kenal lebih kurang 2 bulan, dia mula mendesak nak tahu saya sapa, sebab perahsia sangat saya ni katanya. Dia tanya saya ni suami orang ke, dari situ saya tahu rupanya dia ingat saya ni lelaki. Saya takut nak cerita hal sebenar takut saya hilang kawan.
Hidup saya baru nak rasa ada teman walaupun dia selalu cerita masalah rumahtangga dia ja dan saya pun selalu dengar ja, tapi ada la kesunyian hidup terisi dengan dia.
Akhirnya sebab dah mula gelabah dengan desakan dia, saya buat keputusan tak nak berkawan dengan dia lagi. Saya masa tu rasa nak cerita dekat kerani kedai runcit tu, tapi hati saya macam berat, last2 saya pendam sendiri.
Tapi rupanya dia tak putus asa, dia pujuk saya dan kata dia tak kisah saya siapa pun sebab dia nak bekawan ja. Saya berani kan diri bagitau muka saya buruk sebab tu saya tak bagi gambar, kalau nak berkawan takat ni ja, tapi masa tu pun saya tak cakap pasal jantina saya.
Dia nampak kecewa tapi dah tak paksa, seolah2 akur dengan keputusan saya yang sangat perahsia itu. Hubungan kami macam biasa balik. Saya pun happy balik sebab dia dah normal macam selalu.
Cuma kat sini la silap saya, andainya saya nekad tak nak berhubung dengan dia, pasti hidup saya tak rosak walaupun sunyi sekejap ja.
Sebab yang paling saya tak sangka, 1 hari dia mintak alamat saya. Katanya nak kirim hadiah.. Mula2 saya tak nak bagi, saya kata tak mau hadiah2 semua walaupun ada rasa teruja sebab seumur hidup saya tak pernah dapat hadiah.
Tapi dia orang berpelajaran dan sangat bijak, dia mungkin mengesan sesuatu tentang saya, dia pujuk saya cakap ini sebagai tanda persahabatan ja. Dia cakap nanti dia pos kat rumah. Dengan malu2 kucingnya saya pun cakap ok la. Tak sabar nak tengok hadiah dia tu..
Tapi saya kan bodoh, iq dan pemikiran saya tak sama macam orang lain, tambahan saya tak faham teknologi sangat, saya pun bagi la alamat saya.
Dan hari tu hari selasa, saya ingat lagi dia tanya saya balik rumah tak untuk makan, kami selalu wasap ja, kalau dia call atau video call saya tak kan jawab.
Nombor yang saya tak save pun saya tak jawab. So saya kata saya balik tenghari sebab selalu saya makan kat rumah. Dia tanya anggaran masa saya akan sampai rumah, saya pun bagitau la.
Kat sini la bermula segalanya. Sampai rumah, saya pelik ada kereta myvi depan rumah, saya ingat ada tetamu datang.
Time tu dia call saya, saya tak jawab la. Pastu dia wasap, tanya dah sampai rumah ke. Saya jawab baru sampai depan rumah, saya kan lurus bendul, saya tak tahu dia ada kat situ. Dia tnya saya, awak pakai t shirt biru tudung hitam ke?
Kat sini saya mengigil terus, tiba2 rasa dada saya sangat sakit masa tu. Saya hanya pandang ja mesej tu tak balas apa2 dan tengok sekeliling, saya pelik macam mana dia tahu. Tiba2 dia keluar dari kereta tu. Saya pandang dia, dan saya tahu tu dia sebab gambar dia banyak kat fb.
Tapi saya tak tahu nak react macam mana dah.. Badan saya jadi kejung terus. Dan saya sangat tak faham macam mana dia tau rumah saya yang dalam kampung ni. Saya rasa sangat takut masa tu sebab tak tahu apa nak jadi. Takut dia nak repot polis ke, macam2 saya fikir.
Time tu ibu keluar tanya kenapa tak masuk rumah. Saya terkebil2 tak tau nak jawab apa. Ibu saya pun pandang la orang tu. Dia pergi salam ibu saya pastu dia cakap ‘saya datang dari putrajaya’, kawan dia sambil tunjuk saya, ibu saya pun macam blur sebab tengok saya tak bergerak.
Pastu dia cakap kat ibu, nak cakap sekejap dengan dia sambil tunjuk saya. Ibu pun suruh dia masuk dalam pastu ibu pergi ke dapur.
Dia tanya saya masuk kerja semula pukul berapa. Saya diam tak jawab apa2, saya kan kalau terlalu takut tak keluar suara. Tapi dia seolah2 faham, dia usap bahu saya, dia cakap it’s ok. Saya dah cakap kan, saya tak kisah awak siapa, saya ikhlas kawan dengan awak.
Masa tu juga air mata yang saya tahan berjurai turun, dia peluk saya tenangkan saya. Entah kenapa saya rasa sangat tenang masa tu. Seolah2 ketakutan saya hilang sekejap tapi saya masih tak mampu nak bercakap apa2.
Kemudian ibu saya datang, dia banyak bercakap dengan ibu. Ibu perasan saya menangis, tapi ibu diam ja. Dia cerita pasal diri dia pekerjaan dia, dan ibu tanya kenal kat mana, sebab ibu tahu saya tak de kawan 1 pun.
Dia cakap kenal di fb, tapi ibu bukan faham fb tu apa. Tapi dia memang sangat sopan dan baik sangat2. Ibu pun macam suka dia. Sepanjang masa tu dia dan ibu ja berbual. Saya diam tak berkutik.
Ibu pelawa dia makan, dia makan sama2 dengan saya. Tetapi sesuap nasi pun saya tak boleh telan. Mata saya hanya pandang kebawah ja. Dari mulut ibu, dia tahu nama saya. Dan sebut nama saya suruh saya makan nanti lewat masuk kerja. Lepas tu dia minta diri nak balik.
Ibu cakap nanti datang la lagi, dia cakap insyallah nanti dia akan datang jugak. Saya memang sepatah suara tak keluar dari dia sampai, hingga la dia balik. Cemas dan ketakutan saya masih ada.
Lepas sejam tu dia ada wasap pujuk macam2. Dia kata nak bersahabat dengan saya sampai bila2. Dia selesa dengan saya sejak awal lagi. Dan macam2 lagi dia pujuk.
Dia kata dia pun tak pernah ada kawan perempuan dari sekolah sampai ke tempat kerja ni, dan dia pun tak tahu kenapa orang tak nak kawan dengan dia, yang dia ada hanya kawan lelaki sahaja dan dia harap saya sudi terima persahabatan dia.
Kata dia, mungkin persahabatan ni adalah hadiah dari allah. Dia pandai memujuk dan saya sangat trharu sebab dia nak kawan dengan saya dan dia yang merayu memujuk untuk saya terima persahabatan dia tanpa dia ada rasa malu dengan saya.
Sebab saya dan dia ibarat langit dan bumi. Rupa, pendidikan, pemikiran dan pekerjaan sangat berbeza antara kami. Tapi dia cakap dia tak kisah semua tu, yang penting hati katanya.
Saya tak pernah terfikir akan ada kawan dalam hidup saya sebab setahu saya orang selalu malu nak kawan dengan saya, tapi dia seolah2 sangat ikhlas kawan dengan saya dimana saya tak penah merasa ada sahabat itu apa, dek kerana dunia saya yang sangat kecil kerana kekurangan saya yang banyak.
Malam tu dia call, katanya nak dengar suara saya. Saya beranikan diri jawab call dia, dan beranikan diri juga jawab soalan dia walaupun hanya sepatah2. Dia sangat sabar dan lembut sangat dengan saya.
Kalau la dia cikgu saya, mungkin saya boleh focus dalam pelajaran. Kami cakap dalam 2 minit ja, dia macam faham saya kekok.
Akhirnya hubungan kami makin akrab dari hari ke hari. Saya dah banyak cakap dengan dia, banyak ketawa pandai bergurau jugak.
Hampir 30tahun saya hidup, saya tak pernah merasa apa itu perhatian, apa itu bahagia. Bila dengan dia saya dapat semua tu, saya lupa semua kekurangan saya.
Kami sentiasa berhubung dari pagi sampai malam. Mesej call dah macam orang bercinta. Saya dah pandai guna earfon untuk bercakap dengan dia kat tempat kerja dan saya rasa lebih semangat buat kerja sambil ditemani oleh dia yang bercerita itu ini.
Dia selalu ada masalah kat tempat kerja, rumah dan dengan suami dia, so setiap hari dia akan cerita masalah2 baru dan saya memang pendengar yang setia semua masalah dia.
Dia kerap datang utara jumpa saya setiap kali cuti, walaupun dia ada suami kat kg(terangganu) , tapi dia jarang balik kampung. Dia cakap dia nak bercerai dengan suami dia , cuma tunggu masa nak failkan kat makamah. Dia datang sini mesti tidur rumah saya.
Ibu saya sangat gembira tengok saya nampak bahagia sekarang ni. Slow2 dia banyak ubah saya, belikan saya produk muka. Suruh jaga muka, jaga penampilan.
Dekat tempat kerja saya ada 1 restoren steambot and grill, saya tak tahu tu makanan apa, stiap kali lalu bau dia sangat sedap. Saya terasa nak cuba makan, tapi tak berani. Ajak ibu, ibu lagi la tak nak. Saya nak order makan pun tak tahu macam mana.
Tapi pertama kali jejak kesitu dengan dia, macam tak percaya boleh makan banyak mana pun dengan bayar 20 ringgit masa tu, dan saya terus jatuh cinta dengan makanan tu sampai sekarang.
Dan paling terharu, dia tak malu pun keluar makan dan jalan2 dengan saya. Saya betul2 lupa kekurangan saya bila dengan dia, dan tak hiraukan benda sekeliling pun bila dengan dia.
Melalui dia, saya kenal banyak tempat2 makan yang saya tak pernah makan sebelum ni.
Saya merasa naik kapal terbang, naik tren, merasa tidur dalam hotel, merasa tengok wayamg, saya berani order makan sendiri, pergi bercuti ke langkawi dan dia ada bawak saya balik ke kampung dia dan kenalkan pada mak ayah dia.
Saya merasa memandu kereta melalui dia dan macam2 lagi saya rasa melalui dia. Dan dia ada buat kejutan hari jadi untuk saya dengan hantar jambakan coklat, seumur hidup saya tak pernah dapat semua tu dari sapa2, dan sangat bahagia dan terharu.
Dia kenalkan saya pada dunia yang saya tak pernah tengok pun. Dia bagi saya kebahagian yang saya tak pernah mimpi pun.
Dia jaga saya dengan cukup baik. Sumpah saya tak pernah sangka semua ni akan berlaku pada saya. Dan dia selalu cakap, saya ni cantik sebenarnya, kalau grooming sikit mesti ramai suka. Dia selalu makeupkan saya juga dan pilihkan baju untuk saya.
Dia suruh saya ambik spm semula agar saya ada masa depan menjamin, dia nak saya kerja kerajaan jugak. Dan tingal dengan dia kat putrajaya.
Dia cakap dia akan bantu ajar saya dan carikan tuisyen supaya saya mudah faham . Sebab dia kata saya bukan tak pandai cuma lambat faham sikit ja.
Segala perhatian dan care yang dia tunjuk betul2 buat saya rasa saya juga manusia yang layak dapat semua tu walaupun rupa saya ketara nampak buruk dan kelemahan lain yang tak nampak.
Tapi 1 malam tu, masa dia tidur sebelah saya, dia memang selalu tidur bilik saya kalau datang rumah saya. Dia usap pipi saya, dia cakap dia suka saya.
Saya jawab saya pun suka dia, dan dengan terujanya saya cerita pasal kedai yang kami pergi makan tu, dia senyum dengar saya cerita lepas tu dia cakap dia sayang pada saya.
Saya jawab saya pun sayang kat dia sebab tanpa dia, saya tak tahu apa itu kegembiraan tanpa saya ketahui apa maksud dia sebenarnya. Dia cakap dia tak nak hilang saya, nak saya ada selalu dalam hidup dia. Saya cakap saya pun sama.
Lepas tu dia peluk saya dan rapat bibir dia ketelinga saya, dia cakap dia rasa dia cintakan saya dan lepas tu dia cium pipi saya.
Masa ni saya terus terdiam, saya tak tahu apa saya rasa, saya fikir dia terlalu sayangkan saya agaknya dan ini cara dia tunjukkan kasih sayang kot, sebab tak pernah ada sapa2 buat macam ni dan yelah, saya pun bukan ada sapa2 nak buat macam tu.
Dia cakap dia nak hidup dengan saya, dia dah bosan dengan perkahwinan, dia bahgia dengan saya macam ni. Dan dia nak selamanya macam ni.
Saya yang memang tak de pendedahan tentang perkara macam tu hanya diam membiarkan apa dia buat pada saya.
Saya rasa nak tolak, tapi saya takut dia dah tak nak kawan dengan saya, saya rasa terhutang budi pada dia atas segala nikmat kehidupan yang dia tunjuk pada saya dan saya juga tak nak hilang dia sebab besar sangat jasa dia pada saya.
Jujurnya, saat itu saya berada dalam keadaan yang sangat keliru. Akhirnya saya membiarkan semua itu berlaku walaupun hati kecil saya tahu benda tu salah.
Pagi esoknya dia buat macam biasa ja, seperti tak ada apa2 berlaku. Dia siap2 nak balik putrjaya dah masa tu. Saya pun diam juga. Kami masing2 banyak diam. Bila dah balik rumah dia mesej saya, dia mintak maaf pasal semalam.
Dia cakap dia bukan lesbian, dia harap saya tak salah faham. Saya bila dengar dia sebut tu, saya rasa macam pernah dengar perkataan tu, cuma tak pasti apa maksud dia. Melalui google baru saya tahu apa maksudnya.
Dia kata dia tak pernah ada perasaan macam ni pada mana2 perempuan, cuma dengan saya dia rasa sangat lain dan dia kata malam tu dia sendiri tak tahu kenapa dia jadi macam tu, dia macam nak sangat2 diri saya.
Dia mintak kami terus bersahabat macam biasa dan memaafkan dia. Saya cuma balas ok walaupun jiwa saya rasa sangat takut dan keliru. Rasa macam mimpi pun ada. Perkara ni sangat aneh untuk saya.
2 3 hari kami dah macam biasa balik. Dia pun dah bercerai masa tu. . Kami kerap bercuti merata tempat la. Tapi hubungan tu kerap terjadi juga bila dia macam tak boleh kawal diri dia. Malam ja dia mesti akan peluk saya dan semua tu akan berlaku.
Lama2 saya macam dah boleh terima dia, dan dah tak kisah setiap kali dia sentuh saya. Seolah2 saya juga inginkan sentuhan dia.
Dan satu benda saya faham sangat2, saya dah terlalu sayangkan dia jugak sehinggakan saya dah tak boleh beza mana betul salah walaupun saya orang yang menjaga solat.
Dia nekad nak saya datang duduk dengan dia kat putrajaya lepas berkali2 kami macam tu dan mula carikan saya kerja. Dia cakap dia tak boleh nak berpisah dengan saya lagi dan rasa sangat cintakan saya.
Dan saya juga rasa benda yang sama, saya rasa dia sangat ikhlas sayang pada saya dan nak jaga saya. Akhirnya hubungan kami hampir 3 tahun berlalu.
Sehinggalah 1 hari dia cakap macam mana kalau dia nak berkhawin, saya boleh terima ke. Saya cakap saya tak tahu walaupun dalam hati saya rasa macam sedih.
Pastu dia cakap dia rasa fitrah dia pada lelaki, dia tak nak teruskan macam ni lagi. Dia rasa benda ni salah. Dia nak kahwin dengan seorang duda kerja kontraktor yang kaya.
Dia cakap apa yang terjadi antara kami hanyalah 1 tarikan sahaja, benda ni bukan real, dia mintak lupakan semuanya dan dia tetap pilih fitrah dia.
Dia nak ada anak nak ada keluarga. Dia cakap dia tetap sayang saya sebagai sahabat dan nak bersahabat sampai bila2. Dia kata dia tak pasti hubungan persahabatan orang lain macam mana, ada macam kami atau tak, tapi dia nak hubungan ni berkekalan.
Dia mintak saya terima dan faham yang dia nak berkahwin. Cuma dia cakap, dia dah tak boleh nak on call macam selalu, nak jumpa2 dah tak boleh dah. Sebab dia nak spend masa dengan bakal suami dia.
Lepas tu dia bagitau, dia ada ramai kawan lelaki dan pernah bersama dengan kawan2 dia jugak. Cuma niat dia selalu nak kahwin dengan orang kaya sebab tu dia nak bercerai dengan bekas suami dia, sebab bekas suami dia kerja biasa2 ja. Jadi bila dapat peluang ni, dia memang tak lepaskan dia kata.
Dalam hati saya terfikir, adakah selama ini dia buat uji kaji mengunakan saya nak tahu naluri dia macam mana. Adakah sebab saya budak kampung yang naif dan bodoh menyebabkan dengan mudahnya dia ambil dan buang saya.
Saya rasa sangat sedih fikirkan semua ni dan rasa orang pijak2 saya disebabkan kelemahan saya.
Tapi saya tak boleh terima perkara ni sebab benda ni sangat drastik. Saya rasa diri saya yang dulu muncul balik.
1 ketakutan yang dah lama saya tak pernah rasa, mula rasa balik. Malam saya tak boleh tidur, tak boleh makan tak boleh buat kerja. Hati asyik ingat dia ja. Sampai badan saya kurus kering berat tingal 42 kg dari 48kg.
Dia memang ada mesej saya tapi dah tak mesra macam dulu la. Sedangkan saya harapkan perhatian yang sama tapi bukannya hubungan badan tu, tapi perhatian dia melayan saya, call sembang cerita itu inu, tanya pasal rumah pasal saya dan macam2 lagi.
Saya tak pernah ada sapa2 dalam hidup selain dia dan benda ni sangat susah untuk saya terima di mana dia hadir seperti pelangi selepas hujan, dan akhirnya pergi meningalkan saya dalam kelam semula. Saya ada fikir nak blok dia tapi saya sendiri yang rindukan dia.
Setiap kali dia keluar dengan duda tu pergi berjalan merata tempat hati saya rasa sangat sakit. Ada tempat yang dia pergi tu adalah tenpat yang dia janji nak bawak saya pergi, dia tanam macam2 harapan dalam hati saya.
Walaupun dia mintak maaf dan katanya dia ada rasa bersalah, tapi dia cakap dia tak boleh ketepikan perasaan dia. Dia tak boleh tipu diri dia yang dia memang nak berkeluarga suka pada lelaki. Dan dia tak boleh nak focus pada saya lagi dah.
Sedangkan awal2 dulu dia yang buat saya macam tu. Dia suruh saya move on dan cuba kenal mana2 orang untuk rawat hati saya, sedangkan dia tahu diri saya macam mana dimana tak kan ada orang nak dan setelah apa yang dia buat, mudahnya dia berkata2 sedangkan dia tahu bukan mudah nak move on atau melupakann semua itu.
Bila tengok saya macam susah nak dipujuk, dia kata saya terlalu obses dengan dia. Dia kata kalau orang lain di tempat dia, dah lama orang buang saya. Tapi saya ni tak bersyukur dengan apa yang dia pernah bagi, dan tak ingat semua kebahgian yang saya rasa melalui dia dan macam2 lagi la dia cakap.
Hati saya sangat sedih dengan kata2 dia. Entahlah, mungkin apa yang berlaku ni semua salah saya kot. Betul kata dia, saya tak kenang budi dan jasa dia kot.
Tapi masa tu tak pasti dimana kekuatan saya bangkit, saya tanya kalau macam tu kenapa rosakkn kehormatan saya. Kenapa bagi harapan macam2. Kenapa tunjukkan saya dunia pura2 dan macam2 saya persoal.
Dia cuma kata dia pun tak sangka jadi macam ni dan terus berubah menjadi ustazah bagi ceramah macam2 kat saya dan mintak saya terima keadaan ni.
Apa yang dia rosakkan tak kan kembali. At least kalau dia tak sentuh saya mungkin saya boleh terima benda ni, tapi dia dah buat macam2 kat saya. Dia bagi harapan dan kecewakn hati saya banyak benda dengan tanpa rasa bersalah.
Saya tahu saya pun tak boleh selamanya macam ni, saya sendiri pun tak tahu apa saya nak. Saya sangat buntu bila dia buat macam tu kat saya. Sebab saya tak boleh terima apa yang dah berlaku pada saya ni.
Selama 3 tahun ni macam2 impian kami, macam2 perkara. Kalau dia tak hadir dalam hidup saya, dia tak janji itu ini, tak datang rumah saya. Pasti hidup saya bahagia ja sampai sekarang walaupun saya tak kan kenal dunia luar tu apa, sekurang2nya maruah saya juga masih terselamat.
Sekarang saya tak ada kekuatan untuk hidup. Brkali2 saya cuba bunuh diri dan dia tahu perkara tu sebab banyak saya hantar video dan gambar saya kelar tangan saya.
Dia masih pujuk, dia cakap dia ada ja dengan saya, tak tingal cuma dah tak boleh macam dulu, sebab dia nak ada keluarga, perlu focus pada keluarga dia dan berkali2 mintak saya faham, tapi sangat sukar untuk saya terima sebab dah terbiasa dengan rutin kami.
Saya betul2 rasa benci pada hidup dan dunia ni. Saya tak pernah ambil tahu hidup sapa2, tak pernah anaya orang, saya hanya buat kerja saya ja, pergi kerja balik rumah, dan saya juga tak tingal solat.
Tapi saya tak tahu kenapa Allah kenalkan saya dengan dia, kenapa Allah uji macam ni kalau dia hanya bawak mudarat untuk saya.
Sedangkan selama saya hidup, dunia saya sangat kecil, saya buat hal saya ja. Berat sangat2 ujian yang saya terima kali ni. Mungkin saya bukan orang yang baik agaknya.
Saya betul2 rasa tak boleh maafkan dia. Dah 7 bulan perkara ni berlalu dan dia akan berkhawin beberapa bulan lagi, dia sangat bahagia dengan kehidupan dia, sedangkan jiwa saya sangat2 sengsara. Dia ada jemput majlis tunang dia, kahwin dia dan macam2 majlis tapi satu pun saya tak dak hati untuk datang.
Setiap malam saya bagun tahajud, witir, taubat, surah al mulk surah al waqiah saya tak pernah tinggal, dan harapkan Allah bagi saya kekuatan untuk terima ujian ini dan mintak allah buang perasaan tu.
Berkali2 saya mintak ampun dengan Allah. Macam2 amalan saya amalkan, saya tahu dulu sekadar solat 5 waktu ja, sekarang macam2 amalan saya buat, tapi tetap hati saya tak tenang.
Dan subahannalah, makin saya beribadat, makin kuat ingatan dia datang. Dan walaupun saya mengaji zikir macam mana pun, perasaan untuk b*nuh diri sentiasa ada sampai sekarang tapi saya tak nak mati dalam keadaan macam ni.
Macam2 ceramah saya dengar, macam surah2 saya baca, tapi keadaan saya makin merosot dari hari ke hari. Sampai saya pernah beranikan diri ambik air dari darul shifa, tapi keadaan saya tetap tak berubah.
Saya tak tahu nak buat apa pun sebenarnya sebab dalam hidup saya tak de sapa2 selain dia dan terlalu bergantung harap pada dia sbenarnya. Dan banyak kali saya bagitau dia. Tapi dia langsung dah tak peduli kat saya.
Bagi saya, perbuatan dia pada saya sangat kejam dan zalim walaupun benar dia nak kembali pada fitrah tapi dia yang rosakkan emosi dan kehormatan saya. Dia harus bertangungjawab pada apa yang dia buat pada saya walaupun tak tahu macam mana caranya.
Sekarang emosi saya, perasaan saya dah makin teruk. Baru2 ni saya terjumpa ujian psikometri, bila saya buat ujian tu, saya seperti ada sakit anxiety. Saya ada bagitau dia, tapi dia cakap sakit tu boleh baik dan jangan fikirkan sangat.
Cara dia seperi tak mau peduli dah pasal saya, langsung tak de rasa kasihan pada saya. Sedangkan dulu dia janji, setiap susah dan sakit saya dia akan ada. Kalau betul dia sayangkan saya sebgai sahabat, kenapa langsung dah tak ada belas kasihan pada saya.
Benda ni buat saya sangat2 sedih. Di mana kasih sayang dan ambil berat yang dia tunjukan pada saya dulu.
Kenapa macam ni sekali dia berubah. Dia memang dah benci saya agaknya. Saya betul2 rasa nak tamatkan riwayat saya supaya dia sentiasa rasa bersalah walaupun saya tak pasti apa perasaan dia.
Saya sentiasa fikir apa salah saya, satu persatu kekurangan saya mula muncul. Hidup saya punah kerana dia. Berdosa ke bila saya niat tak mau dia bahagia, saya nak dia derita macam saya.
Dan dia tak kan dapat apa2 balsan ke atas perbuatan dia yang tidur dengan lelaki lain masa dia ada suami, sedangkan bagi saya suami dia baik ja, dan penganayaan dia pada saya lagi.
Satu2 persatu salah dia mula bermain didepan mata. Jiwa saya sangat parah. Hati saya dah mula rosak dengan mengharapkan keburukan untuk dia walaupun saya sayangkan dia.
Saya betul2 dah tak waras. Dulu saya tak macam ni pun, nak fikir pasal orang lain pun saya tak dak masa tapi kenapa macam ni sekali allah takdirkan hidup saya.
Walaupun dia banyak bantu saya dulu, saya tak nafikan kebaikan dia, tapi saya juga ada bagi pinjaman duit pada dia yang sampai sekarang dia tak bayar lagi dan nilainya pun bukan kecik.
Tapi katanya akan bayar lepas kahwin nanti. Tapi saya tak kisah pasal duit, masalahnya saya tak boleh lupakan dia walaupun berkali2 saya cuba.
Ingatan dan kenangan dia terlalu banyak. Kat mana2 pun hanya dia ja yang nampak. Dia cakap at least saya dah merasa bahagia banyak benda dengan dia, dia suruh saya kenang itu saja. Tapi hati saya memang berat bila tak jumpa dia tak bercakap dengan dia.
Mungkin betul kata dia, saya obeses dengan dia, tapi saya pun tak tahu cara nak lupa dia. Sebab saya tahu, dia memang tak mahu endahkan saya lagi dah. Saya rasa dia memang lagi suka kalau saya dah pergi dari dunia dan hidup dia sebab dah tak de ganguan lagi dah.
Allah, kenapa berat macam ni sekali ujian buat saya. Dulu saya diuji miskin, lapar dibuli di caci, saya masih boleh menangung semua dan masih boleh tidur lena. Tapi ujian yang ni, saya sangat tak boleh tangung sebab tu saya rasa nak mati ja. Saya cuba nak lupakan dia, tapi tak mampu.
Saya tak tahu apa saya perlu dalam hidup, selalu saya fikir pasal ibu. Mujur ada abang untuk jaga ibu, jadi saya fikir kalau saya mati pun tak pe. Mesti dia akan gembira sebab dah tak de ganguan dari saya.
Tapi ibu pasti akan sedih, tapi saya tak nampak jalan atau cahaya dihadapan saya untuk kembali seperti dulu. Saya mintak ampun ibu.
Sunguh saya tak kuat. Ibu juga perasan saya dah tak macam dulu, sesekali ibu tanya pasal dia, saya jawab dia dah nak kahwin. Ibu seolah2 mengerti kesedihan saya, tapi ibu pun tak cakap apa2 dah.
Saya tak tahu selama mana saya mampu bertahan. Saya tak de kawan2 untuk bercakap, nak cerita kat ibu 1 kebenaran tu saya tak mampu jugak, takut ibu lagi sedih. Hidup ibu jugak banyak menderita dari dulu sampai sekarang.
Jadi saya tak nak tambah duka ibu dengan bercerita apa yang terjadi antara kami, pasti itu lagi menyakiti ibu. Akhirnya pada allah jugak saya luah semuanya dan berharap kebaikan buat saya walaupun mungkin allah jugak membenci saya, tapi saya jugak tak dak sapa2 selain allah.
Saya berdoa supaya tak de sapa2 alami nasib macam saya dan rupanya baru saya sedar, bukan lelaki saja boleh rosakkan hidup seorang perempuan, tapi seorang perempuan jugak boleh rosakkan seorang perempuan. Malah kesan dia bagi saya sangat2 teruk.
Saya tak tahu kesakitan orang lain macam mana, sebab ini pertama kali saya mengalami kesakitan di sebabkan perasaan. Tapi bagi saya, ianya sangat2 menyakitkan.
Saya mintak siapa pun yang baca kisah saya ni, tolong la doakan kebaikan buat saya. Mungkin doa saya sebagai pendosa Allah tak makbul, tapi doa tuan puan yang baca kisah ni Allah makbul.
Saya betul2 perlukan sokongan dan semangat dan doa semua, sebab saya tak tahu lama mana saya mampu menepis semua bisikan2 ini. Terima kasih. Maafkan saya.
– Nobita (bukan nama sebenar)
hantar confession anda di sini -> https://iiumc. Com/submit