“Kau Jangan Buat Hal Mat”

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya. Aku harap admin boleh sampaikan, apa yang ingin aku sampaikan ini.

Aku, seorang lelaki, bakal menjejak umur ke 30 tahun dan sudah berada di tahap kemuncak “Bosannya Hidup!!!” aras tinggi. Ya, paling tinggi melangit. Bila mana rutin harian kau berulang dari Kerja ke rumah, ke kerja ke rumah, bertahun-tahun dan ya, aku sudah rasa aku tidak ada kawan.

Tak kan tak da kawan? Ya ada, tapi kalau yang tinggal ini hanya kelompok kawan yang suka melepak di mamak, main telefon dan duduk berjam-jam tanpa buat apa-apa. Tak kan kau tak rasa boring mat. Wei boring wei tiada aktiviti lain ke?!.. maaf termarah.

Aku ni dah diperingkat umur dimana aku mahu luahkan apa yang terbuku di hati, bercerita tentang kehidupan, berkongsi idea tentang apa yang perlu dibuat untuk masa depan. Aku sudah di peringkat ni mat….

Ya, aku ada dengar nasihat-nasihat atas talian, kalau tiada teman untuk menghiburkan, kau terasa sunyi, cuba hiburkan saja diri sendiri.

Pergi tengok wayang sendiri, makan sendiri, jalan-jalan sendiri.. Dah buat semua tu.. Berapa kali tipu mak aku, “Ma keluar kejap, kawan ajak lepak.” Padahal takde kawan pun.. hahaha sobs sobs.. sedih.

Jadi, aku sudah tidak boleh tahan dengan kehidupan ini semua, aku perlu bergerak maju! Ya melangkah untuk mencari circle baru, manusia baru!!!

Tapi takkan nak pergi jumpa sekumpulan lelaki yang tengah melepak, “Assalamualaikum! Wei aku takde kawan ni, nak kawan dengan korang boleh?”.. tak kan nak buat macam tu jatuhlah maruah aku hahahaha..

“Apsal tak cari bini saja bro?” Ya tengah mencari juga ni, ada juga berkenal-kenalan, tapi kalau tak rasa serasi, tadi feeling macam, “umph!” nilah dia wanita yang selama ini ku cari.. tak kan nak main sebat saja semua orang. Ke cara pemikiran aku salah? Haa minta nasihat sikit.

Korang sabar kejap, cerita sebenar yang aku nak kongsi sebenarnya bermula dari sini. Ceritanya ini bukannya perihal aku, perihal apa yang aku alami.

Aku pun cuba mencari kenalan secara atas talian dan aku hanya tertarik kepada satu aplikasi ini sahaja, aplikasi ini bernama “Sesuatu yang mampu mencetuskan kebakaran, kehangatan”.. lebih kurang cari maksud dia dekat Google.. haha..

Baik di aplikasi ni, dia ada setting kepada gender apa yang kau minat. Jadi apa matlamat asal aku? Mencari jodoh dan mencari kawan baru.

Jadi minat aku tu boleh ditukar ke kedua-dua jantina. Dah setup semua setting tu, dah letak gambar aku yang hensem-hensem sikit, (adalah sedikit rupa). Nak dijadikan cerita, tak sampai sejam buka akaun dalam aplikasi ni, tetiba ramai yang match aku!

Wei kau pun dalam hati macam, “ramai juga yang rasakan muka aku ni ada rupa”. Hahaahahahaha.. biarlah aku nak perasan sikit.

Tapi disinilah masalahnya, kau takkan tahu siapa match kau melainkan kau laburkan sedikit wang untuk melihat muka-muka mereka ini.

Ya, aku pun laburkan duit.. excited kot ada orang minat. Hahahaha.

Nak tahu jantina mana yang banyak match dengan aku? Sejantina aku. 80% lebih kurang.. Yang match dengan aku ni semua nampak hensem-segak semuanya.. aku ni tak ramai kenalan yang rupanya hensem-segak, bila lagi nak berkawan dengan orang-orang macam ni..

Salah ke ada keinginan nak berkawan dengan orang segak-segak? Sebab aku rasa kalau aku bergaul dengan orang macam ni mungkin macho diorg tu boleh melekat dekat aku skit.. hahahaha..

Sebenarnya aku tahu, lelaki-lelaki disini orangnya seperti apa. Apa keinginan mereka. Aku tahu tu semua tu. Tapi aku positif. Mungkin ada juga kesunyian seperti aku yang sedang mencari teman? Kan?

Jadi aku match lah kebanyakan orang dan tegur semua orang dengan sapaan Hello Hai Apa Khabar Assalamualaikum! Ya jangkaan aku sebenarnya tepat, kebanyakan mereka ni hanya mahu kan sesuatu.

Perkara yang memuaskan nafsu mereka. Tapi aku mesti akan explains apa matlamat aku. Aku tak cari benda tu disini, aku nak cari kawan baru. Sebenarnya memang salah tempat pun cari di aplikasi ni aku tahu, tapi masih positif lagi.

Sehinggalah (haa dah nak sampai dah perkara penting menarik ni). Sehinggalah aku berborak dengan sorang lelaki ni. Berusia ujung 30 an..

Dia kenalkan diri sebagai Abang Mat (bukan nama sebenar) borak macam biasa hai apa khabar dan dia layan aku okay, dan aku explains tujuan aku siap-siap.

Borak punya borak (menaip), rasa macam ‘click’ pulak dengan brader ini.. Dia pun cerita tentang kehidupan dia siap-siap.. Duda dah cerai dua tahun. Dah bertahun hidup bersendirian..Aku simpati. Mudah simpati dengan orang.

Sehinggalah dia ajak aku lepak minum , sebab dia kata bosan lah menaip, kalau borak-borak lepak nak?. Mulanya aku berbelah bahagi..

“Yeke mamat ni, boleh percaya ke?”. Aku mengelak juga, bagi alasan tak pernah jumpa orang atas talian jadi segan..

Tapi, dipendekkan cerita, entah macam mana aku setuju nak lepak dengan dia sambil aku peringatkan diri aku”Kau tahu kan kalau apa-apa jadi? Jaga maruah diri dan keluarga”.

Dan kami pun berjumpa. Tengok orangnya, santun berbahasa, muka baik, tidak ada ciri-ciri yang kalau aku tumbuk muka dia, dia parang aku.. contoh.. takut jugak wei.. hahaha..

Makan, borak, aku dan boleh berbual bercerita berkenaan perihal kehidupan, yeah aku selesa borak dengan dia dan disebabkan dia berusia, dia bagi nasihat.

Aku cakap nak cari jodoh sekali, dia juga bagi nasihat supaya tak berlaku kesilapan seperti apa yang dia buat. Tapi dia tak cerita secara detail kenapa walaupun aku ni dah boleh agak dia ni macam mana.

Dan malam tu tak jadi apa-apa.. sebab memang aku berborak macam seorang kawan. Dan kami pun bertukar nombor (risiko paling bahaya ya aku bodoh)

Dan disinilah kemuncaknya, beberapa hari lepas tu, dia mesej aku, “Tengah buat apa tu? Dah lunch ke?” Aku cakap dah bang Mat baru lepas. Abg Mat dah lunch ke tu? Dia pun menghantar gambar kerepek, “Abg mat makan ni jelah, yelah hidup sendirikan?”.. aku mudah simpati.

Aku pun ajak, jumpalah gi lepak lunch, saya teman. “Jum, tapi dah sampai tu mari naik rumah abang Mat dulu. Bang mat tengah kemas barang jap”. (Dia hantar lokasi rumah) Aku ni mula lah dah fikir yang bukan2.. kot2 dia nak….

tapi disebabkan perasaan ingin tahu aku tu kuat, “apa yang dia nak buat dengan aku ni, padahal boleh saja lepak terus dekat kedai.”. (Ouh ya lokasi kami berhampiran saja, tapi aku tak share dimana aku duduk, aku bijak juga mat)..

aku dengan pemikiran yang bukan-bukan, siap baca doa pelindung diri dan kalau apa-apa jadi mamat ni kalau aku pukul rasanya aku menang. Haha..Sampai saja dekat rumah dia, dan dia pelawa masuk..

Aku pun okay saja.. tapi tengok masih berkain pelekat. “Aku pun tegur, abg siap- siaplah, dah pukul berapa tak makan lagi ni. Caringkan aku?.. Dia pelawa aku duduk dulu dekat sofa dia yang ada satu saja dekat rumah tu. Dan, dia duduk menjulur dekat sofa tu.

Dia suruh aku duduk dekat hujung kaki sofa tu. Ya, aku dah agaklah apa mamat ni nak buat, tapi aku berlakon dulu.. aku pun duduk..

Sehinggalah dia, tiba-tiba peluk aku dari belakang. “Erh apa ni bang?”. (Sambil aku fokus dekat muka dia mana satu bahagian yang mudah aku tumbuk dia).

Aku tepis tangan dia dan sambil cakap, “bang, saya tahu abang ni orang yang mcam mana, tapi saya cuba untuk act normal di depan abang seolah-seolah abang di manusia normal. Bang saya tak minat perkara-perkara macam ni”. Dia diam, sambil berpeluh padahal duduk bawah kipas..

Lepas tu suasana jadi suram.. aku diam saja lebih kurang 5 minit. Dia pun diam juga. Tapi, dia sekali lagi datang dekat sambil peluk aku lagi, terus aku bangun, “okay tak jadi nak makanlah ni kan? Kalau macam tu saya balik.

Dia pandang muka aku dengan penuh rasa bersalah sambil tunduk muka malu (aku perasan muka dia), dan dia bangun bukak pintu dan aku pun keluar.

Sebelum aku keluar tu aku pandang muka dia, Aku cakap ‘Assalamualaikum bang, jumpa lagi’. Surprisingly, aku takde rasa nak tumbuk muka dia, aku simpati dekat dia..

Sehinggalah malam ni (aku tak boleh tidur sebab terfikir-fikirkan perkara ni, akhirnya aku sampaikan dalam bentuk luahan),

Kepada pembaca yang budiman baik lelaki dan perempuan, apakah yang boleh kita bantu orang seperti ini? Aku rasa dengan menumbuk muka mereka tak menyelesaikan masalah. Apa cara yang kita boleh bantu mereka..

Sampai sekarang aku rasa macam nak approach dia balik walaupun dah block dia, nak tanya, cuba abang mat share masalah abang mat, luahkan dekat saya kenapa abng mat boleh jadi macam ni? Luahkan bang mat apa yang terbuku di hati sepanjang kehidupan abang mat ni.

Pernah ada kesan luka yang mendalamkan sampai tak boleh diubati?

Kami orang lelaki juga fragile cik puan kadang tu banyak perkara yang tersimpan dalam hati dan tak mampu diluahkan. Macam mana caranya? Mungkin orang ini adalah adik lelaki awak, abang awak bahkan suami awak.

Kita mana tahu orang boleh create banyak akaun kot zaman sekarang ni. Aku rasa mesti ada cara kita perbetulkan masalah ni. Aku nak nasihat agama dekat dia, aku pun perangai macam **********.

Kongsilah pada aku, apa cara boleh bantu mereka? dengan menceritakan hukuman yang pernah dihadapi pada kaum sebelum ni, dah tak jalan aku rasa. Mereka ni perlukan sesuatu. Tapi aku tak tahu. Mohon bantu. Sama-sama kita bantu.

*Tobat dah cari kawan, biarlah aku mereput sendiri. Hahahahahaha..

– Ryan Gosling (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *