Dekat tempat kerja, ada satu perempuan ni nama dia Ekin. Ekin tua 6 tahun dari aku.Â
Orang nya sangat garang, tegas dan tak bersosial sangat. Tapi dia sangat-sangat cantik dan tak nampak macam 36 pun.Â
Kerja hampir 3 tahun kat sini, aku akui hati aku telah tersuka dengan cara Ekin. Aku berhasrat nak menyunting dia jadi isteri ku.Â
Kat office aku rapat dengan satu abang senior ni. Aku panggil dia abang Razi. Abang Razi dan Ekin ni kira dah lama kerja situ. So mereka agak rapat jugak la. Dekat abang Razi aku bagi tahu isi hati aku.Â
Tapi abang Razi kata lupakan ja la niat aku tu. Sebab ramai dah try Ekin tu tapi tak pernah berjaya. Ekin tak akan layan pun.Â
Dia kata dari ko buang masa nak tackle dia, baik ko tackle kucing ja. Kurang-kurang dia meow kat ko. Dari Ekin tu silap-silap dia malu kan ko.Â
Abang Razi kata Ekin tak nak kahwin dah. Sebab dulu dia pernah bertunang. Tapi tunang dia meninggal dalam kemalangan. Masa tu lagi beberapa bulan dorang nak kahwin. Bekas tunang dia tu polis.Â
Ekin kononnya masih mencintai tunang dia dan nekad tak nak kahwin sampai bila-bila sebagai tanda kesetiaan dia pada bekas tunang dia tu.Â
Aku tak tahu la nak percaya ke tak kata abang Razi. Tapi kalau aku wasap Ekin lain dari kerja dia memang tak balas. Dengan siapa pun dia macam tu. Dia bercakap hal kerja ja.Â
Ada sekali tu kawan office ajak main badminton. Aku saja whatsapp Ekin ajak join, tapi dia tak balas pun. Esoknya dekat pantri dia warning aku.Â
Dia kata jangan nak sibuk mesej selain hal kerja kalau tak nak kena blok atau dimalukan depan orang.Â
Mula tu aku takut jugak sebab kegarangan dia luar biasa. Lepas tu aku terfikir, aku niat baik, kalau tak usaha mana nak dapat.Â
Aku bukan muda lagi, umur dah nak masuk 31. And aku pun dah bersedia untuk berumahtangga. Dan calon yang aku berkenan adalah Ekin.Â
Tapi aku bukan nak paksa Ekin, kalau dia tak berkenan aku tak paksa. Tapi aku nak usaha untuk berkawan dulu.Â
Kan setengah perempuan dia nak tengok effort kita sejauh mana. So aku fikir Ekin pun macam tu jugak.Â
Dan aku rasa aku tak de kurang apa pun. Aku ada rupa, kerja tetap, saving, kereta H walaupun 2nd hand, dan rumah sendiri walaupun hutang.Â
Family aku pun kecik ja. Aku tinggal dengan mak aku ja. Abang aku dah kahwin ada keluarga sendiri.Â
So biasa perempuan kan suka ciri-ciri macam aku ni. Sebelum ni aku kawan dengan perempuan semua tak menjadi. So lama jugak aku single.Â
Ada ja perempuan nak, tapi aku macam tak berkenan. Tapi dengan Ekin ni hati aku rasa ada getaran.Â
So aku beranikan diri call dia malam tu. Niat aku nak suruh mak aku masuk meminang kalau dia setuju. Tinggi betul cita-cita aku kan.Â
3 kali call dia tak jawab. Lepas tu dia whatsapp tanya ada apa ye. Aku balas ada hal nak tanya. Dia tanya hal apa. Aku kata nak cakap boleh. Dia kata boleh mesej kan.Â
Aku kata tak boleh. Kalau mesej boleh salah faham. Dia tanya berkenaan apa ye. Aku terdiam sekejap masa ni, kalau aku cakap personal, mesti dia tak kan layan. So aku tipu dia cakap hal kerja.Â
Pastu dia terus call aku. Salam aku pun dia tak jawab, terus dia tanya hal apa aku nak cakap tu. Suara dia macam biasa la, garang tegas dan nada tinggi.Â
Aku mintak maaf kat dia. Aku kata aku tipu ja, sebenarnya aku nak masuk meminang dia. So nak tanya dia setuju ke tak.Â
Terus dia matikan call dan blok aku. Terkejut aku. Tak dapat nak pujuk dia apa-apa. Malam tu tak boleh tidur fikir macam mana nak semuka dengan dia esok.Â
Esoknya kat tempat kerja, dia buat macam biasa, aku pun sama. Tapi dalam hati rasa cemas dan malu sangat.Â
Aku cerita kat abang Razi, abang Razi gelakkan aku ja. Aku rasa sedih la. Aku mintak tolong abang Razi sampaikan niat aku.Â
Abang Razi kata tak boleh tolong la. Dia tak nak gunung berapi meletup. 2 3 hari aku termenung, sebab aku ikhlas dengan Ekin. Tak tahu macam mana nak luah perasaan aku kat dia.Â
So masa hari jumaat tu, biasa jumaat staff cabut awal. Aku belum keluar solat lagi, dan kebetulan Ekin pun tak keluar. Ada kat meja dia tengok korea.Â
So aku fikir ni peluang yang baik, sebab staff lain dah tak de kat situ. Yang ada pun mungkin bos2. Tu pun kat bilik dorang. So aku terus pergi meja dia.Â
Aku cakap, Ekin saya suka dengan awak betul-betul. Bukan main-main, tolong la bagi saya peluang untuk kenal awak.Â
Masa ni aku gagap-gagap cakap dengan dia. Aku tak biasa luah perasaan kat perempuan macam ni. So rasa nervous sangat. Tapi aku beranikan diri jugak, kononnya anak jantan.Â
Sebelum ni aku kawan dengan yang muda dari aku, rasa tak susah macam ni. Budak muda senang nak pikat, tapi perempuan tua lagi susah rupanya.Â
Tapi dia buat bodoh ja tengok korea, seolah-olah aku tak wujud pun. Pastu aku cakap lagi, tapi aku menyesal cakap ayat ni kat dia.Â
Aku kata, orang yang dah pergi tu tak usah la kenang lagi. Awak ada kehidupan awak jugak, dah jodoh awak bukan dia. Kenapa nak sia-siakan hidup pada orang dah tak de.Â
Mungkin aku tak sepatutnya aku cakap macam tu kan. Kalau boleh putar masa aku tak nak cakap macam tu.Â
Sebab dia naik angin sampai hempas file. Dia cakap hey’ sambil tunding jari kat muka aku.Â
Dia kata ko tu siapa ye nak sibuk hal aku. Ada aku kacau hidup ko ke, yang ko nak sibuk kacau aku dah kenapa.Â
Aku dah kata jangan kacau aku kalau bukan hal kerja. Dah lama sangat ke hidup? Ni last ye aku cakap, kalau ko tunjuk muka kat aku lagi, aku report kau buat ganguan seksual ye.Â
Masa ni suara dia dah tinggi, aku dah cuak betul masa tu. Kebetulan bos kami yang gred 48 tu keluar. Dia tanya kenapa ni Ekin.Â
Aku sebenarnya tak suka pegawai tu. Perangai dia kerek sikit. Terutamanya kalau depan perempuan. Bajet bagus ja. Ekin diam masa tu. Muka dia merah menahan marah.Â
Aku pun diam jugak. Speechless dan rasa malu. Masa tu pegawai kami tanya, dia ni buat gangguan seksual ke kat awak? Saya dengar awak sebut tadi.Â
Ekin pandang aku tajam lepas tu dia kata, last eh saya bagi chance kat awak. Better mind your own business kalau tak nak dapat masalah. Dasar budak mentah.Â
Ayat last dia tu rasa sangat pedih untuk aku. Kalau dia rasa aku muda dari dia dan itu alasan dia, dia boleh ja cakap baik-baik, kenapa nak hina aku macam ni.Â
Ekin lepas cakap tu terus blah dari situ. Tingalkan aku dengan bos aku tu. Bos tu macam tak puas hati dengan aku.Â
Dia pangil aku masuk bilik. Aku jelaskan aku tak buat ganguan seksual pun kat dia. Aku bagitau la aku suka dia aku nak kahwin dengan dia.Â
Bos tu pun tinggi suara dengan aku. Dia kata ni tempat kerja, kalau ada urusan peribadi, kat luar, bukan kat sini.Â
Ekin staff lama kat sini, kalau saya tak ambik tindakan, nanti Ekin rasa saya tak adil dan tak jaga kebajikan staff. So saya akan hantar surat amaran dekat awak.Â
Aku terus tercengang, aku cakap la aku tak sengaja. Aku mengaku aku salah cakap hal peribadi kat pejabat. Tapi sumpah aku tak buat ganguan seksual pun.
Aku merayu yang aku tak akan ulang lagi. Sebab surat amaran tu boleh effect future aku.
Tapi pegawai aku tu kan nak tunjuk bagus depan perempuan. Dia tetap teruskan dengan tindakan dia.
Dia kata sebab dia dengar perkataan tu dari mulut Ekin, walaupun dia tak nampak, tapi sebab aku berada di meja Ekin, jadi dia kena ambik tindakan.Â
Masa solat jumaat, aku memang tak kusyuk langsung. Hati aku gelisah sangat. Macam2 la aku doa kat Allah.Â
Lepas tu dalam group tiba-tiba kata ada meeting pukul 3.30. Dalam meeting tu ada bos atasan kami jugak.Â
Pegawai yang 48 tu cakap, hari ni berlaku satu insiden yang tak sepatutnya berlaku. Bla bla bla. Dia malukan aku kaw2 dalam tu.Â
Aku memang tertunduk malu ja la. Semua orang curi-curi pandang aku masa tu. Ekin pun ada dalam meeting, tapi dia diam ja pandang bawah. Lagipun dia duduk kat belakang sekali.Â
Dalam meeting pegawai tu tak cakap la mangsa tu sapa. Tapi cara dia mention tu, orang boleh tahu pelaku tu adalah aku walaupun dia cakap secara tersirat.Â
Tapi yang bagusnya, surat amaran tak dikeluarkan sebab mangsa tak buat aduan.
Lepas tu kononnya depa bagi amaran secara lisan dulu sebab bos aku melihat kejadian tu. Tapi kalau berulang lagi, tindakan tatatertib akan hai aku.Â
Aku rasa sangat sedih dan sangat malu dengan kejadian tu. Tapi aku sedar aku jugak yang salah.Â
Petang tu aku share dengan abang Razi. Abang Razi marah aku. Dia kata kan dah kata, lupakan ja Ekin tu. Kan dah di malukan.Â
Aku setuju la dengan abang Razi. Aku nekad nak lupakan Ekin. Tapi kejadian tu sangat mengaibkan aku dan aku rasa dianayai ja.Â
Aku nekad la isnin ni nak mintak pertukaran walaupun entah lulus ke tak. Bila datang office aku dah tak bersemangat. Aku hanya duduk kat tempat aku ja.Â
Selalu aku ceria dan periang jugak la. Tapi lepas kejadian tu aku jadi pendiam dan rasa kemurungan. Orang pun agaknya faham dengan perubahan aku. Mujur orang kat situ dah tak busybody sangat.Â
Sebab frust dengan kejadian tu, aku bagitau mak aku suruh carikan aku jodoh la. Sapa pun tak pe, aku kahwin ja.Â
Mak aku terus happy la. Dekat seminggu dah kejadian tu berlalu, aku memang tak pandang dah muka Ekin. Dan sentiasa elak dari tersemuka dengan dia.Â
Tapi ada sekali tu masa nak balik, aku terpaksa naik 1 lift dengan Ekin. Sebab nak elak dah tak boleh. Tapi aku rasa Ekin macam pandang aku. Tapi aku pandang hp ja. Tak peduli kat dia.Â
Sampai kat parking, Ekin panggil aku. Terkejut aku. Aku dah rasa gementar. Trauma aku masih ada. Takut dia nak buat apa-apa ke sebab dendam.Â
Tapi dia mintak maaf dengan aku. Dia kata sorry sebab saya awak dapat malu. Dia kata dia rasa bersalah sangat dan tak sangka benda tu akan masuk dalam meeting.Â
Aku pun cakap, tak pe la. Saya pun nak mintak maaf sebab gangu awak selama ni. Aku nak masuk dalam kereta, dia macam tak bergerak masih kat sebelah aku. Aku nak cepat2 balik sebenarnya.Â
Tiba dia kata macam ni. Why saya. Ramai lagi perempuan kan. Aku cakap la entah la dah saya suka.Â
Dia asyik mengeluh ja. Dia kata Arif awak ni baik. Awak layak dapat perempuan yang baik, bukan saya. Lagipun saya tua sangat. Tak padan dengan awak.Â
Aku cuma balas ok ja. Langsung tak pertahankan apa2. Aku dah tak de hati dah nak bermadah atau nak pujuk dia apa2.Â
Aku dah makin tak selesa dengan dia. Sebab aku masih trauma dengan kejadian tu.Â
Dia pun macam diam ja lepas tu. Lagipun hari tu dia cakap aku budak mentah, lepas tu kenapa sekarang nak explain lagi.Â
Bagi aku tak perlu dah. Sebab aku dah terima alasan dia. Tapi aku malas nak gaduh apa-apa atau cakap apa2 lagi. Sebab aku takut dengan tuduhan tu. Tuduhan ganguan seksual tu berat untuk aku.Â
Nak jadi cerita, hari sabtu tu aku pergi mall bawak mak aku. Mak aku dulu operate lutut. So lambat sikit nak berjalan dan pakai tongkat. So aku dok pegang tangan mak aku, sambil tengok langkah dia.Â
Tiba dengar orang panggil nama aku. Tengok-tengok Ekin. Tapi dengan perempuan mana tak tahu la.Â
Aku dalam hati, kenapa tiba-tiba aku rasa dunia ni sangat kecik. Aku dah tak nak tengok dah muka dia.Â
Dia tanya mak ke. Aku kata ye. Tapi muka aku tak de dah la nak senyum ke apa ke. Ikutkan hati aku malas dah nak tengok muka dia.Â
Tapi cuma maintain professional sebab dia rakan sekerja aku. Dia salam mak aku, tanya sihat ke apa ke. Pastu mak aku tanya kerja sekali ke apa ke. Macam tu la. Ada la berborak dalam 5 minit dia dan mak aku.Â
Kami masa tu nak balik dah. Pastu dia bye2 aku. First time aku tengok dia senyum, lepas tu siap pesan kalau dah sampai rumah mesej la.Â
Aku dalam hati, aku mimpi ke. Atau maybe dia cakap macam tu sebab ada mak aku. Tapi kelakuan dia sikit pun tak ubah hati aku. Tak de pun aku mesej dia ke apa.Â
Mak aku pun dah cari jodoh untuk aku. Aku setuju ja. Budak tu umur 27, tapi tak kerja sebab tak dapat kerja. So dia tolong family dia berniaga.Â
Tak lama lagi aku nak bertunang. Tapi kat office aku perasan Ekin suka pandang aku, dan kalau tak de orang dia akan tegur dah makan ke. Tak pergi rehat ke? Macam tu la. Macam nak cuba rapat dengan aku.Â
Aku bagitau abang Razi, abang Razi kata entah2 Ekin dah suka aku. Dia suruh la aku masuk jarum. Siap dia nasihat dalam musibah ada hikmah.
Sebab abang Razi kata dia pun perasaan jugak Ekin ada ushar2 aku. Tapi aku tak berani la.Â
Aku perasan Ekin dah unblok aku. Siap save nama aku sebab aku dah boleh tengok status wasap dia.Â
Aku buntu la sekarang ni. Tiba rasa macam perasaan lama tu terbit balik. Dalam masa yang sama budak yang aku nak tunang pun ada contact aku. Sebab kedua2 family suruh kenal2.
So aku rasa dilema sekarang ni. Hati aku memang kuat kat Ekin.Â
Apa aku nak buat sekarang ye? Ekin sekarang ni dah tak garang macam dulu dah. Tak tau kenapa.Â
Kalau bab kerja, dia suka pilih aku sebagai partner untuk jaga kaunter. Dia bagitau orang buat jadual tu letak aku dengan dia.Â
So bila jaga kaunter sama2, dia kerap la bersembang dengan aku. Tanya macam-macam la. Macam nak mesra sangat, aku pun dah mula selesa balik dengan dia.Â
Patut ke aku batalkan tunang? Tarikh tunang aku lagi seminggu. Dilema betul rasa.
Aku nak cakap kat mak pun tak berani. Lagipun rasa kesian pulak kat bakal tunang aku. Dia pun macam dah sayang aku. Tapi aku sayang Ekin. .
Ekin pun tak tau lagi yang aku bertunang. Sebab takut dia tak nak kawan dengan aku dah. So aku rahsiakan hal tu.Â
Apa nak buat ni???
– Arif (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Â https://iiumc.com/submit
Sy rasa awk kena terus terang je dkt mak and bakal tunang tu sbb kalau awk teruskan jgk nnti di kemudian hari akan ada hati yg tersakiti.. drpd awk sakitkan hati bkl tunang tu kemudian time dh ada ikatan apa semua baik awk jujur skrg lg better
Better jujur awal2 dgn mak and bakal tunang tu kalau tak nnti akan ada hati yg tersakiti kemudian.. kesian bakal tunang awk xtau apa2
Solat istikharah dulu. Minta petunjuk dariNya.
lebih baik jujur dengan mak encik dan bakal tunang tu. nanti kemudian hari kesian bakal tunang tu. better selesaikan sebelum bertunang. semoga yang baik baik untuk encik.
Better ko terus terang ngan si Ekin nie dulu dia nak ko ke tak sebenarnya. dan ko patut jujur dgn mak ko & bakal tunang if Si Ekin tue terima ko & betul2 nak ko jadi suami.. dari kang ko terus terang ngan mak & bakal tunang, pastu tak jadi tunang then batal, tetibe si Ekin nie biasa2 je ngan ko, nanti ko yg rugi.. kan dah payah.. semua ko terlepas. tapi aku cakap betul, yg ko tak suka bakal tunang ko , ko pun tak bercinta ngan dia, buat apa ko nak tunang & start kenal ngan dia.. kan dah leceh jadi mcm nie.
Aku pernah kena reject. Umur aku 28 tahun. Perempuan yang aku suka umur 32 tahun tapi nampak macam budak tingkatan 5 muda cantik. Ramai lelaki suka mengorat, bukan aku je, dari budak budak sekolah menengah sampai pakcik uncle kaya CEO syarikat mengorat perempuan aku suka tu. Tapi dia tak pernah ada hati sebab katanya nak fokus kerjaya dan tak bersedia. Tak sedia sebab dia masih mahukan kebebasan dan bekas kekasih pertama dan terakhir dia buat dia trauma sebab suka kongkong. Perempuan ni memang cantik, kulit cerah berseri, kurus tinggi, badan cantik, muka baby face, hot stuff dari sekolah sampai sekarang. Aku tahu dari kawan aku yang sama sekolah dengan perempuan ni. Lepas aku confess aku nak serious dengan dia sampai aku over thinking. Dia slowly menjauh. Dia blocked WhatsApp dan phone number akue. Dan hilang from media sosial. Aku tak tahu macam mana nak cari dia. Rindu sangat nak chat sebab dia jenis perempuan matang, pemurah, menawan tak gedik walaupun sangat cantik ya. Kalau perempuan tu sebelah Sophia Al Barakhbah cantik perempuan tu lagi sebab pakai tudung pun hot. Orang baru jumpa pun cepat jatuh cinta sampai dia takut nak pakai cantik macam perempuan bekerjaya yang lain, dia suka dress down. Kalau dia dress up sikit auto cantik gila sampai sesiapa je yang suka perempuan cantik pasti jatuh hati. Tapi itulah orang dah tak mahu, aku pun belum ada kerjaya stabil, kerja contract belajar tak habis. Ada hati nak perempuan tu. Aku tak tahu macam mana nak cari. Rindu awak S. Awak tak macam perempuan cantik typical, awak ada cita cita, pendirian, citarasa dan langsung tak pandang harta benda dan keturunan orang walau awak dari keluarga yang bukan kaleng kaleng. Orang dah tak mahu kan. Semoga awak berjaya capai cita dan gembira dengan kerjaya awak.
YANG rindu F
Pegi tanya ekin tu dulu dia nk ke kawin dgn kau kalau dia setuju kau batalkan je pertunangan tu sian kat budak tu nanti x pasal2 jd mangsa keadaan
Aku pown laki bro.
Kita lelaki jangan lemah sebab ujian terbesar lelaki adalah perempuan.
Ya kami makhluk visual.
Aku suka perempuan aku jumpa di tempat kerja.
Aku cuba berbual.
Aku cuba mendekat.
Tapi ibu aku pesan kamu tu lelaki terus terang dan jujur sahaja.
Aku tak mahu sebab aku tahu awek aku suka pasti akan tolak
Awek tu ada rupa
Semua lebih dari aku
Dari keluarga baik
Orang senang
Adik beradik hebat belaka
Aku cuma baru bekerja belum stabil
Tapi aku suka awek tu bukan sahaja cantik tapi segalanya tentang dia
Cara awek tu cakap senyum ketawa berjalan tenang macam nampak bayang jodoh
Tapi jika tak sekufu kata ibu jangan dipaksa
Lelaki harus tanggungjawab anak orang
Awek aku suka tu tak sekufu
Ingin ku bernyanyi bro!!!! Ku Akueeyh aku sakiet melepaskan awek yang ku ingini
Kepada Cik awek ku cintai dengarlah suara nyanyian hati ku inierrrrr oh yeiha! biar aku pediehhhh namun kamu bahagieeer!
bangkit sedar diri hidup dalam realities bro luv!
Sudah cukup sudah
Ah diammah khalayan tingkat tinggi
sebanyak mana pun pandangan dan nasihat dari orang lain tentang perkara ini.. keputusannya tetap di tangan awak.. buatlah keputusan untuk masa depan..