Kau Sedar Tak Kau Biseksual?

Terima kasih kepada admin sebab sudi ‘publish’ cerita aku ni. Aku cuma nak kongsi cerita ni pada semua pembaca supaya korang terbuka hati dan minda tentang masalah yang aku hadapi. Aku ada masalah mental health. Tapi aku tak pernah ‘check’ dengan pakar psikatri pun. Ini cuma apa yang aku rasa dan aku tahu benda ni adalah masalah mental.

Korang mesti biasa dengar pasal pengkid. Tomboi. Mak nyah. Tapi biasa tak dengar pasal biseksual? Biseksual ni, seseorang yang boleh suka pada dua-dua jantina. Dia boleh suka pada perempuan dan dalam masa yang sama dia boleh syok dekat lelaki atau sebaliknyalah. Bagi yang normal, yang hanya suka pada satu jantina je, mesti korang rasa orang macam ni gila kan? Macam mana dia boleh suka sama jantina? Orang macam ni boleh jadi dia lesbian atau gay, kalau dia tak kawal diri dia.

Sebenarnya, dalam cerita ni aku nak bagitahu yang menjadi seorang lesbian atau gay BUKAN takdir. Ia adalah sesuatu yang boleh dirawat dan dikawal. Begitu juga menjadi seorang biseksual. Aku setuju benda ni kita bukan minta tapi macam mana ia datang tu adalah bergantung pada sikap dan cara kita ‘benarkan’ dia datang dalam diri kita.

Aku bagi contoh, kalau kau cakap kau ditakdirkan menjadi seorang gay atau lesbian dan benda tu tak boleh dirawat, kau tipu. Sebabnya kau yang izinkan benda tu datang dalam hidup kau. Macam mana kawan-kawan kau? Kalau kau lelaki, then kau lebih banyak berkawan dengan lelaki tapi berkawan yang tanpa kawalan. Kau tidur sama-sama sebantal. Kau tak letak ‘gap’ atau batas dalam pergaulan kau, sampai kau tak beri peluang pada diri kau untuk menyukai perempuan.

Akhirnya kau pun tiba-tiba tak sedar yang kau dah tersuka pada lelaki. Lepas tu, kau ‘claim’ yang kau jadi gay dan tak boleh berubah. Kau ‘claim’ “Ini semua takdir”. Sampailah kau sibuk nak perjuangkan perasaan kau supaya semua manusia yang normal terima cara hidup kau yang songsang. Sama juga kaedahnya kalau kau perempuan. Kau tak kawal dan kau biar benda tu bersarang dalam jiwa kau. Adil ke macam tu dengan Tuhan?

Aku percaya, semua ni datang kerana kehidupan masa kecil kita. Kebanyakkannyalah. Mungkin tak semua masa kecil dia macam ni. Kalau aku, masa kecil aku dikelilingi kawan lelaki. Aku cuma ada sorang je kawan perempuan dan kawan perempuan tu pula sama macam aku, kitorang nak jadi macam lelaki. Pakai pakaian lelaki dan bermain seperti lelaki. Sampai lelaki mengacau budak perempuan pun, kami ikut kacau. Seolah-olah kami juga lelaki.

Sampai aku masuk sekolah menengah, aku tak sedar yang aku tersuka kawan perempuan aku. Sekolah aku pula jenis yang tak bercampur dengan lelaki. Jadi sejak sekolah menengah, aku hanya berkawan dengan perempuan. Perasaan tu seolah sebati dalam diri aku. Tapi dalam masa yang sama aku boleh suka lelaki. Aku dapat rasa yang ada lelaki kacak yang aku mahu jadikan teman lelaki.

Perasaan tu terlalu kompleks dan semua orang tak mungkin rasa macam mana aku rasa. Sampai sekarang perasaan itu masih ada. Tapi aku cuba kawal dengan iman. Pentingnya iman kita dalam mengawal perasaan sebegini. Kalau kita tak ingat tuhan dan tak letak iman nombor satu dalam hidup kita. Kebarangkalian untuk kita terus hanyut dalam percintaan sama jantina itu memang besar. Boleh jadi je perempuan suka pada aku juga dalam keadaan karakter aku yang mudah menyentuh hati orang lain.

Kadang-kadang aku rasa takut bila ada perempuan yang nak dekat dengan aku. Nak jadi kawan rapat aku, sebab aku takut aku akan tersuka pada dia. Susah tau perasaan tu. Tapi aku nak ingatkan pada korang yang sama menghadapi situasi ni, korang kena tahan perasaan. Jangan ikut perasaan suka korang tu. Setiap kali korang rasa tersuka, korang kena ingat Allah. Istighfar. Sebab perasaan tu semua datang bersama-sama godaan syaitan dan nafsu syahwat.

Satu lagi aku nak ingatkan, yang benda ni takkan senang-senang hilang kalau korang dah kahwin sekalipun. Ramai je yang hadapi masalah ni bila dah berumahtangga. Sebab perasaan ni dari dalam. Dia tak hilang dengan mudah. Sebab tu penting kita kawal dan sandarkan segalanya pada Allah supaya kita terus terpelihara dari perkara-perkara maksiat yang tidak kita sedar.

P/s : Aku cerita ni bukan nak buka aib aku. Aku cuma nak kongsi pada korang yang mungkin menghadapi situasi yang sama dengan aku tapi korang tak tahu nak buat apa. Walaupun korang tak normal macam orang lain, benda tu bukan tiket untuk korang jalinkan cinta songsang. Korang kena kawal. Ingat pesan aku ni, korang kena kawal perasaan tu. Biseksual adalah suatu penyakit yang boleh dirawat dan dikawal bukan takdir yang kau sendiri ‘claim’ dan kau layan sampai kau lupa, kau sedang bermaksiat.

– Tiada Nama (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *