Kawal Ego

Assalamualaikum dan hai pada admin kalau sudi post lah kiriman aku , agar jadi pengajaran untuk semua. Macam kebanyakan orang yang post kat sini bukan lah dari uia kan macam tu jugak aku. I’m not a student from iium tapi suka membaca segala masalah dan luahan hati orang-orang kat sini.

Hard to say that, aku seorang yang sangat-sangat ego dulu dan sekarang masih belajar baiki untuk kurangkan sifat yang tak elok ni. Maybe aku je kot yang perangai macam ni such as sanggup tak mesej someone yang aku sayang selagi dia tak mesej aku dulu, tak kiralah sampai 1 minggu ke 2 minggu. aku akan buat donno je even bendanye salah aku. Hakhak. perangai sangat ni. puk kang!!

Awal tahun ni aku putus dengan orang yang aku sayang yang hampir 6 tahun bercintan dengan aku. Macam biasala kalau dah 6 tahun ni tak kan family each other tak kenalkan. Dia dah penat nak mengalah dengan aku, dia cari orang lain yang lagi faham dia dann dannnn tak ego macam aku? maybe. Yee, aku memanglah kalau gaduh takkan start mesej dulu ego tersangatlah tinggi sukar dibendung lagi waktu tu plus suka sangat overthinking samapi kelautan hindi (that mean, dia dengan orang lain lah curang lah buat bukan-bukan lah). Hah. teruk weii. tapi aku taklah sampai curang dengan orang lain. Masa tak contact dia, aku sibuk dengan ig aku, layan twitter lah hape lah dalam diam tengok gak ah last seen whatapp dia. cehhhh. rindu beb.

Bila dah lama dia tak contact aku pun mula lah wondering kenapa dia ni tak mesej-mesej aku ek? ade udang disebalik nasi ke? Ehmm. aku pun rendahkanlah sikit ego aku ni mesej dia. Chat tak balas, bluetick je kau bagi? Okey tak pe aku cuba lagi, mesej hari -hari bagi dia sedar yang “AKU TENGAH PUJUK ENGKO NI, BUKAN SENANG TAU ORANG EGO NAK PUJUK” Hehehe. berkira betulkan ha itulah aku dulu. Dann, 1 day dia balas jugak mesej aku, dia tanya kenapa selama ni abaikan dia? buat tak tahu pasal hati dia? last sekali dia mintak aku cari orang lain tapi dia tak bagitahu pulak dia dah ada orang lain. *sape nak mengaku oiiih* , aku pun rasa lah sedih tu dan rase lain sangat perubahan dia. Aku cuba jugak lah pujuk but it not working(pujuk-pujuk ayam je nak working macam mana!), orang kalau dah jumpa cinta hati baru mana nak pandang kita yang ego ni.

Pada satu hari, firasat aku tak baik ni, aku ade perasanlah ade hamba Allah ni selalu like post-post dia and i think dia nilah maybe dengan ehem ehem tu. Okey lah aku pun tanya dia memang dah ada orang lain ke? dan dia jujur memang ade. So, bermulalah episod duka dalam hidup aku masa tu. Mula-mula memang nampak macam salah dia sebab menduakan tapi bila dikaji semula pokok tak goyang kalau tak ade orang goncang. HAHAHAH. okey senang ceritalah kan mula-mula berpisah tu memang aku rase dia yang jahat sebab curang dengan orang lain tapi pada side aku pulak aku nampak aku tak curang dan aku tak salah, tak de salah langsung! in the end aku mula sedar yang sebenarnya aku pun salah jugak. Kalau aku tak ego sangat tak mungkin jadi macam ni. Mungkin dia fikir aku tak sayang dia. 6 tahun takkan tak sayang oihhh. Tapi , bak kata orang cinta tak semestinya memiliki, kalau benda tu yang buat dia bahagia redhakanlah. Salah aku lah tak fight for that love. aku sayang dia tapi dia dah pilih orang lain lagi pun kalau dengan aku dia dapat sakit hati je. Aku dah move on sekarang dengan cinta tu kononnye padehal tak pernah tak ingat pasal dia.

Pesanan aku, kalaulah ade sesiapa yang perangai iras-iras aku ni baiklah bertaubat cepat, nak ego ego sangat ni nak pergi mana? tak kemana pun dapat sakit adelah. sakitkan hati orang dan diri sendiri. ego tu semua orang ade tapi kena kawal biar bertempat jangan nasi dah jadi nasi impit baru nak menangis bunyi orang mengaji pulak. *reminder untuk diri sendiri terutamanye*. Ego ni bukan part cinta je, tapi part kerja , dengan family @ kawan sekalipun u need to control your ego. Kalau setakat gaduh-gaduh kau janganlah bagi dia je pujuk, sesekali pujuklah pulak, rendahkan ego kau. fahami partner kau. Setia je tak cukup kalau kau tak reti hargai pasangan. Banyak lagi masalah yang kau kena hadap akan datang dan berkait dengan ego jugak. Siapa boleh tahan dengan ego orang tinggi melangit ni? orang yang ego pun takkan tahan dengan si ego tau. Mungkin ade tapi 1 dalam sejuta. Sekarang, aku dah tak macam dulu lagi, ego tu masih ade tapi dikawal, makin matang agaknye. umur dah nak ## series ni bawak-bawak lah insaf ye. Kadang ujian tu datang untuk menyedarkan, jadi jangan fikir tuhan tu kejam bagi ujian kat kita. Hidup ni kena give and take(tolak ansur). Dan yang paling penting bersangka baiklah sesama manusia. Asyik fikir tak baik 24/7 pun tak baik jugak tau nanti jadi sungguh benda yang kau fikir tu. Sekadar berkongsi luahan hati. Spread love.

Moral of the story : control your ego and husnuzhon!

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit