Hari ini genap 3 tahun ulangtahun kelahiran Abi dalam hidupku. Walau tahun ini berlainan keadaan aku tetap akan mengingati tarikh penting ini kerana ianya sangat bermakna buat diriku.
Abi…
Sudah 7 bulan pemergiaan dia, insan yang aku gelarkan sbg seorang sahabat baik, peneman hidup, pendengar setia, , pembimbing dan paling tepat dia ‘imamku’. Terasa seperti baru semalam aku mendengar gelak tawanya, melihat senyuman yg x pernah hilang dari raut wajahnya. Sentiasa tenang walau dlm keadaan apa sekali pun. Terasa baru semalam dia, Abi mengalunkan azan buat mujahid tercinta kami ketika saat kelahiran yang dinanti itu. Terasa baru semalam, lafaz ijab dan kabul dilontarkan dari bibirnya ketika aku sah menjadi isterinya. Seperti baru semalam segalanya bermula kehidupan ku bersama insan yang aku hormati ini.
Seingat aku, saat ingin mengikat hubungan kami kpd tali pernikahan, begitu banyak dugaan yg terpaksa kami tempuhi hingga akhirnya kami bersama2 berjaya melaluinya dgn penuh pengorbanan dan ketabahan sampai pada tarikh kami disatukan. Hebat sungguh ujian Allah! tapi kalau sudah jodoh, bersatu jua. Begitulah..
Menjalani hidup sbg suri di hati Abi, sangat membahagiakan ku kerna Abi sgt mengerti dan faham tentang aku. Baru berkahwin, kami terpaksa berpisah jauh kerana masing2 mempunyai tanggungjwb lain yg perlu dilaksanakan. Abi x pernah merungut. Malah sentiasa memberi galakan dan sokongan supaya aku terus mencapai cita-citaku. Bagi aku, abi sebahagian dari cita-citaku. Dan ada nya aku di tapak ku kini, ianya sebahagian daripada Abi.
Kasihan Abi,.
Walau sudah beristeri, tetapi masih hidup ‘bujang’. Hidup sendirian di rumah. Makan, pakaian dan tempat tinggal Abi uruskan segalanya. Tapi dia tidak pernah merungut. Setiap kali hujung minggu, aku pulang kpd Abi. Waktu itu, aku laksanakan segala tugas ku sbg isterinya. Tetapi kadang2 Abi tidak izinkan aku membuat kerja rumah yg byk. Cukuplah pulang ada bersama dia, memasak masakan kesukaannya dan melayan dia sebaik mungkin. Janji aku sudah ada di sampingnya.
Masih aku ingat, perkara yg paling Abi suka aku lakukan ialah membaca al-Quran di sampingnya. Setiap kali aku membaca al-Quran, aku mesti membaca maksud ayatnya dan Abi ikut mendengarnya walau pada masa itu Abi sedang membuat kerja. Kadang-kadang usai solat berjemaah, Abi akan suruh aku yg bacakan doanya. Bila aku tanya mengapa menyuruh aku yg bacakan doa, jawab Abi doa yg aku baca panjang sedikit dari doanya. Tersenyum aku. Abi..ni, ada2 saja dia. Selalunya kalau aku tidak sempat brjemaah dgnnya, selesai solat aku mesti mendapatkan dia utk bersalam dan meminta maaf darinya. Dan jawapan yg selalu Abi berikan padaku yg dia sentiasa meredhai isterinya. Abi sangat baik padaku. syukur kpd Allah kerna mengurniakan dia sbg suamiku.
Fayyadh,
Putera sulung yg sentiasa dinantikan.
Selepas beberapa bulan, kami mendpt khabar gembira yg aku sah hamil. Masa tu aku lihat Abi sgt gembira. Sedang aku gembira bercampur takut sbb aku masih di dlm pengajian di universiti. Tapi Abi menenangkan aku. Segala2nya akan baik dan anak ku ini akan membawa rezeki yg baik. Abi akan sentiasa bersama memberi sokongan untukku sehingga anak ini lahir. Aku berasa lega. Ya Allah! Mmg benar spjng tempoh kehamilan hingga bersalin dan dlm pantang, Abi yg menjaga aku hingga aku sihat. Dia yg berada di sisiku ketika aku melalui saat2 yg gentir melahirkan mujahid kami. Dia yg menggenggam erat tanganku, mengalunkan zikir dan surah di telinga ku, mengusap2 ubun2ku ketika aku sedang bertarung nyawa membawa zuriatku ke dunia. Ya Allah, thanks for gift Abi to me! Dia suami dan bapa yg sangat penyayang.
Kali pertama aku melihat Abi menitiskan airmata, saat dia ditimpa ujian yg maha hebat dalam hidupnya. Itulah kali pertama dan yang terakhir aku lihat airmata lelakinya mengalir. Sebagai seorg isteri aku juga terkesan dgn keadaan itu tetapi aku mesti kuat dan tabah untuk memberi kekuatan padanya. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa segala2nya pulih seperti sediakala. Aku katakan walau apa pun yg berlaku aku akan sentiasa kekal di sisinya memberi semangat. Hidup ku berlalu dgn penuh bahagia sbg isterinya, umi kpd anaknya.
Siapa sangka langit cerah yg memanjang, muncul awan kelam yg suram. Kali terakhir aku mencium tangan Abi dan dibalas dgn kucupan lembut di dahiku pada hari Abi menghantar aku ke terminal utk pulang Johor. Masa itu aku peluk anak ku, Fayyadh yg baru 3 bulan aku terpaksa tinggalkannya bersama Abi kerna aku perlu menghabiskan pengajianku. Abi memakai baju kelabu, baju yg aku belikan utknya dan baju itu juga kali terakhir Abi pakai ketika menghembuskan nafas terakhirnya. Siapa sangka, hujung minggu itu adalah minggu terakhir aku bersama Abi.
Aku ingat lagi, sepulangnya aku, Abi menjemput aku bersama anak ku. Setibanya di rumah, mmg dah tabiat aku selalu menyoalnya dah makan nasi ke belum. Selalunya Abi mesti jawab belum sbb dia tahu aku mesti akan masak untuknya hari itu. Aku terus masuk ke dapur. Masak. Sementara Abi melayan karenah puteraku. Sesekali aku menjenguk ke ruang tamu. Aku lihat Abi yg banyak ketawa mengusik mujahid sulungnya. Sesekali Abi datang ke dapur melihat aku masak, dan ayat yg selalu dia katakan, “kesian isteri abg,.penat tak habis lagi dah kena masak utk abg. Terima kasih masak utk abg” sambil senyum. Sepanjang perkahwinan kami, dia x lokek utk mengucapkan terima kasih padaku sekiranya aku membuat kerja2 rumah utknya. Itulah Abi.
Esoknya, kami pergi ke pasar basah sbb abi teringin nk mkn ikan kayu masak sambal dan sotong goreng tepung. Sebelum ni aku x pernah masakkn ikan kayu utk dia. Tetapi itu dh request dr Abi, aku masakan sebaik mungkin utk dia. Cuma sotong goreng tepung yg kurang jadi. Bukan sbb aku x reti tetapi tepung gorengnya kurang. Kesannya, hari tu Abi yg selama ini x pernah marah aku sbb masakan aku x jadi, teruk aku kena marah. Tapi dlm marah2 pun Abi tetap terus makan masakan yg aku hidang. Mmg dah sikap aku, walau suami marah mcm ne pun, aku tetap layan dia di meja makan dan duduk makan sekali bersamanya. Sedih juga aku hari tu sbb itulah first time kena marah psl masak tak jadi. Pelik pun ada. Tapi aku diamkn je. Lepas mkn aku masuk bilik air. Abi terus mnghadap tv sambil menjaga anaknya yg sedang tidur. Masa aku kt dlm bilik air, tiba2 lampu terpadam. Aku kalut, ingatkn elektrik xde. Aku selak daun pintu. Rupanya Abi yg tadi marahkn aku sengaja matikan lampu. Nak mengusik sambil tersengeh. Tadi marah, ni nak mengusik org pula. Aku menyuruh Abi membuka lampu kembali.
Lega.. Abi dah x marah.. gelak hati aku.
Minggu tu juga Abi bawa aku dan Fayyadh berkelah di tasik, sambil makan bubur cha-cha. Lepas dia suap aku, dia suap anaknya. Aku tgk Abi happy sgt. Dikendongnya Fayyadh di atas bahunya sambil terkekek-kekek anak ku ketawa. Abi ada bawa juga aku dan anak ke pantai, tepi laut bermain ombak. Itulah kali pertama Faayadh melihat ombak laut. Abi asyik ketawa saja melihat keletah Fayyadh yg takut akan ombak. Aku juga tumpang gembira melihat telatah dua orang lelaki kesayangan dlm hidupku.
Hari terakhir dia bersamaku, sebelum aku berangkat pulang, Abi banyak mendiamkan diri. Tak banyak yg dia bicarakan. Dia banyak bermenung. Bila aku tanya, any problem. Abi cakap dia x apa2. Pagi tu, selepas solat subuh, Abi terus baring di sebelahku, sedangkan dia dah bersiap nak pergi kerja. Bila aku tanya, Abi cakap malas nak pergi kerja, sbb takut x sempat nak habiskan masa dengan aku sbb aku dah nk balik. Aku pujuk dia suruh pergi juga takut nanti bos marah. Lagi pun pagi tu, Abi ada presentantion assigment dia. Jadi nak x nak, dia mesti pergi.. Akhirnya.. Abi mengalah.. Seingat aku lepas je aku siap2 nak keluar dari rumah, perkara yg selalu aku buat, aku peluk Abi. Masa tu aku perasan ada air jernih bertakung di kelopak matanya. Aku perasan. Sejak sebulan yg lalu sebelum pemergiaan Abi, setiap kali aku nk balik ke kampus, mata Abi mesti berkaca. Bila aku tanya, mengapa mesti Abi diam dan hanya senyum kpdku. Rupanya banyak petanda yg berlaku ttp aku sendiri tak perasan. Allah…
Seingat aku petang itu, aku berbalas mesej dgn Abi. Aku teringin benar makan McD. Tapi aku xlarat nk keluar dr kampus ke McDonalds berhampiran. Aku nak call je delivery tp keypad phone aku problem. Last2, aku g je gerai western dlm U. Order burger cheese dgn kentang goreng. Aku mesej Abi ckp aku dh dapat mkn burger cheese dan kentang goreng ala2 McD. Abi tergelak mendgr cerita aku, dan yg aku dgr Abi ckp bukan sedap sgt pun burger McD tu. Alhmdulillah. Petang tu juga aku dan Abi berbalas mesej di FB. Aku pelik dgn sikap Abi sebab selalunya kalau waktu bekerja Abi jarang bermain FB. Memang dia selalu fokus pada kerjanya. Tapi 2 -3 hari tu, Abi kerap online.
Senja sebelum aku mendapat khabar tragis itu, last Abi mesej aku yang dia dah otw pulang ke rumah dari ofis. Aku nasihatkan dia hati-hati dan jaga diri. Aku pesan pada Abi nanti dah sampai umah mesej. Malam itu juga aku rasa seperti tidak sedap hati. Bukan sebab apa2. Tapi memandangkan aku pulang awal ke hostel, jadi keadaan di sekitar bilik aku agak sunyi. Aku kemas barang aku dan bawa laptop dan beg galas, berjalan kaki menuju ke bilik kawan aku beberapa blok dari blok aku. Sampai je kat bilik kawan, aku dapat mesej Abi yang dia dah selamat sampai umah bersama anak kesayangan ku. Abi bagitahu yang malam tu dia nak balik kampung tengok mak ayah sebab hujung minggu tu aku tak dapat balik jumpa Abi dan Fayyadh. aku cakap OK dan pesan pada Abi nanti sampaikan salam pada ibu ayah mertua dan minta maaf juga sebab xdapat balik sama. Abi ckp dia nak kemas baju dia dan Fayyadh kejap before bertolak.
Aku masa tu sibuk buat assignment sambil borak dengan kawan. Sambil2 tu aku online baca berita2 kemalangan di FB. Masa tu aku ingat lagi, aku cakap pada kawan ku,
“Akak, paling takut kalau2 salah seorng ahli keluarga akak meninggal sebab kemalangan. Minta2 semoga Allah jauhkan..”
Masa tu mmg aku xfikir apa2. Aku teruskan membuat tugasan aku. Lama tu, aku dapat mesej yg Abi dah bertolak balik Kedah. Aku mesej Abi balik, pesan jaga Fayyadh baik2 dan mesej nanti bila dah sampai kampung. Aku sambung buat keje aku,. Then dalam kul 10.30 mlm macam tu Abi call ckp dah sampai Kedah. Alhamdulillah. Itulah ayat yang keluar dari mulut aku. Aku tanya pasal anak kesayanganku, dia ok ke tak? Abi cakap, dia ok. Aku minta nak cakap dengan anak. Abi kata nanti dia dah siap angkat barang dan beg masuk dlm umah dia call aku balik. Sambil aku tunggu Abi call balik. Aku baru teringat yg aku x solat Isyak lagi, aku terus g amik wudhuk. Aku solat Isyak dulu. Dah habis aku solat. Aku tunggu je Abi call kat atas sejadah. Telekung pun aku xbuka lagi. Lama gak aku tunggu sampai kul 11. Aku call Abi, xberjawab. Masuk voice mail. Aku fikir batery habis. Aku call lagi. Stay x dapat. Last2 aku call mak mertua aku. Panggilan aku bersambut. Aku tanya mana Abi? Mak mertua aku cakap Abi pergi ke pekan dengan adik ipar aku. Aku terkejut dalam hati fikir nape Abi xbagitahu. Selalunya dia akan mesej bagitahu kalau dia nak pergi mana2. Aku tanya anak mcm ne? Mak mertua aku cakap, Fayyadh dah tidur dalam buaian. Aku borak2 dgn mak mertua aku dalam 10 minit macam tu. Pas je aku letak phone, aku dgr phone aku bunyi. Nombor asing. Tapi aku angkat juga. Aku jawab. Panggilan tu dari org awam yg bagitahu aku Abi terlibat kemalangan. Aku cemas juga tapi masih lg boleh bertenang sbb dlm fikiran aku mungkin Abi hanya patah tgn or kaki dan cedera ringan. Bila aku tanya keadaan Abi, org tu xboleh nak cakap apa. Dia kata dia jumpa Abi dan terbaring lama tepi jalan. Adik ipar aku pula dan tercampak dalam semak sebelah jalan dan dah tak bernyawa. Masa tu aku terduduk. Menggigil seluruh anggota badan aku. Jantung aku berdenyut kuat. Aku lemah. Aku kelam. Tak tahu nak buat apa. Yang aku sebut masa tu, Allah dan Abi je. Aku masih boleh lagi kawal diri aku sebab org awam tu cakap ambulan dah bawa Abi ke hospital. Dan jasad adik ipar stay xboleh usik sbb tgh tnggu polis datang. Org awam tu call aku sebab nak tnya alamat umah mertua aku. Lepas je aku bg direction pd dia melalui phone. Dia sempat tenangkan aku dan suruh aku bersabar byk2.
Lepas tu, aku contact mertua aku. Rupa2nya diorang baru dpt tahu pasal berita tu. Mak ayah mertua aku mmg terkejut sgt2 sampai tak sedarkan diri dan diorng smpai xboleh cakap dgn aku. Masa tu aku sempat cakap dengan adik ipar perempuan aku. Dia kata mungkin dua2 dah xde. Masa tu la aku jatuh terduduk. Menangis2 dan aku rasa macam xpercaya. Masa tu kawan aku memang xtahu apa yg berlaku. Dia peluk aku dan tenangkan aku. Aku masih mengharap masa tu. Aku yakin yang Abi masih ada. Aku pujuk hatiku. Aku yakin Abi masih ada. Aku kuatkan diri call ayah ku di Penang. maklumkan pd dia yang Abi kemalangan dan adik iparku meninggal dunia di tempat kejadian. Ayah terkejut dan malam tu juga ayah mak dan adik perempuan ku bertolak ke Kedah. Ayah sempat nasihatkan aku supaya bersabar dan jgn fikir yg bukan2 sebab dia dgr aku menangis2 sambil cakap dgn dia.
Masa tu mmg aku tak boleh nak fikir, yang aku tahu aku kena pulang ke kampung juga malam tu. Bilik kawan yang aku tumpang malam tu dah penuh dgn kawan2 yg lain. Yana, Ayeeda dan Bie. Masa tu mmg dh lewat sgt. Mana ada bus station yg buka dah, mana ada flight dah. Masa tu Ayeeda dtng peluk aku dan cuba tenangkan aku. Aku brsyukur sgt sbb masa tu ada kwn2 yg baik hati brkorban apa sje utk bantu aku. At the last, diorng decide mlm tu juga bertolak ke KL dan amik flight pagi2 di LCCT balik ke Penang. Seingat aku malam kejadian tu, kami bertolak kul 2 pagi ke KL. Kereta dipandu classmate lelaki dan dalam tu aku, Ayeeda, Bie dan Yana. At least ada sorng lelaki, kalau jd pe2 kami xla risau sgt. Dalam perjalanan tu, aku hanya diam. Tak byk bicara. Aku hnya menangis dan menangis. Dalam hati aku hanya bisik,
“Moga Abi kuat dan tunggu aku sehingga sampai menemani Abi”. Masa tu juga aku terbayang2 dan berfikir yg bukan kalau2 Abi….
Aku xsanggup nak fikirkan. Aku takut. Aku msg shbt baik aku. Khabarkan berita sedih ini. Aku xdpt bgthu bagaimana kondisi Abi. Apa yang aku ingat masa tu sahabat baik aku berpesan
” Fikir benda yg baik2. Jgn fikir perkara yg bukan2. Takut masa tgh berfikir tu Allah angkat menjadi satu doa. Dan sentiasa bersedia menerima apa sahaja yg terjadi.”
Aku ingat dan semat kata2 dia. Kejap dalam ingatan dan hati. Betul aku perlu bersedia atas apa yg terjadi. Then aku cuma cakap dlm hati, Allah aku cuba utk bersedia. InsyaAllah…
Setibanya di LCCT, dah hampir kul 6 pagi. Masa tu aku dan kwn2 bergegas cari kaunter tiket utk beli tiket flight balik ke Penang. Masa tu petugas Air Asia yg bantu kami belikan tiket melalui kiosk yg disediakan. Alhamdulillah. Allah permudahkan. Flight pg tu paling awal kul 8.30 pagi. After that, kami pergi cari surau utk solat Subuh. Masa tu aku sempat berdoa minta moga Allah tenangkan hati aku dan beri kemudahan kpd ku. Aku juga berdoa semoga Abi tak apa2. Tapi masa tu aku dh dapat rasakan sesuatu. Sesuatu yg rasanya seperti aku tahu yg Abi dah pergi. Tapi aku sedapkan hati. Aku bisik Abi masih ada. Aku pujuk hati ni. Lps solat, kami pergi cari sarapan. Kawan2ku sume lapar dan mengantuk. Kesian diorng. Diorng mkn tapi aku hanya mampu minum air nescafe. Selalunya bila ku dlm keadaan yg stress tertekan, aku akan cari nescafe sbb bg aku ianya bagai satu terapi. Aku pandang org sekeliling aku. Masing2 sibuk dgn bagasi dan urusan sendiri. Aku lihat pilot dan pramugari. Aku lihat kwn2 aku. Kadang2 aku seakan terpandang kelibat spt Abi sedang memerhatikan aku dr jauh. Ya Allah. Segala rasa bercampur. Aku harap Abi baik2 di sana. Aku langsung xberani call family aku di kampung bertanya ttg perkembangan Abi. Aku takut. Aku rsa tiada kekuatan utk itu. Aku biarkan shj ianya berlalu spt detik jam yg sedang berputar laju. Kawan2 ku sempat memberi kata2 semangat mengatakan yg mereka yakin Abi masih kuat dan dia hanya cedera ringan. Kata2 penyedap hati., Mereka menghantar ku hingga ke pintu perlepasan. Dan mendoakan aku spy menjaga diri dan kembali semula ke universiri meneruskan pengajian.
Tepat pukul 8.30 pagi flight ke Penang berlepas. Aku duduk sebelah cermin tingkap. Dapat melihat awan dan pemandangan nya teramat cantik. Tapi aku langsung tidak berminat dan hiraukn semua itu. Airmata ku terus mengalir dan mengalir mengenangkan Abi dan Fayyadh di sana. Tepat pukul 10.00 aku tiba di Penang Airport. Yang amik aku masa tu adik perempuan aku dgn tunangnya. Aku nmpak tunangnya yg tunggu di hadapan pintu masuk airport. Aku brjln bersamanya menuju ke kereta. Adik aku tunggu di kereta dan bersalam dgn aku. Dia xbyk berbicara. Aku lihat matanya bengkak. Aku lihat bahagian blkng kereta penuh baju Fayyadh dan juga baju melayu ayah dan kopiahnya. Aku takut. Aku dpt rasakan sesuatu. Aku ingin tahu tapi tidak ada kekuatan utk brtanya. Kami bertolak terus ke Kedah. Dalam kereta, aku hanya diam. Aku dapat lihat adik perempuan aku asyik menyapu airmatanya. Begitu juga tunangnya. Aku diam. Aku xmahu fikirkan apa2. Aku takut sgt masa tu. Aku yakin Abi masih ada.
Setibanya di kampung Abi, aku lihat ramai org kampung telah berkumpul. Ramainya seperti ada kenduri kahwin. Aku lihat kelibat adik lelaki ku juga sedang menunggu aku. Turun je aku dari kereta aku tanya adik lelaki aku, “Mana abg?” Adik lelaki ku hanya menjawab, suamiku masih di hsopital. Aku tak berani nak tnya lagi. Aku diam. Aku berjalan menuju pintu rumah suami ku. Walau langkahku berat aku gagah juga melangkah. Sambil aku berjalan aku terdengar seorg pakcik bertanya bila jenazah akan dikebumikan. Jawab seorng pakcik lagi, jenazah akan dikebumikan setibanya isteri si mati dari Johor. Waktu tu aku kelam, Terasa kaki ku tidak berpijak di bumi lagi. Air mata aku laju mengalir. Ya Allah! Abi dah pergi. Pergi meninggalkan aku. Namun aku masih menyedapkan hatiku lagi. Mengatakan semua yang aku dengar tadi hanyalah khayalan ku semata. Aku cepatkan langkah kaki masuk ke rumah. Aku tidak memandang kiri atau kanan lagi. Aku terus masuk ke dalam bilik. Aku lihat ibu ayah dan kakak2 ku semuanya ada di dalam bilik. Semuanya memandangku dengan wajah yg sedih, sebam dan merah mata. Perkataan pertama yg keluar dari bibir aku ketika itu, “Mana Abg?” . Seorng pun tidak menjawab soalan aku. Aku tanya lagi. Ketika itu ibu aku datang memeluk aku dan berkata “Allah lebih sygkan dia”. Tika itu aku terduduk. Allah! Aku menangisi pemergian Abi. Aku menangis sambil memanggil nama Abi. Tika itu satu rasa yg hadir di hati, perasaan kehilangan yg teramat sedih yg tidak boleh aku gambarkan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Sedang aku menangis. Mak bawakan anak kesayanganku Fayyadh. Dia berikan Fayyadh padaku. Masa tu baru aku sedar yg aku masih ada Fayyadh. Allah! Masa melihat wajah Fayyadh satu perkataan hadir di bibirku. Alhamdulillah. Aku masih ada Fayyadh peneman aku. Zuriat aku bersama Abi. Aku cium Fayyadh. Aku peluk Fayyadh. Aku cakap dalam hati. “Umi masih ada. Umi akan jaga Fayyadh hingga akhir hayat umi.” Aku seperti dapat merasai Abi juga sedang sedih dengan apa yg sedang aku lalui sekarang. Mungkin dia juga tidak mahu pergi meninggalkan aku dalam keadaan begini. Jika aku terus terusan bersedih, Abi mungkin tidak akan tenang di sana dan dapat pergi dengan baik.
Aku bangun dan berikan Fayyadh pada mak. Aku bersihkan diri, mandi dan amik wudhuk. Aku capai Al-Quran dan aku baca. Aku cuba untuk mengawal perasaan aku. Aku perlu kuat. Aku perlu yakin dengan ketentuan Allah. Aku perlu redha. Sementara menunggu jenazah Abi pulang., aku terus terusan membaca Al-Quran. Surah yg selalu aku bacakan buat Abi sebelum tidur, Surah Al-Mulk. Kali ini aku bacakan berulang kali buatnya di dalam keadaan berbeza. Sehinggalah jenazah tiba. Setibanya jenazah di rumah, Abi dah siap dikafankan begitu juga adiknya. Aku minta untuk bukakan kain kafan nya supaya aku dapat lihat wajah Abi buat kali terakhir. Ketika kain kafan dibukakan, aku rasa sedikit gentar kerna takut jika2 wajah Abi tidak sempurna kerna Abi meninggal sebab kemalangan. Namun aku kuatkan juga untuk melihat wajahnya. Aku duduk betul2 di sisi kiri kepala Abi. Aku dapat lihat wajah Abi tidak ada sebarang cacat celanya. Kulitnya putih bersih dan bercahaya. Matanya tertutup rapat spt Abi sedang tidur. Bibir Abi menguntum senyum sama seperti Abi selalu senyum kepadaku. Janggutnya panjang tidak seperti kebiasaan. Teringat aku kali terakhir aku berjumpa Abi seperti kebiasaan aku ingin memotong janggutnya namun hari itu Abi tak mahu memotong janggutnya. Bila aku tanya kenapa, Abi jawab kali ini biarlah janggutnya panjang seperti janggut Nabi SAW. Allah! Abi seperti tahu yang dia akan kembali menemu PenciptaNya. Aku raba atas kepala Abi untuk melihat rambutnya. Aku lihat kesan jahitan yang besar disebabkan ‘post mortem’ ke atas jenazahnya. Aku menangis, Tapi tangisku di dalam hati. Pada ketika itu aku sedar kini Abi telah kaku. Aku tidak boleh lagi berbual dengan Abi spt selalu. Aku tidak mampu lagi mendengar suaranya. Aku tidak boleh lagi melihat anak matanya. Tiada lagi kata sayang dari bibir abi yang selalu memanggil aku dengan panggilan itu. Aku kesat airmataku. Untuk yg kali terakhir, aku cium dahi Abi. Sejuk. Harum. Aku katakan dalam hati. Semoga Abi pergi dengan tenang dan aku redha segala2nya sepanjang aku bersama dia. Tiada apa yg ku simpan di dalam hati ini. Abi memang seorng suami yg terbaik di sepanjang hidup ku. Sehingga jenazah dikebumikan, aku lihat segala urusan berlaku dengan cepat dan lancar. Segala2nya cepat. Itu yang aku dapat lihat ganjaran buat seorng anak yg selalu berbakti kpd org tuanya.
Usai urusan pengurusan jenazah Abi, senja itu hujan turun selebat2nya. sehingga ke lewat malam seperti menangisi pemergian Abi. Dan seperti seakan tahu gelora di hati aku ketika itu sama seperti titis hujan di luar sana. Malam pertama Abi di alam sana, begitu juga malam pertama aku tanpa ditemani Abi di sisi sampai bila-bila. Aku tidak dapat lelap. Aku melihat Fayyadh yg sedang nyenyak tidurnya. Sesekali Fayyadh terjaga spt biasa inginkan susu. Aku panik. Selalunya sambil aku membuat susu, Abi akan turut bangun memangku Fayyadh sambil mendodoi dan memujuk anak kesayangan nya itu sehingga aku datang bawakan susu. Kali ini, aku terpaksa memangku anak ku sambil membuat susu. Tika itu airmata aku mengalir teringatkan Abi. Allah! Aku perlu kuat utk hadapi semua ini kerna ini yg perlu aku lalui skrg.
Hari terakhir aku di kampung, sebelum aku terbang ke Johor. Aku ziarah pusara Abi. Aku bacakan Yassin dan sedekahkan Al Fatihah buat Abi. Tika itu hari sudah semakin senja, sambil aku doakan buat Abi di sana, aku bisikkan aku akan pulang suatu hari nanti untuk ziarah Abi di sini. Biar masa dan keadaan merawat hati ku ini. Biar kekuatan dan tenang jiwaku membawa diri kembali meziarahi Abi di sini. InsyaAllah.. Senja itu juga, hujan rintik-rintik, airmata aku mengalir lagi. Selepas beberapa kaki melangkah, aku toleh melihat pusara Abi aku bisikan dalam hati akan sentiasa menyayangi Abi walau di mana Abi, siapa Abi dan kita berbeza kini kasih syg aku tidak akan pernah sepi dan aku berjanji akan menjaga Fayydh sebaik mungkin spt yg Abi selalu inginkan yg terbaik buat anaknya. Aku tahu Abi ada di situ, mungkin sedang memerhati.. InsyaAllah Abi..
“(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
Surah Al-Baqarah:156
/AllahisEnoughforMe/17 April ’15/at hostel and miss Abi so much. Dear Allah, i love him..
– Iman
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit