Kawad Kaki Gone Wrong

Aku ingat lagi.. Waktu aku tingkatan 4, aku join pencalonan untuk jadi komander unit beruniform.

Aku dulu sekolah asrama penuh. So kat sekolah aku ada macam-macam unit beruniform.

Aku mula-mula join Puteri Islam dari tingkatan 1 sampaila tingkatan 3. Pastu aku pi lompat masuk Kadet Remaja Sekolah (KRS). Ingat politician je boleh lompat parti? Kemon aku pon nak jugak praktikkan benda ni.

Disebabkan aku tengok Puteri Islam kat sekolah aku ni terlampau lemah gemalai, level keayuan mengalahkan puteri gunung ledang, terasa tak ngam plak dengan jiwa aku.

Dengar pulak level volume suara komander aku tu macam burung pipit je. Aduh lemah lutut sis nak join kawad kaki camni.

Time aku form 1 sampai form 3, aku macam tak amik pusing sangat pasal kawad kaki ni.

Tapi bila aku tengok banyak senior aku dapat straight A SPM and dapat banyak sijil anugerah kawad KRS ni, nampakla diorang senang dapat biasiswa and lanjutkan pelajaran ke luar negara.

Al maklumlah, perform akademik dan kokurikulum gitu. Aku pon nak juga follow jejak langkah diorang.

Atleast tu apa yang aku fikirlah.

So bila dah nak masuk form 4 ni, aku pon usha-usha la KRS ni. Team lelaki dan perempuan adalah berasingan. Diorang ni memang gah. Menang banyak competition peringkat negeri. Siap bertanding masuk peringkat kebangsaan lagi.

Everytime diorang buat rehearsal untuk pertandingan kawad kat dataran perhimpunan sekolah, most of students akan bersidai kat korridor kelas tengok formasi kawad diorang. Dahla waktu kelas prep petang. Patutnya kitorang study, tapi gigih ha tercegat nak tengok kawad KRS ni.

Bunyi derapan boot diorang yang sekata dan berirama boleh bikin bulu roma meremang. Semangat patriotisme secara spontan meresap dalam jiwa-jiwa kudus pelajar-pelajar sekolah kitorang.

Mata yang melihat semua tertancap tak berkedip, sebab terlampau kagum dengan skill kawad kaki diorang yang tiada tolok bandingannya. Pokoknya, perfect.

Walaupun muka peserta kadet kawad kaki KRS semua sunburn gila dah macam bontot kuali, itu tak mematahkan semangat diorang untuk terus prektis sampai perfect.

Aku pon tak rasa gentar tengok muka-muka bontot kuali tu, sebab aku rasa ini hanyalah pengorbanan picisan yang perlu dibuat bagi mendapatkan manfaat yang lebih bagus di masa akan datang wiwit.

Sunblock? Oh kitorang semua masih belum cukup matang untuk mengetahui fungsi sunblock ketika itu.

Dalam diam-diam aku plan nak join kawad kaki KRS perempuan ni. At the same time, aku rasa saham aku boleh naik juga memandangkan geng-geng kawad kaki KRS ni dipandang tinggi kat sekolah aku.

The ultimate plan adalah, aku nak jadi komander KRS perempuan. Boleh la aku pegang hierarki kat sekolah yang paling tinggi.

Tu dia kemain tinggi melangit cita-cita aku hihihihi.

So biasalah, ritual tahunan bulan Januari, unit beruniform akan buat test ujibakat pada ahli-ahli tingkatan 4, untuk lantik komander baru. Sebab sekolah akan kurangkan fokus aktiviti kokurikulum pada batch yang akan hadapi PMR or SPM.

Waktu ni aku dah selamat lompat parti dan join KRS. So matlamat pertama aku dah tercapai. Tinggal nak jadi komander je ni. Aku rasa aku dah well prepared sebab aku selalu usha bebudak ni prektis kawad, so it should be easy peasy lemon squeezy.

So basically, cikgu yang incharge unit beruniform akan tanya dulu sape yang nak volunteer utk jadi komander. Aku pon ha sepantas kilat angkat tangan. Aku tengok kiri kanan, oh ada lagi 5 orang pon mempunyai wawasan yang sama tinggi dengan aku.

Pastu cikgu aku pilih sorang kawan aku as first person yang dinilai sebagai calon komander. Aku namakan kawan aku ni Taugeh.

Taugeh ni antara yang dah lama join kawad kaki KRS, and dia memang well versed dengan ayat-ayat dan arahan command ni.

Pastu dia punya slang cakap english pon macam orang british style. Alah macam kat dalam harry potter tuu. Power kan. Tapi still, kita bagi command dalam bahasa melayu, bukannya english.

Ok, so semua kadet dah gather dalam line dan membentuk formasi asas. Susunan 4×3. Macam susunan kuih coklat chip dalam loyang sebelum kene bakar dalam oven. Haa camtulah bayangan formasi nya.

Cikgu pon cakap, okeh Taugeh. U conduct basic things dulu. Macam senang diri, rehatkan diri, and kawad kaki berjalan. Could u do that?

Taugeh angguk. Muka konfiden.

Semua kadet dah ready untuk terima arahan Taugeh.

“BARIS!!! KEKANANNN LURUSS!!!”

Bergema suaranya sampai ke awan kumulunimbus. Power kan?

Tapi tidak bagi aku. Ingat tak aku ada cakap slang english dia power cam british tu? Tapi masalahnya dia pergi masukkan slang tu dalam command tadi. So apa jadi? Kat telinga aku, dia kedengaran macam ni.

“BREASTTT, KEKANANN LURUSSS!!”

Aku cuba sedaya upaya untuk ignore ‘bayangan’ breast ke kanan lurus. Muka aku maintain ketat dan serious untuk terima command yang seterusnya.

“BREASTT, SENANG DIRI, REHATKAN DIRI. BREAST!! BREAST SEDIA!!”

Allah badan aku gigil-gigil tahan gelak. Sebab otak aku literally terbayang breast tengah rehatkan diri. Adakah sedang rehatkan diri bersantai di pulau mabul. Oh god why Taugeh, why do u have to torture us.

“BREAST!!! BERTIGA-TIGA!! DARI KIRI, CEPATT JALANNN!!!”

Sesungguhnya aku tak mampu lagi menahan diri. Ujian yang menimpa gegendang telingaku ini terlampau hebat, akhirnya aku tumpas. Tang breast bertiga-tiga tu, imaginasi aku dah jadi wild.

Aku terburst gelak sekuat hati dikala barisan kadet tengah serious senyap dan sunyi. Semua orang ignore aku, kecuali cikgu kadet KRS aku. Peh tajam pandangan beliau menusuk bebola mata aku.

“Ye Kucai (bukan nama sebenar aku), apa yang kelakar sangat tu?? Dah la tak fokus dengan arahan, berangan pulak tu. U’re out from the formation. U can no longer become a commander candidate for KRS. Mohon keluar dari barisan.”

Nooo. Habes punah impian dan harapan aku. Belom sempat aku show off skill aku jadi commander, dah terkeluar dari senarai terus. Ni semua salah Taugehh!!

Sepanjang Taugeh bagi command pada kadet, aku berusaha sorokkan gelak aku sampai berair mata aku. Aduh tak ku duga sessi kawad kaki ni boleh jadi sefunny tu.

At the end of the day, orang lain yang jadi commander. Bukan Taugeh, bukan Kucai. Aku pon selamat dah join kadet kawad kaki KRS dan dapat mewakili pertandingan kawad kaki sampai peringkat negeri. Muka aku pon hitam legam lagi gelap daripada bontot kuali.

Sekian pengalaman secebis kawad kaki gone wrong waktu zaman sis muda mudi dulu. Alhamdulillah dapat jugak sis lanjutkan pelajaran ke luar negara dan ambil course yang diidamkan walaupun tak dapat jadi komander KRS.

So untuk readers yang masih lagi bersekolah atau aktif badan beruniform di universiti, boleh la prektis sebut command tu dengan makhraj dan tajwid yang betul. Jangan dok naya gegendang telinga anak buah kadet dengan slang yang bukan-bukan tu.

Sekian pesanan dari sis kucai. Terima kasih..

– Adrenaline (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *