Salam semua. Saya cuma nak kongsi pengalaman, perempuan yang maksum saya maksudkan tu ialah adik perempuan sendiri. Bukan nak burukkan darah daging sendiri. Bagi saya pembaca tak kenal pun siapa. Jadi harap ambil pengajaran.
Aku dan adik bongsu (Lyla – bukan nama sebenar) beza usia 11 tahun. Seorang yang manja sangat, rasa diri tak pernah salah. Terlalu dimanja kan sebab sejak lahir dia sorang sahaja yang dilahirkan czer, terpaksa buat di swasta. Padahal 6 beradik lain semua lahir normal di hospital government.
Ayah kami berniaga sendiri, dan tangunggan ramai. Lahir pulak adik bongsu yang dapat extra attention dari mak. Habis 6 yang lain disisih takboleh nak tegur takboleh nak betulkan. Tapi mak tetap sayangkan semua anak semampunya mak boleh beri.
Kalau dari kecil bab makan minum kena catu sebab nak pastikan adil dan cukup semua,
Datang kau je Lyla, Mak akan utamakan permintaan kau, nak KFC, nak Pizza semua atas pemberian akak abang kau yang hustle cuci pinggan malam-malam kat restaurant atau pasar malam masa kitaorang sekolah menengah.
Dan sebab kau manja sangat kau dapat tuition masuk sekolah mahal masuk asrama. And kat asrama baru kau tau langit tinggi rendah. Senang kau je cakap sekolah asrama takda kebebasan nak susun masa sendiri lah, takda ruang untuk buat apa-apalah, ada jelah alasan kau.
Dah habis nak dekat RM2000 masa pendaftaran senang-senang je kau kluar cakap system sekolah terlalu taksub memaksa student takut demerit. Dah kalau kau yang buat salah memang patutla kena, tapi nak buat macam mana kau kan maksum. 2 minggu je kau kluar. Dasar penakut lari dari masalah.
Pastu bila kau form 2 mak start sakit. Mak kena sawan babi terus lumpuh badan. Mak harapkan anak2 untuk jaga tapi kau tak payah jaga sebab kau kecil lagi.
Excuse me kau masa tu dah anak dara 14 tahun. Aku dengan kakak abang lain masa umur kau elok je cari kerja upah sana sini. Kau je yang hidup senang.
Mak sakit agak teruk lumpuh tak boleh buat apa. Bukan sekejap mak sakit. 4 tahun. Sampai kau form5 mak specialkan kau sebab nak kena belajar betul2, eleh SPM kau pun 4A je.
Yang lain tak tuition pun boleh 5/6A. Kak Ngah paling hebat 11A. Kau tu tau nak complain je. Itu ini semua yang berlaku menyusahkan dunia kau. Konon hidup kau jelah yang penat, kau jelah yang susah. Tolonglah, kau bab pampers mak pun kau geli.
Akak-akak kau yang berkejar buat semua. Aku kehulur sana sini sebab kolej jauh terpaksa balik hari melaka-kl nak pastikan mak dijaga rapi, Kak Ngah yang dah kawin siap ada tanggungjawab anak kecil masa tu pun datang selang hari jaga mak. Abang kau yang atas kau tiga-tiga lelaki.
Walaupun semua duduk rumah bersama tapi nak tolong bab bersihkan mak tu tak boleh. Lelaki kan.
Abang Long sorang je yang lelaki dalam adik beradik yang sanggup buat pampers mak dan mandikan mak kalau terpaksa sebab abang paling rapat dengan mak, rapat yang sihat. Tak macam kau rapat dan manja tak bertempat.
Kak Ngah sampai sumpah kau takkan bahagia sebab kau tahu bukak mulut sahaja, tangan tak pernah buat kerja.
Kak Ngah sampai stress duduk rumah awal-awal mak sakit dia pernah lari tidur kampung suami dia (masa tu belum kawin) sebab bersuara pasal kewangan dan tanggungjawab bersama kat kau.
Kak Ngah balik rumah, sedap mulut kau je tuduh cakap kakngah lari dengan boyfriend sebab gatal, takda maruah, eh kau baru sekolah menegah duit pun kitaorang yang beri.
Makan minum kongsi semua kitaorang kumpul sama-sama. Kau tu banyak pengaruh movie blue matsaleh. Acah-acah geli. Kau je yang suci.
Sejak tu Kak Ngah terus mintak kawin gantung, ayah okay je sebab dah gaduh dengan kaulah punca. Suami dia pun nasib baik orang nya boleh diharap. Lepas Kak Ngah kawin kau burukkan Kak Ngah kat saudara mara yang Kak Ngah tidur di kampung suaminya sebelum kahwin.
Aku taknak comment banyak sangat pasal kakngah sebab aku nampak kakngah memang stress teruk masa mak sakit. Dia yang masak untuk 8 perut (tak termasuk aku kat kolej) setiap hari tak give up penat macam mana pun.
Kak Ngah yang banyak jaga mak especially bersihkan dan layan kerenah orang sakit macam mana, nak diurut, nak didengar, nak disuap, nak dibersihkan, nak ditolong ambil wuduk, sampaikan gosok gigi pun aku dengan kakngah hampir setiap hari buat.
Mak dah meninggal pun kau acah-acah paling sedih, kau kononnya yang duduk rumah jaga mak, mulut kau bising cakap kakngah selfish nak kawin time-time mak sakit.
Aku pulak sibuk sambung degree tinggalkan mak takda orang nak jaga. Padahal kitaorang lebih banyak bantu mak dari kau.
Kau bagitahu kat ayah dengan adik beradik lelaki, kau tak puas hati dengan kakak2 kau (which is aku dengan Kak Ngah). Padahal mata melihat lebih dipercayai daripada mulut kau bila berbicara. Semua tahu yang cerita setiap pihak macam mana.
Itu cerita lama zaman kau sekolah. Sebabkan mulut kau jugak bila kau habis sekolah kakak-kakak kau tak nak bantu dari segi kewangan, ayah dengan abang long je yang bantu. Itu pun kau rungut tak cukup. Bodek abang-abang atas kau, mintak nak ipad lah nak phone kena pakai yang baru lah.
Siap masa kau masuk uni kau nak duit lebih semata-mata ikut kawan-kawan pergi jalan hujung minggu. Ada aje lah setiap minggu pergi merata. Pergi pantai lah pergi mall lah, padahal benda tu bukan keperluan. Kau je yang sibuk nak attention, sebab apa? Sebab mak dah takda dah nak layan kerenah kau.
Mulut kau toksik masa kakngah kawin, tengok-tengok kau pulak sem 3 sibuk nak guna alasan Kak Ngah boleh kau pun nak ikut kawin gantung.
Abah larang sebab abah tahu Kak Ngah dengan laki dia macam mana, kau tak sama. Tapi menangis-nangis nak juga. Konon takda orang yang faham hidup kau. Laki muka jambu pilihan kau aje lah yang kau percaya faham jiwa dan raga kau.
Time ni adik beradik gelak je. Lantak kaulah itu pilihan kau. Ayah mintak jumpa, tanya macam mana nak tanggung padahal dua-dua sem 3. Dia pun tebalkan muka terpaksa sebab kau dah menangis-nangis nak sangat keluar rumah. Kau cakap kat mamat jambu tu kitaorang ni family toxic.
Lelaki muka jambu tu memang nampak innocent macam jatuh cinta kat kau ntah apa sumpahan kau beri kat dia, nampak macam korang cinta pertama dan akhir.
Gunakan alasan nikah PKP jimat tak perlu belanja banyak-banyak. Dah kawin caption acah celebrity islamic “yang halal itu lebih baik, lebih murah lebih diberkati”.
Habis PKP dua tahun cerai. Sebab suami kau ada scandal dari tempat kerja practical, start lah pulak episode-episode depresi kau.
Sebelum cerai kat mahkamah, dapat kaunseling rupanya kau tolak ajakan bersama, alasan kau seolah kau perempuan maksum. Lelaki kau je yang gila s*ks. Kau suci bak malaikat.
Tak suka s*ks, macam-macam alasan kata nak puas banyak cara tak semestinya s*ks je. Well kau yang nak sangat kawin aku yang dah 30lebih pun steady je nak fikir financial dulu baru relationship.
Tapi sekarang satu persatu benda kau buat kau dapat balik. Family ex-husband kau kutuk kau gila2 sebab kau punca dia cari lain sampai korang bercerai.
Kau mula lah post-post story/status pasal orang depression lah bagai. Dulu kau tuduh orang lain gatal sekarang kau tak bahagia berpasangan sebab kau langsung takda nikmat walaupun halal.
Dulu kau kutuk and badmouth orang, sekarang kau acah victim kena kutuk dengan family ex-husband baru nak sedar, dulu kau sibuk nak huuhaa have fun sana sini, sekarang kau sengkek duit ntah kemana sesen pun tak cukup.
Kau kena hospitalized sebab depression kau, sampai meraung-raung kat psychiatric clinic seolah kau sorang je yang mangsa keadaan dicurangi suami.
Nampak macam apa yang kakngah sumpah dulu dah mula terjadi. Kau takkan bahagia sampai bila-bila sebab kau terlalu rasa kau perempuan maksum tak ada salah langsung.
Padahal kami keluarga yang memerhati nampak je silap kau taknak humble dari dulu, sekarang bila the world humbles you back baru kau nak sakit meraung nya. Bulan february 2022, tanggal 27.
Tarikh hitam family, kau cuba bunuh diri kelar tangan sampai alas katil penuh darah kau. Sebab apa? Kau cakap kau depression. Walaupun abang2 kau ada rasa kasihan tapi aku dan Kak Ngah lebih terasa macam nak cakap padan muka.
Ayah sorang je yang ambil kisah kau kat hospital dah dekat sebulan hospitalized and sampai sekarang monthly check-up. Baru sekarang mulut kau pandai tutup. Itu pun tak boleh nak sentuh benda lama yang kau kutuk.
Just because kau kata sakit semua orang rasa lain-lain. Well u get back what u deserve i guess.
Benci-benci aku dengan perangai kau yang bertahun-tahun manja tak bertempat, sekarang baru setahun kau nak belajar balik nak humblekan diri. Kau tetap darah daging kita semua adik beradik.
Aku just nak yang terbaik. Kau kutuk lah lagi keluarga sendiri, tengok sekarang siapa juga yang tolong melainkan keluarga yang kau kutuk juga kan?
Well aku just harap fasa hitam divorce kau ni jadi pengajaran dunia takselamanya indah seperti yang kau selalu nakkan. But aku just harap and doa kau heal baik-baik dan berubahlah perangai tu jangan nak menang je. Kau manusia dan takda manusia maksum dari salah silap.
Bila family tegur cakap kitaorang ni family toxic kau je yang betul, tapi bila kau buat salah besar baru kau sedar tak semua teguran itu toxic melainkan sebab diri yang taksedar dah jadi duri.
Aku just harap korang yang membaca ni boleh ambil pengajaran especially kalau jenis nak tuding jari je memanjang. One day sooner or later memang setiap manusia akan diberi ujian berat yang akan menampakkan diri tak sentiasa betul.
So stop blaming the environment, sometimes the environment jadi macam tu sebab kau sendiri yang punca.
Stop juga nak percaya apa yang kita baca kat internet, bila dah ada teguran depan mata tetap nak percaya diri sendiri sahaja. Stop self diagnosing. Stop thinking its always about you. The world doesnt revolve around u.
– Kakak Lyla (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit