Hai assalamualaikum pembaca sekalian. Nama aku Iman berumur awal 30-an. Seorang yang bekerjaya dan sudah berkahwin.
Usia perkahwinan 1 tahun 2 bulan. Suami seorang pegawai beruniform. Selesai intro secara ringkas..
Penulisan aku bukan untuk meluah tetapi untuk meminta pendapat pembaca sekalian. Yang berniat nak kecam sila scroll laju2.
Okay ceritanya begini, aku dan suami berkahwin atas pilihan keluarga. Kami kenal tak sampai setahun terus decide untuk kahwin.
Rasa yakin nak kahwin dengan dia sebab ada ciri2 yang aku nak dan juga beberapa pentunjuk dari solat istikharah.
Kemudiannya kami berkahwin tetapi ujian perkahwinan kami sangat teruk (bagi aku). Kami selalu bergaduh besar dan puncanya sangat simple dan sebenarnya boleh je kalau tak gaduh.
Tapi ntah lah. Sehingga lah kemuncak cerita laki aku tak balik rumah 3 bulan. Dia stay di bilik transit pegawai dekat ofis dia.
Dulu waktu bujang dia memang selalu duduk sana.. Weekend je balik rumah sendiri.
Okay sambung! Baru2 ni dia reply ws aku katanya nak berpisah sebab terlalu penat dengan pergaduhan. Dia kata perit dan takut.
Masa gaduh kami lebih banyak dari masa baik kami. Tapi ntah lah bagi aku ini mungkin proses untuk kenal each other kot.
Kalau boleh aku tak nak give up. Ayat laki aku dia kata dia dah redha kalau setakat ni je jodoh kami. Dia kata dia dah cuba untuk berubah dan faham tapi asyik bergaduh.
Ini memang betul sebab aku nampak dia cuba tahan dan banyak masa dia memendam rasa. Kesian laki aku, sob2..
Perangai yang dah sebati dalam diri bukan senang kita nak ubah. Perlukan masa dan kesabaran. Nak mencari keserasian tu sangat susah.
Lagi2 bila masing2 busy dan jarang sangat ada komunikasi. Kalau terasa hati banyak pendam. Pastu bila sampai satu masa dah tak tahan, benda tu akan meletup dan akhirnya bergaduh.
Aku nak selamatkan rumah tangga aku. Aku rasa hubungan kami sangat baru dan banyak lagi yang kami belum explore sama2. Tapi laki aku dah give up.
Jadi aku plan nak bawa suami aku pergi kaunseling dekat pajabat agama.
Oleh itu aku nak tanya lah pendapat pembaca2 sekalian sesiapa yang ada pengalaman pergi kaunseling dekat pejabat agama macam mana proses dia? Okay atau tak?
Adakah kaunselor tu yang bertauliah atau ustaz2 yang takde background counselling studies?
Atau sesiapa sahaja yang ada pengetahuan tentang kaunseling perkahwinan boleh drop nombor hp nanti saya contact.
Itu sahaja dari saya. Sekian, thanks..
– Iman (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit