Kau Tak Reti Kenang Jasa Baik Orang

Baru-baru ini kakak aku baru sahaja di ijab kabulkan. Aku serta keluarga bersusah payah cuba untuk menjadikan majlis perkahwinan ini begitu bermakna baginya..

Sebelum akad nikah,

Aku serta keluarga mengemas rumah. Alangkah letihnya ibu bapaku kerana terpaksa mengangkat kerusi meja, pasu-pasu, mengecat rumah bahkan membaiki atap rumah yang sering bocor.

Lihat saja pada umur mereka. Mereka sangat tua dan tidak bermaya. Namun semangat untuk memberi kenangan terindah untuk anaknya. Mereka sanggup melakukannya.

Uang-uang di bank di guna habis sehingga makan minum mereka sendiri tidak terjaga. Sihat sakit mereka tidak di peduli. Bahkan anak-anak yang lain dimarahi jika tidak membantu..

Namun apa yang sangat menyakitkan, anak mereka yang ingin berkahwin itu langsung tidak ambil tahu tentang ibu bapanya.

Malah bertanya soalan pun tidak, bahkan dia pula yang memarahi ibu bapaku kerana tidak pandai menjaga hatinya dan sering melukakan hatinya.

Ibu bapa ku masih bersabar mahupun jauh dilubuk hati mereka, mereka sangat kecewa.

Pada hari mereka diakadkan. Ibuku memarahinya kerana terlalu lambat bersiap. Lalu keluar dari mulutnya “mak ni tak reti sabar ka, kalut la mak ni. Tak nampak ka orang tengah buat apa”.

Saat itu ibu hanya mampu terdiam dan menahan sebak didada.

Kakak ku juga kebetulan membawa pulang rakannya yang tinggal di pantai timur. Perjalanan menaiki kapal terbang mengambil masa 4 jam lamanya.

Kerana ikatan persahabatan. Rakan kakak ku datang 4 hari sebelum perkahwinannya.. malangnya kakak ku melayaninya seperti sampah dan tidak langsung memperdulikannya.

Bahkan tidak langsung bersembang miskin pun rakan nya itu bermalam dirumah kami.

Dan apa yang lebih malunya rakannya itu lebih banyak membantu dari dia.

Rakan dia lah yang membantu ibu di dapur. Rakan dia lah yang bantu basuh baju. Rakan dia lah yang bantu mengemas rumah…

Malam setelah selesai perkahwinan,

Malam ini malam yang ada upacara memotong kek dan sedikit ucapan. Aku dan keluarga menanti-nanti ucapan yang keluar dari mulutnya.

Alangkah sedih dan hancurnya bila dia hanya berterima kasih kepada keluarga suaminya sahaja.

Dan tidak langsung menyebut ibu ayah kakak ke-2 abang aku mahupun adik lelaki ku…

Bertapa dia tidak langsung fikir bertapa letihnya kami kerah tenaga deminya..

Lalu ibu berkata setelah selesai majlis, “mak cuma mengharapkan dia tidak lupa jasa kita padanya”

Dan dia juga tidak langsung berterima kasih kepada ibu dan ayah kerana telah menghadiahkn percutian ke indonesia. Tetapi hadiah orang lainnya di ucapkan terima kasih…

INGAT WAHAI TEMAN , BUKAN JASA YANG KITA MINTAK. BUKAN BUDI YANG KITA MINTAK. CUMA KITA MINTAK SUPAYA BERFIKIRLAH SIAPA YANG LEBIH BANYAK BUDI DAN JASA PADAMU KETIKA KAU SENANG ATAU SUSAH.

Dan hormat la ibu bapa mu kerana jasa dan budi mereka tidak dapat dibalas jika dibandingkan dengan harta dan duit yang berjuta2 sekalipun.

– HatiTerpecah~ (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *