Kau Nak Selamat Tak?

Assalamualaikum. hai semua. bersua kita kembali kalau admin approve la confession aku ni. Aku harap admin approve la.
Aku nak share tentang keselamatan individual ketika ditempat awam pula hari ni… ehhhh cppp. aku bukanlah seorang polis ke , pegawai keselamatan ke . Aku belajar lagi la wehhh. ada ni kat UA selatan tanah air. dah 3rd year .aku cuma tulis berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku sendiri aje la, aku share sebab aku tak nak keselamatan korang terancam disebabkan kecuaian diri sendiri.
ok dah. meh sini kita citchat

1)Pam minyak.
haaa nak cerita kat pam minyak aje pun aku rasa boleh berjela. kat sini aku cuma nak cerita sikit aje la. yang lain tu harap korang boleh fikir ya.. aku yakin, korang mesti ada motor atau kereta sendiri kan. an for sure la boleh dikatakan setiap hari akan isi minyak kan.
ni nak cerita. bila korag kat pam minyak, mesti kena bayar kat kaunter, make sure korang lock pintu. sebelum lock, bukak dulu tempat isi minyak tu siap2. lepas tu lock, dan terus ke kaunter. ni aku cerita bila korang isi minyak sendiri ok. bila kat pam minyak, ye kita tau semua orangniat nak ke pam minyak sebab nak isi minyak. tapi korang yakin ke betul niat mereka isi minyak? aku pernah tengok video cctv pam minyak, owner kereta tengah isi minyak, ada orang masuk dalam kereta dia senyap2, ambik barang berharga, dan tutup senyap2. kita pun kadang2 tak perasan la kan. kita pun kadang asyik leka tengok pemandangan, menhayati jalan yang banyak kenderaan, tapi tak sedar orang masuk kereta. boleh jadi juga orang letak barang yang bukan2. haa kau pikiaq la sendiri ya.
kalau kau bawak anak kecik, make sure kau pergi pam minyak yang boleh bayar on the spot kat area kereta kau, dan orang isikan minyak. bukan apa, aku rasa kau boleh fikirkan kenapa. hahahaha.
yang bawak motor pun sama. ambik kunci, g bayar kat kaunter, lepas dah bukak tangki minyak, mohon simpan la kunci tu, tak payah la nak dok tayang sangat ehhhh..harap maklum!. mohon beg duit tu simpanlah dalam box bawah seat tu. kalau tak da, haaa pikiaq laaa macam mana nak simpan pun.

2) Tandas.
weehhh seriusly, aku paling cerewet bab toilet. bagi kaum hawa, kalau nak pergi toilet dekat stesen minyak atau hentian mana2 pun, tolong ajak teman. even husband temankan better, tak masuk dalam toilet, tapi tunggu depan pintu utama toilet tu better. Ni pengalaman aku sendiri la kan. aku baru balik training kat selangor, disebabkan terlalu penat training, aku singgah la ke satu perhentian. kebetulan perhentian yang kecik je, bukan RnR, sebab aku dengan kawan dah tak larat sangat nak cuci muka. aku masuk la toilet. aku boleh dengar suara orang lelaki berkumpul dekat depan toilet tu. Ya Allah. berderau darah aku jahhh. Aku terfikir macam mana la kan kalau perempuan kan kat toilet sorang2. semenjak tu, aku tekad, setiap nak pergi toilet, aku akan pesan kat semua orang yang aku sayang untuk pergi berteman. banyak je kan kes sekarang ni kan.
lepas tu kan.ni aku nak pesan, korang jangan ingat tak da cctv, orang tak boleh nampak apa kau buat kat toilet. ni aku nak nasihatkan. korang pergi toilet atau fitting, mohon pandang atas. sebab kadang2 kita tak perasan pun atas kita mereka guna bahan apa, ada yang guna aluminium yang boleh pantulkan muka kita.
kesimpulannya, g toilet tu pergilah berteman. tak kiralah kau jantina apa pun. okay? faham?

3) beg tangan
yeee aku tau la zaman sekarang ni banyak sangat keluaran beg tangan macam jenama. tapi kalau tak reti nak guna beg tangan, mohon tanam kan aje. RIP beg tangan. Bila kau pergi mana2, zip la beg tangan tu, orang tak nak pun tengok isi dalam tu, tapi kalau kau dah mendorong, tak tau la nak kata apa. sometimes, manusia ni akan ada orang pura2 tanya, orang kedua akan seluk dalam beg tu sebab kau leka berbual dengan orang pertama. haa ok, yang lain fikir sendiri ye.
Jangan letak beg tangan atau wallet atau sebarang beg di dsshboard kereta atau menayangkan dalam kereta. even tu beg bekal kerja je, orang peduli apa, nampak beg, mesti mind set ada barang berharga. lepas tu pecahkan cermin….
haaa padan la kau menanggung cermin kereta pulak. hahaha. tepuk tangan je nakkkk oiii.

4) Parking
kalau nak parking tu, lock la kenderaan kau tu ye. tak kiralah kau ni bawak kereta ke motor. kalau motor tu, korang mesti perasan kan ada rantai besi kan kat palang besi parking motor kan. aku ni rider. so aku bawak la motor, then one day, aku parking motor kat suatu kawasan ni. datang satu uncle ni nasihatkan aku, suruh aku lock sambung dengai rantai besi tu, sebab dia kata, kalau aku lock biasa, orang boleh angkat, tapi kalau aku lock tayar sambung dengan rantai besi tu, agak sukarla kan. bila fikir balik, logik betul kata uncle tu. Thanks uncle! hahahah
yang bawak kereta tu, lockla guna streng lock. aku tau la ada yang guna lock card tu. tapi mestilah ramai dah guna, then mesti tempatnya tu hampir sama je kan setiap kereta, hahahah so korang fikir la sendiri yeeee.

ok dah la, jenuh nak taip ni. aku nak study, last paperrrr. doakan aku ye. kalau nak tambah dan share, boleh la drop comment, so dapatlah orang lain maklumat tu.

pesanan khidmat masyarakat dari saya.

MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
Assalamualaikum….

– Ultraman

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit