“Kaunter Ada 10, Yang Buka 2 Saja”, Pernah Dengar? II

Untuk part I, (https://iiumc.com/kaunter-ada-10-yang-buka-2-saja-pernah-dengar/).

Aku dah baca komen-komen hasil confession aku yang pertama. Pandangan aku? Alhamdulillah, semuanya masih sopan dan beradab. Biasakan berakhlak walaupun di media sosial ya sebab dosa pahala masih dikira walaupun di alam maya.

Berbalik kepada topik asal, 90% bersetuju dengan apa yang aku tulis, 5% cakap jabatan mereka tidak seperti itu, tapi mereka tercalit sama sebab perangai bahagian lain. 5% lagi kata mereka terlebih bekerja sehingga tak larat.

100% betul. Akhir confession pun aku ada tulis tak semua. Tapi benda ni berleluasa.

Yang pertama, profession guru tak dinafikan kebanyakan buat kerja betul-betul sehingga kadang takde life. Apatah lagi doktor, jururawat, paramedic. Tahniah jika anda bekerja dengan baik dan amanah.

Gaji yang anda dapat tu memang berkat. In shaa Allah jika beri makan anak isteri akan melahirkan isteri yang taat, suami yang penyayang, anak yang soleh solehah, bijak pandai. Aku doakan seikhlas hati.

Tapi walaupun dalam sektor kritikal macam tu, aku masih jumpa yang makan gaji buta. Tapi kurang la berbanding yang lain. Contohnya semasa pkpd ni kita dapat lihat dengan jelas antara cikgu yang menderita dan cikgu yang bergembira dengan mengajar online.

Manakan tidak, yang bergembira tu cukup sekadar beri link YouTube suruh murid tengok dan beri kerja rumah jarang-jarang. Tak ada usaha nak buat kelas online seperti zoom ke, Google meet dan sebagainya. Akhirnya dah habis tahun, habuk ilmu pun pelajar tak dapat.

Cikgu yang menderita ni pula berhempas pulas belajar guna aplikasi baru yang tak pernah wujud sebelum ini, cari cara supaya dapat mengaji hampir sama macam bersemuka supaya murid mudah faham, beli gadget habis beribu.

Ada yang siap setiap kali kelas ada tema supaya dapat tarik seramai mungkin pelajar hadir.

Jangan kata tak betul ya. Sebab aku ada hampir 30 orang anak buah. Adik beradik, ipar dan saudara mara aku juga ramai cikgu. Aku puji kakak ipar aku yang sebelum pdpr pun cemerlang, masa pdpr laaagi cemerlang.

Seronok kelas dia siap ada tema aloha bagai. Pelajar asyik dapat hadiah. Tapi anak dia sendiri, cikgu sekolah sama jarang sekali bagi kerja.

Nak tegur takut jadi hal pula. Terpaksa telan je.

Aku dapat tengok keadaan anak saudara aku yang tak tahu apa-apa dan ada yang makin pandai. Aku tengok ada cikgu yang asyik berjalan waktu pdpr, masak itu ini waktu bekerja.

Nurse? Aku pernah kena serangan panik dan masuk institut jantung. Mereka bersembang sekuat kuatnya depan kaunter ramai-ramai sampai aku tak dapat rehat. Masa aku kena serangan tu badan aku terkulai jatuh, nafas laju dan tak boleh bercakap.

Boleh seorang ni berhenti bersembang dan datang marah aku supaya nafas slow. Aku ni ingat nak mati je. Bukan sekali la, banyak kali aku pergi sana dan memang begitu rutin mereka.

Staff kesihatan lain pula selalu bawa balik hilux kerajaan untuk balik lunch dan rehat dirumah. Dah macam kereta sendiri. Staff saliran air pun sama.

Ada aku kenal seorang yang kerja di bahagian imigresen di ofis Putrajaya tu dekat dengan pukul 10 dia akan keluar. Anak dia yang sekolah rendah bagitau ayah dia nak pergi punch out. Tercengang aku. So waktu bekerja dia elok lepak rumah, dapat duit.

Kementerian yang kawan aku kerja di KL pula ada perangai suka kerja last minute. Kawan aku asal kerja swasta. Memang pantas kerja dia.

Bila masuk kerajaan, dia asyik terkejut sebab terpaksa balik lewat. Kalau ada event hari Isnin depan, hari Jumaat baru dia dapat kerja bahagian dia.

Baru nak hantar proposal, tentatif, bajet, quotation dan tempahan. Nak tegur tak berani sebab baru bekerja. Of course la tak dapat OT sebab sekarang OT hanya dapat bila ada surat rasmi.

Aku sangat setuju part tu sebab ramai yang salah gunakan. Cuma aku kesian dekat dia la. Dia ni jenis kalau kerja tak setel tak balik rumah.

So orang memang suka la ada orang yang rajin dan boleh diambil kesempatan macam tu. Daripada jabatan A-Z suka buat kerja last minute.

Dia ada suarakan sekali dalam meeting, tapi majoriti tak mengaku. Main tunding jari sana sini.

“Berbalik kerja sebab kabel macam tu la.. ” pula, sebenarnya bos-bos tempat aku intern tu tak pakai kabel pun.

Sama je dah perangai macam tu, apa boleh buat. Terlalu selesa dan tiada pantauan. Masing-masing tahu je kerja mereka macam mana tapi tiada kesedaran dan rasa berdosa makan gaji buta.

Sebab tu kalau aku pergi mana-mana jabatan atau kaunter kerajaan yang smooth je urusan dia aku akan terkejut. Biar betul! Yang bagus ni pula kita rasa pelik. Yang mudah angkat call pun sama. Macam woww gitu. BTW tahniah ya. Teruskan kecemerlangan.

Kesimpulan dari topik yang aku tulis panjang-panjang adalah supaya semua orang sedar terutamanya yang suka buat hal tu. Kalau kita berhutang dengan orang 1 sen pun dah tersekat di pintu syurga walaupun mati syahid.

Agak-agak kalau berhutang dengan seluruh rakyat Malaysia yang bayar cukai untuk kita buat kerja kita macam mana? Jenuh nak minta ampun dan halal sorang-sorang.

Jadi tolonglah buat kerja masing-masing betul-betul. Kita improve kerja kerajaan, dengan harapan Malaysia jadi negara maju, berdaya saing dan in shaa Allah nanti kelebihannya anak cucu kita dapat rasai. Boleh ke sangat boleh?

Okay tu je, byeeee.

– Rahsia laa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *