Kau Nak Jadi Orang Seni?

Hi, assalammulaiakum.

First of all, terima kasih buat admin jika artikel ini diterima kalau tak pun terima kasih juga kerana telah mewujudkan satu platform yang siapa-siapa pun boleh luahkan idea mahupun perasaan mereka di sini.

Pada tarikh 21 October 2017, saya yang baru sahaja berumur 17 tahun telah publish suatu artikel yang sangat beremosi ya di IIUM Confession dengan tajuk sama dengan artikel. Bila baca semula rasa nak gelak pun ada, yalah darah masih panas kan?

https://iiumc.com/kau-nak-jadi-orang-seni/

Time tu memang fasa-fasa hormon tak stabil memang rasa dunia ni tak adil banyak sahaja rintangan di hadapan, tapi tulah ni dah dewasa sikit baru lah sedar yang rintangan tu semua cuma satu perhentian untuk belajar lagi ja.

Alhamdulillah dengan izin Allah 6 tahun berlalu pergi, saya sudah pun berumur 22 tahun dan kini sedang menyambungkan pelajaran ke peringkat degree dalam bidang yang saya sepenuh jiwa mahukan iaitu Seni.

Jadinya nak dijadikan cerita, lepas SPM dapatlah perluang pergi interview dekat UITM berdekatan dengan rumah.

Tapi apakan daya rancangan Allah tu lah yang paling tepat saya tak lulus interview tu dan syukur dapat juga sambung diploma dekat Politeknik di negeri jiran,

yang pada asalnya saya dapat Mekatronik tapi saya ambil keputusan untuk tukar ke Seni Bina dengan harapan nanti sambung Degree saya boleh sambung dalam bidang Seni Halus (dan saya berjaya hehe).

Masa saya nak isi UPU mama saya banyak kali tanya;

“Betul ke kau nak sambung degree seni ni lang, nanti kau nak kerja apa?”

Masa ni saya tak marah mama, sebab yelah dia risaulah kehidupan saya di hari akan datang kan, tapi time ni saya nak redakan kerisauan mak saya cakap lah saya akan usaha untuk jadi seorang pensyarah.

Dan dalam saya nak redakan hati mak saya saya juga cakap macam tu untuk redakan hati saya.

Abah sama ja dari dulu sampai sekarang dia support ja apa-apapun yang anak-anak dia nak buat.

Mama pula biasalah dia pun rasa ‘Peer Pressure’ juga dia pun nak lah heboh-hebohkan pasal anak-anak dia dekat kawan-kawan dia kan?

Harap siapa-siapa yang baca ni dapat satu perspektif yang baru terhadap ibu-ibu korang yang lebih kurang sama dengan mama saya ni ya?

Dan nanti bila dah kahwin dah ada anak kita cuba belajar dari kesilapan parents kita dan jadi parents yang terbaik buat anak-anak kita.

Sini saya nak beri safe space untuk orang yang nak jadi orang seni macam saya. Seni ni luas cabang dia kau banyakkanlah buat research banyak pekerjaan yang kau boleh buat list di bawah ni personal list yang saya kumpul sepanjang saya sambung degree ni:

1. Pensyarah

2. Kurator Galeri dan Museum

3. Artis freelance

4. Artis di bawah Galeri

5. Cikgu

6. Pelukis komik/webtoon

Ada banyak lagi actually yang boleh dicari dalam bidang seni ni rajin tak rajin je musuh kita nak bergerak satu langkah naik tangga.

Satu advice untuk diri saya dan juga semua yang nak jadi orang seni ialaha kita kena sentiasa berani tonjolkan diri kita, berani challenge diri dan yang paling penting is kita kena percaya dengan diri sendiri; yang ni ingat sampai hujung nyawa.

Lagi satu sebaiknya kita cari niche kita dan asah skill kita on the said niche baru nanti orang kenal;

“Oh ni! sekian sekian ni punya hasil seni ni”

Hendak seribu daya, Tak hendak seribu dalih. Perancangan diri itu baik tapi perancangan Allah itu lebih tepat, walau kita rasa dunia ni hilang harapan selalulah berharap dengan Allah,

Dia sentiasa mendengar dan kehendak kita akan dia berikan dengan masa-Nya yang tepat kita hanya perlu redha dan tawakal.

Moga kita sentiasa kuat untuk heal and grow.

Sekian.

– Adlina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *