Kau Yang Membina Kebahagiaan Atas Air Mata Aku

Assalamualaikum. Hai semua. Saya seorang gadis. Dalam lingkungan 20 an. Seorang yang cukup matang dalam hidup. Dan telah mengalami patah hati pada tahun lalu.

Apa yang saya ingin kongsikan ini moga jadi pengajaran buat semua kaum Hawa. Yang baik itu dari Allah. Yang buruk itu dari saya sendiri.

Kisah nya bermula apabila saya menyambut tali yang dilemparkan.

Saya namakan dia Encik DOLL. Kami bertemu di sebuah tempat. Tempat kami mencari rezeki dan makan gaji.

Pada mula nya kami hanya kawan biasa. Namun perilaku ENCIK DOLL ini seolah-olah bermain tali.

Typical lelaki suka bagi hint la suka pandang-pandang la suka renung-renung la. Perbuatan curi pandang la renung mata la kawan-kawan tersasul nama la.

Tipu la kalau kata hati ini tidak terusik dengan perbuatan dia. Perempuan mana yang kebal hatinya hingga tidak endahkan segala2 perbuatan seperti itu?

Sedikit sebanyak aku mulai jatuh hati dengan dia. Tambah pula dia berperwatakan alim. Tak kan la orang alim nak menipu?. Itulah yang aku pegang.

Tak kan la orang alim nak main kan hati. Tak kan la orang yang lebih faham agama belajar tinggi sampai luar negara sanggup nak bermain hati & perasaan wanita?

Mula nya aku sangka dia suka kan aku. Sebab kan semua perbuatan dia. Aku betul-betul menyangka dia pun ada perasaan dekat aku.

Tak kan la sesaja seorang lelaki yang cukup dewasa untuk bermain hati perasaan wanita? Rupanya aku silap. Aku silap kerana anggap dia baik.

Semua perbuatan dia adalah palsu. Dia jadikan aku tempat cuci mata atau pelempias nafsu dia.

Ahh naif nya akuu. Aku telah bazirkan masa dan air mata aku untuk seorang lelaki yang tidak memberi makna apa-apa kepada aku.

Aku tak pernah jangka seorang lelaki yang pada hemat aku dari sosok tubuh dia cukup memukau mata sesiapa yang memandang.

Kononnya introvert la tak cakap banyak la sopan la pemalu la. Ahhh. Tipu dusta semata-semata.

Dia telah bertunang dan berkahwin dengan seorang gadis. Gadis itu jauh lebih cantik dan seksi dari aku.

Aku? Aku tak seksi. Aku malu upload gambar sendiri di media sosial. Pakaian aku agak longgar dan labuh.

Aku masih menyimpan gambar kahwin dia dan gambar tunang dia. Aku tak pernah sangka semasa dia sebelum bertunang, dalam proses bertunang sehinggalah sudah berkahwin.

Dia masih begitu, suka melihat aku. Suka memandang aku. Walhal ilmu agama dia lebih dari aku. Masakan dia tidak tahu hukum hakam.

Gambar-gambar ini mulanya menjadi racun buatku. Aku menangis pagi petang siang malam. Aku tidak punyai bahu untuk meluahkan rasa perit dan pedih ini.

Hanya kepada Allah sajalah aku berserah segala rasa pahit ini. Dan kini gambar-gambar hari bahagia dia menjadi sumber kekuatan akuu. Walau aku telah padam gambar2 itu namun masih terpahat di memori aku.

Aku pelik kenapa dia lemparkan tali, main tarik tali dan lepaskan tali itu. Kenapa main kan hati aku? Apa dosa aku kepada dia? Semua persoalan itu cukup hanya dalam kepala aku.

Tidak cukup dengan itu, dia menceritakan dan memalukan aku kepada kawan-kawan sekitar dia. Hinggakan aku menjadi bahan tawa mereka.

Allah. Sekali lagi, apa dosa aku?

Tak ku sangka manusia seperti dia ini sanggup membuat aku sebegini rupa.

Kalau tahu dari awal aku ni hodoh kenapa suka melihat aku? Siap blushing bagai.

Kalau tahu dari awal nak kahwin dengan gadis seksi kenapa kena lempar tali kepada aku? Apa dosa aku sehingga hati aku dibuat seperti bola? Apa aku layak untuk hadap semua derita ini?

Aku tidak menceritakan hal ini kepada sesiapa kerana menjaga aib dan air muka dia. Biarlah aku menangis didalam solat. Hanya pada Allah jua la tempat aku berserah diri.

Kepada Encik DOLL. Terima kasih kerana mempermainkan hati dan perasaan saya. Ketahuilah saya amat berharap ia kembali kepada anak keturunan kamu.

Hanya dengan itu kamu akan tahu pahitnya hati perasaan dibuat seperti bola. Lagi pahit apabila seorang manusia yang cukup arif agama melakukan hal sedemikian.

Aku kejam? Tidak. Kamu yang menzalimi aku. Seronok bermain hati perasaan aku? ‘

Seronok membuatkan orang lain jatuh hati kemudian tinggal kan dia dan berkahwin dengan perempuan lain?. Seronok bina kebahagiaan kegembiraan atas airmata penderitaan orang lain?

Di hari pertunangan dan perkahwinan kamu, tidak berhenti setitik pun air mata aku. Aku susut berat badan hampir 40kg.

Aku hilang selera makan berhari2 sehingga aku sendiri tidak sedar masa yang berlalu. Aku tidak dapat tidur kerana penat menangis. Tidur aku juga terganggu.

Aku sering meracau. Aku yang menderita atas kegembiraan kau.

Aku menghadapi gelak tawa kawan-kawan kamu. Bangga dapat aib kan aku? Kononnya aku lah perempuan terhegeh ada hati pada kau.

Separuh dari jiwa aku menderita siang malam kerana kamu. (Ini ketika zaman bodoh aku) kini aku sudah bangkit. Aku sudah berubah. Aku yang sekarang bukan la yang dulu.

Kepada yang sudi membaca, tolong doakan aku. Cukup doakan aku ditemukan dengan jodoh yang baik.

Kepada lelaki yang belum cukup matang. Bina lah kebahagiaan tanpa melibatkan air mata sesiapa. Hidup ini umpama roda. Dan jangan bangkitkan rasa cinta kepada wanita.

Jika kamu belum bersedia dan mampu untuk mendirikan rumahtangga. Dan jangan guna agama untuk kepentingan peribadi.

Hidup ini ialah ujian. Rumahtangga yang dibina atas penderitaan air mata orang lain biasanya berakhir jua. Hanya masa menentukan.

– Mawar pudar warna. (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *