Disclaimer: Luahan ini berkisar hubungan keluarga mertua, suami isteri & adik beradik. Bagitahu supaya yang bukan peminat genre ini beransur. Aku cuma perlu melepaskan apa yang terbuku didada, diminda.
Aku seorang isteri, ibu kepada 2 anak yang sedang membesar, berkahwin telah 7 tahun dengan seorang anak sulung kepada 4 beradik.
Aku tak pernah kisah & tak pernah bertanya kemana duit gaji suami aku. Disebabkan suami aku bergaji kecil, jadi aku boleh buat kira-kira kemana duitnya habis.
Sebagai tanggungjawab anak sulung, bil api & bil air di atas ihsan suami aku walaupun ayah mertua aku masih elok bekerja dan ibu mertua aku masih aktif mengambil upah masak kenduri, katering dan menjahit.
Anak mereka semua lelaki. Semua adik beradik memang akan bagi “monthly allowance” tu kat ibu & ayah mereka. Adasama bil atau belanja.
Mereka nak menunaikan umrah, ayah mertua jual kereta dia dan hasil tu dapat pergi umrah, dan adik ipar aku yang ketiga (kita gelarkan adik3) minta “chip in” RM500 seorang untuk tambahan belanja.
Kecuali suami aku. Mereka minta RM1,000, dengan alasan adik3 tu, “Alah kau kan dah kahwin, ada 2 gaji”
Oh sebelum tu, Adik nombor 2 (kita gelarkan Adik2) pun dah berkahwin tapi surirumah sepenuh masa dengan seorang anak tapi gaji suaminya mencecah RM7,000 sebulan.
Yang itu diminta RM500, tapi dengan suami aku yang bergaji RM2,500 dia minta RM1,000?
Ye aku triggered kat sini. Suami aku dah persoalkan. Mana mungkin suami aku diam.
Tapi bila seorang ibu dah masuk campur “Bila lagi mak dapat pergi umrah”, apa yang aku boleh lawan?
Yang kedua aku snapped. Masa adik3 tu nak kahwin, mak mertua aku minta sponsor RM8,000. Bulan 10 kejadian ni.
Sedangkan di hujung tahun la aku & suami saling mengikat perut sebab kos taska & tadika 2 orang anak sangat mencekik.
Yuran pendaftaran, yuran tahunan, yuran kelompok, yuran aktiviti segala datuk yuran tak kurang RM2,000 seorang.
Ini tadika dan taska biasa ye bukan tadika taska yang branded famous. Itu pun mintak jasa baik pengurusan nak bayar ansuran.
Oh tu jela nak bising2. Assalamualaikum..
– Abracadabra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit