Kaunselor Keluarga Tak Bertauliah

Hai semua. Aku Nina, anak Bongsu dari lima adik-beradik. Confession aku hari ni tentang dua orang kakak aku.

Kakak aku yang kedua aku panggil Angah baru je melahirkan anak pertama lepas hampir 9 tahun berkahwin.

Kami semua happy je untuk dia tapi masalah utama dia ialah suami dia tak bekerja. Selama ni dorang buat macam-macam bisnes tapi tak jalan.

Angah pulak memang tak boleh kerja sebab dia sakit. Masa dorang buat bisnes, kalau Angah sakit kedai pun tak bukak. Alasan abang ipar aku sebab takut jadi apa-apa dekat Angah walhal rumah dia dengan Mak sebaris je.

Suruh kerja katanya tak boleh kerja bawah orang. Sejak ada anak ni dia ada cari kerja tapi kerja sehari dua je. Alasan dia tak tenang tinggal Angah dengan Mak.

Anak Angah dah nak masuk lima bulan dan sepanjang tempoh tu kami adik-beradik yang menanggung dorang kecuali kakak aku nombor empat.

Sebelum dia ada anak ni pun Mak dengan Abah aku yang banyak tolong tapi tak bagi tau adik-beradik aku yang lain.

Aku tau pun sebab Abah ada meluah hal ni pada aku tapi tulah aku memang dah janji dengan Abah takkan bagi tau sesiapa.

Tipulah kalau Abah aku tak rasa apa-apa bila menantu dia malas kerja. Rumah pun Abah aku bagi, tapi Abah tipu adik-beradik kata Angah bayar sewa tiap-tiap bulan. Kereta pun kereta Mak tapi Mak kata Angah beli dari dia.

Sebelum kahwin memang abang ipar aku dah kerja celup-celup tapi masa tu muda lagi. Kononnya boleh berubah. Entahlah pada aku benda ni penyakit yang susah nak sembuh. Sekarang zaman serba serbi perlu duit.

Untuk makcik-makcik yang bakal menantu liat kerja, tolong reject awal-awal. Cinta dan sayang tu tak menjamin kebahagiaan. Biar kerja biasa-biasa, asalkan dia kerja. Biar tak cukup duit dari takde duit langsung.

Kes yang kedua ialah kakak aku yang kami panggil Kak Cik.

Kak Cik tu memang dari dulu tak habis-habis suruh kitorang adik-beradik carik bakal suami kerja kerajaan. Katanya kerja swasta tak ada masa depan. Abang-abang aku pun kebetulan memang kerja kerajaan.

Kak Cik kahwin awal, habis Diploma terus kahwin. Suami dia kerja kerajaan macam apa yang dia impikan. Kitorang tau je suami dia bukannya gaji besar sangat sebab tak ada pangkat pun, tapi kami layankan je.

Pernah dia nak buat loan kereta dengan sepupu aku tapi tak lepas sebab lepas tolak loan rumah tinggal 1.3K je baki gaji.

Baru-baru ni Kak Cik dapat kerja bahagian sales dan komisyen dia memang tinggi. Sebulan dapat lah 4 ribu macam tu.

Sejujurnya tu adalah nafkah suami aku bagi tiap-tiap bulan ya tapi takkan aku nak bagi tau semua orang. Diam-diam sudah, dekat sini je boleh bagi tau sebab tak ada sape kenal aku.

Kak Cik memang pandang rendah dekat suami aku sebab dia kerja tanam cili dengan timun je. Dia selalu ingat aku susah tapi tulah yang tau je tau. Dia selalu update apa-apa plan dia dekat social media.

Bila tak achieve dia buat karangan kenapa tak jadi beli dan bermacam-macam alasan. Dia ingat orang nak tau ke? Orang gelakkan je.

Hidup bertuhankan social media macam tulah. Pinjamkan nama untuk laki buat loan pun update. Tolong laki belanja barang rumah pun update. Untuk apa?

Untuk bagi tau semua orang kau kaya dalam masa yang sama orang nampak segala kelemahan suami kau? Aib suami ni bukan setakat kau tak cerita buruk dia dekat orang je, benda macam ni pun aib jugak.

Dan sejak bergaji ribu riban ni dia selalu belanja Mak dengan Abah. Tapi bila kami berkumpul dia paksa-paksa Mak bagi tau apa yang dia belikan. Berkerut-kerut muka Mak dan Abang kata Mak tak selesa.

Bila Abang tegur Kak Cik kata Abang iri hati pada dia. Malu ya dengan kakak ipar dan laki aku. Kakak-kakak ipar aku walaupun menantu, setiap bulan bagi macam-macam tapi tak pernah dorang canang sana sini.

Aku bersyukur jugak sebab Mak Abah tak pernah cerita apa-apa dekat kami adik-beradik.

Baru-baru ni pun dia sibuk nak ambik anak Angah sebab dia pun tak ada anak. Kononnya duduk dengan Angah budak tu tak cukup serba serbi. Menangis Angah dengar Kak Cik persenda dia macam tu.

Selagi aku ni masih mampu, aku okey je tanggung budak tu. Cuma aku kesal lah dengan bapaknya. Rasa nak cekik-cekik je biar sedar sikit.

Aku meluah ni bukan apa, aku stress. A ngadu dekat aku, B luah dekat aku, semua humban dekat aku.

Aku ni dah macam kaunselor yang dengar segala luahan klien.

Aku takde tempat nak hamburkan segala yang aku simpan. Rasa sesak dalam dada. Nak luah pada kawan aku segan. Nak mengadu pada suami aku malu sebab ni hal keluarga aku.

Apa pun terima kasih admin siarkan confession ni dan terima kasih kalian yang membaca.

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *