Kau Pilih Dia

22 April 2022, akan ku ingat tarikh ini kerana pada hari ini aku sedar aku perlu move on dari hidup kau. Aku coretkan di sini agar kisah ini menjadi pengajaran buat semua supaya jangan terlalu berharap pada manusia.

Dari awal perhubungan, kau tahu bahawa aku serius dalam perhubungan ini dan aku berharap agar perhubungan ini hingga ke alam perkahwinan. Hampir 8 bulan perkenalan kita, mungkin bagi kau ini bukan waktu yang lama tapi tidak bagi aku.

Masih ku ingat bagaimana kau buang aku begitu sahaja dari hidup kau tanpa sebarang penjelasan pada mulanya, masih ku ingat setiap kata-kata kau yang sungguh tajam dalam menyakiti hati aku.

Tidak akan ku lupa hanya beberapa hari sahaja sebelum menyambut Ramadhan peristiwa ini berlaku.

Aku perasan sudah beberapa bulan kau seperti jauh dari aku mungkin sejak awal tahun ini. Tidak membalas whatsappku seperti selalu, tidak mengangkat call ku seperti selalu, kau sudah mengabaikan aku.

Namun, kita masih meluangkan masa bersama-sama dan kali terakhir hanyalah 3 minggu sebelum peristiwa ini. Tanda-tanda itu telah ku sedar namun kerana terlalu sayang aku abaikan semua itu.

Pada tanggapan aku, kau terlalu sibuk dengan perniagaan sendiri yang kau jalankan. Menjadi founder, menguruskan pekerja, dropship dan sebagainya di bawah tanggungjawab kau.

Tidak perlu aku nyatakan founder apa di sini kerana aku masih mahu menjaga periuk nasi kau.

Aku masih ingat saat itu kita tidak menghubungi satu sama lain untuk beberapa hari. Aku memberi pesanan whatsapp untuk kau, sama ada aku ada berbuat salah dan aku menyatakan supaya kau memberitahuku sekiranya kau sudah tidak mahu aku lagi.

Tidak ku sangka, yang aku mahukan kau memujuk aku. Namun, sebaliknya berlaku, kau meminta kita membawa haluan masing2. Kata kau aku layak mendapat seseorang yang boleh memberi aku perhatian seperti yang aku mahukan.

Maaf atas segalanya. Kau berharap aku akan menemui orang yang jauh lebih baik dari kau.

Namun, aku cuba mempertahankan hubungan kita. Kau membiarkan aku merayu tanpa belas ihsan. Kau nyatakan perasaan tidak boleh dipaksa.

Bila aku bertanya kenapa kau berubah? Kau nyatakan kau tidak pernah berubah, diri ini adalah diri kau. Aku yang selalu mencari kau.

Aku yang selalu mengucapkan ucapan selamat pagi dan I love you dan bukan kau. Kerana kau tiada perasaan itu. Mudahnya kau memberi alasan dan menghancurkan hatiku sedalamnya.

Tajamnya kata-kata kau tidak akan pernah aku lupa, kau sudah menggunakan kata-kata kasar kepada aku yang tidak pernah kau ungkapkan selama ini.

You are bullshit, you are eager, aku menyesal bawa kau masa wedding kawan aku, kau pikir aku nak sangat bawa kau ke, aku just terlupa hari itu ada wedding, kau tak perasan ke aku dah stop talking dengan kau, dan pelbagai lagi.

Ayat kau you not deserve all this. It is my fault for not leaving you earlier when I already did not have feelings for you back then. Jadinya selama berbulan kau mengabaikan aku adalah kerana kau sudah tidak mempunyai perasaan kepada aku?

Namun, setiap tindakan yang kau lakukan sehingga sebelum kita berpisah adalah hanya berpura-pura dan simpati kepada aku?

Ucapan yang kau ungkapkan sayang cantiknya, always asking me sayang teringin nk mkn mana dan segala tindakan yang kau buat pura-pura?

Its so evil if you just did that for sympathy. Sejujurnya, aku terkejut kerana kita sering meluangkan masa bersama2.

Surprisingly, setelah kau meminta hubungan kita diputuskan. Kau immediately block aku dari social media dan instagram perniagaan kau.

Dan apa yang lebih mengejutkan kau terus memuat naik shortform nama perempuan itu di dalam Instagram kau. Di mana kau curang rupanya. Itu semua alasan kau. Kau telah berhubungan dengan perempuan itu semasa kau di dalam perhubungan dengan aku.

Aku perasan kau ada memuatnaik sesuatu di dalam Instagram kau beberapa bulan lepas, dan aku mempunyai perasaan bahawa caption itu bukan untuk aku.

Namun, akibat sayang aku masih berfikiran positive, rupanya itu adalah untuk perempuan itu.

Pada kau dan perempuan itu, tahniah kerana telah mempermainkan perasaan aku selama ini dan menyakiti aku sedalamnya.

Aku tahu perempuan itu tahu kewujudan aku dalam hidup kau namun kamu berdua boleh bergembira sekarang kerana aku percaya Allah akan membalas selanjutnya.

Tidak perlu ku kotori tangan dan mulutku untuk orang yang langsung tidak menghargai aku. Ingat jika lelaki boleh curang sekarang dan mungkin memburukkan aku kepada kau, tidak mustahil dia boleh berbuat benda yang sama pada kau.

Untuk perempuan itu, ya aku mengaku aku ada stalk kau dan aku tahu perbuatan itu akan menyakiti aku. Dan kau ada update di mana kau nyatakan kau merasai kemenangan apabila ex bf kau stalk kau ?

Kau boleh rasai kemenangan itu kerana kau telah merosakkan kebahagian orang lain. Kau boleh bertepuk tangan sesuka hati kerana balasan Allah itu pasti.

Untuk lelaki itu pula, selama ini kau tuduh aku mempunyai scandal di mana tak pernah sekalipun terlintas di dalam hati aku untuk bertindak curang pada kau.

Namun lihat, kau sendiri yang curang padaku. Kau sendiri yang pernah cakap what goes around, comes around bila kau tuduh aku mempunyai scandal lain. Moga ayat itu berbalik pada kau.

Aku percaya di dalam sebuah perhubungan communication is the key. Nothing is perfect in this world including you and me. If ada salah aku yang kau tidak suka patutnya kau cuba fix. Kau punya pilihan.

Daripada mempermainkan perasaanku sehingga berbulan2 dan mempunyai perempuan lain di belakangku.

Kau boleh meminta hubungan kita diputuskan dengan cara yang baik. Tapi, malangnya kau memilih jalan untuk menyakiti hatiku. You are playing victim.

You are just play with the flow and waiting for me to ask about it first. You just dont way to say it first. And you said you dont want to make me hurt. You have your own reason. But hey, you already did that by hurting me so much.

You are looking at my imperfection and not prefer to fix it and find someone else. Yes, dia mungkin lebih matured, older than us, lebih menghargai kau, lebih memahami kau, mempunyai follower di FB yang ramai membuatkan kau mudah berubah hati untuk dia.

You are not even apologize at all at first for what you did to me, Yes, aku yang turunkan ego aku dan baru kau memohon kemaafaan yang aku tahu tidak ikhlas sama sekali.

Not only that, kau gunakan alasan kita kenal bukan lama sangat, kita tak betul2 declared pon. Kau ingat kau sendiri yang cakap kita dah comfortable no need to declare at all.

Kau tidak pernah nampak ke effort aku selama ini? Aku tahu semua kekurangan kau namun aku masih memilih untuk bersama.

Aku drive jauh2 untuk jumpa kau sebab aku tahu kau sibuk. Aku support business kau dengan beli barang apa yang kau jual.

Aku tolong kau bagi review. Aku tak pernah skip IG live yang kau buat untuk support kau. After live, kau akan chat aku and cakap thank you sayang for support me. Jadinya semua yang kau ungkapkan adalah pura-pura?

Kau mungkin boleh hidup seperti biasa, kau mungkin boleh jalankan perniagaan kau seperti biasa kerana kau ada orang di samping kau.

Namun, percaya Allah sedang melihat kau. Orang kata lihat lelaki pada saat dia marah. Aku dah lihat kau dan ingat kata-kata kau adalah cerminan diri kau. Mungkin ini yang Allah nak tunjuk peribadi kau yang sebenarnya.

Tapi, sejujurnya aku sedar Allah telah mempersiapkan yang sebaiknya untuk aku. Allah menjauhkan sesuatu yang tidak baik dari aku.

Aku berharap satu hari nanti kau sedar apa yang kau telah buat pada aku. Jangan risau, aku akan move on dari kau.

Cause honestly you are not deserve my love, effort or even tears. Untuk anda semua, jangan pernah meletakkan cinta kepada orang lebih dari cinta kita kepada Allah.

Thank you Allah for making me realize all this before its too late and protect me from everything.

– Gadis Tersakiti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *