“Kaunter Ada 10, Yang Buka 2 Saja”, Pernah Dengar? III

Untuk part I, (https://iiumc.com/kaunter-ada-10-yang-buka-2-saja-pernah-dengar/).

Untuk part II, (https://iiumc.com/kaunter-ada-10-yang-buka-2-saja-pernah-dengar-ii/).

Okay, aku dah baca satu-satu apa yang di komen oleh sekalian netizen. Nampaknya bertambah orang yang kecam aku berbanding yang first tu. Hahahaha it is okay, aku relax saja.

Aku tulis tu ada tujuan. Kalaulah korang perhatikan apa yang aku tulis, bukan semata-mata point out keburukan.

Malah aku selitkan penghargaan dan tahniah kepada mereka yang bekerja dengan amanah dan baik. Siap doakan lagi rezeki mereka ni berkata.

Okay aku doakan sekali lagi.. “Ya Allah berkatilah rezeki mereka yang bekerja dengan ikhlas dan amanah. Semoga dari rezeki itu, diberikan dia pasangan yang soleh/solehah dan saling menghormati.

Semoga dengan rezeki itu, anak-anak mereka anak yang mentaati ibu bapa, cerdik pandai dan dapat berbakti kepada masyarakat.

Mudahkanlah kehidupan seharian mereka ya Allah, berkati rezeki yang mereka perolehi dengan mencukupkan mereka buat harta mereka berkembang dan tahan lama. Amin ya rabbal alamin”

Aku tulis panjang-panjang dan point out ni sebab dah lama aku simpan tau. Dan benda ni bukan aku sahaja yang alami tapi mak aku, atok nenek, bergenerasi dah jadi kudis dalam sektor ni.

Aku pun kerja dalam government juga dan aku puji kaunter-kaunter, pengurusan tempat aku kerja ni. Tapi KEBANYAKAN tempat lain mengalami masalah yang aku tuliskan sebelum ni.

Ada yang cakap, confessor ni ada masalah hati, nampak buruk aje. Ada yang siap cakap biasa orang perangai tak elok saja dilayan dengan tak elok.

Ada yang siap padankan aku dapat anxiety attack sebab perangai macam ni. Sungguh kelakar. Yang cakap jenis suka complain saja nampak buruk.

Alhamdulillah setakat ini aku dan keturunan aku jenis tak suka mencarut, sumpah seranah. Aku berlembah lembut dengan orang, bercakap dengan berakhlak.

Aku jenis mudah faham orang. Aku dah biasa handle orang sakit, malam-malam buta hantar orang sakit dan tunggu. Dah balik hospital belikan makanan, tanya khabar dan update.

Aku tak pernah tinggikan suara pada orang walaupun position aku ni boleh sangat nak tinggi suara. But i never did.

Pasal anxiety attack tu, pergh orang sakit kau pergi kata sebab perangai saja ya gara-gara nak tegur untuk kebaikan. Aku doakan kau tak kena ya.

Sebab kalau masa kau kena pastu orang marah pula mungkin kau boleh sesak nafas meninggal terus.

Anxiety attack tu ibarat kena serangan jantung mungkin lagi teruk. Rasa nak mati, tak boleh bercakap, tak boleh bergerak. Jangan mudah-mudah letak label.

Ada yang cakap “ya la buang saja pekerja gomen ni, biar netizen yang kerja”.

Saya tak pernah sebut pasal buang kerja. Saya sebut “BERUBAHLAH” berkali-kali. Jika kita terus bermantaliti tidak mengakui keadaan serius sedang berlaku kita tak akan kemana-mana. Kita tak akan maju.

Seperti mana ada juga yang komen di ofis aku ada yang kena report sebab rajin. Ada yang kena pulau sebba cuba nak ubah keadaan.

Nampak tak serius dia tu? So why don’t we admit it. This is the time to change!

Yang aku nampak boleh ubah;

1- Datang dan balik kerja on time. Tak perlu pun datang awal ke balik lewat ke.

2- Waktu bekerja buat kerja betul-betul. Siapkan secepat mungkin kerja yang diberi. Jangan timbun dokumen sampai 3/4 tahun. (ya aku yang langsaikan kerja tertangguh ni ketika intern). Jangan biasakan suka menangguh.

3- Jangan keluar selain urusan pejabat. Jika urgent boleh half day. Unless emergency so mestilah orang akan faham.

Kalau swasta boleh, kenapa government tak boleh? Because we know we are in a secure job? Boleh buat sesuka hati saja bila dah permanent? Kalau begitu ingat Allah. Gaji yang kita dapat tu akan masuk perut sendiri dan keluarga. Pastikan halal.

4- Buang budaya suka melepak dan berborak lama-lama. Tujuan kita datang kerja bukan nak isi masa kosong sampai dapat duit hujung bulan. Client kita adalah orang awam.

Give them a good service. Kalau kita rasa stress kaunter lotus buka 2 saja masa nak bayar, begitulah rasa orang stress kaunter kerajaan buka 2/10. Tambah lagi bukan recently.

Benda dah lama. Instead of minum kopi, main game, duduk la di kaunter dan jalankan kerja anda.

5- Jangan guna aset tempat kerja untuk peribadi. Petrol, kereta, kertas, fotostat. Sekecil-kecil benda tu jika ramai orang yang abaikan memang akan nampak jelas kalau buat audit seluruh jabatan di seluruh negara.

Sedangkan di sekolah yang harian guna kertas dan memang perlu pun sekarang dah kena beli sendiri. Itu baru satu benda. Kalau banyak lagi membazir? Semua itu akan jadi sebagian dari kita.

6- Denda dan warning orang yang bermasalah. Seperti mana aku ada share sebelum ni, setahun tak datang kerja tapi masih tak dibuang sebeb kesian.

Tak kesian ke dekat rakyat Malaysia yang bayar cukai setiap bulan hanya untuk sara makan minum dia yang tak buat apa-apa?

Bayangkan setahun contohnya gaji 5000 x 12 bulan. Dah RM60 000 ya. Bukan kecil tu. Benda ni memang kena ambil serius.

Ini saja yang aku dapat kongsi. Banyak lagi yang boleh diubah. Tapi untuk permulaan, cukup dah tu.

Jika swasta boleh, kenapa government tak boleh? Dah jelas terang benderang masalah ni berlaku dimana-mana.

Maka BERUBAHLAH. Kita mahukan Malaysia yang maju. Malaysia yang hebat. Setanding dengan negara lain. Kita tak mahu berada ditangkuk lama.

– Rahsia laa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *