Hai semua. Firstly terima kasih admin kalau siarkan confession saya ni. Sebelum ni saya silent reader je, tapi kali ni saya tergerak nak menulis dan mintak nasihat dari semua.
Nama saya Samosa (bukan nama sebenar) berumur awal 20-an. Bekerja dalam sektor swasta dan mempunyai seorang pasangan. (Bakal isteri InsyaAllah Aamiin).
Saya mempunyai masalah dari segi kawalan emosi. Terutamanya dalam hal saya bersama pasangan.
Saya dulunya orang kenal sebagai seorang yang happy go-lucky dan banyak bercakap. Ya, saya sendiri akui perkara tersebut kerana saya gembira buat semua perkara. Sehinggalah…
Selepas saja tamat belajar pasca Covid, saya memulakan kerjaya diawal usia dan menjadi yang termuda di dalam syarikat.
Hubungan saya dengan pasangan kerap turun naik, dan kemuncaknya apabila saya ditimpa kemalangan dan mengalami satu tekanan perasaan yang lebih dari yang saya biasa alami.
Biasanya saya boleh kekal positif dalam banyak keadaan, tetapi tidak lagi selepas daripada itu.
Saya menjadi seorang yang kurang berminat untuk bercakap dengan orang lain, saya juga perasan pertuturan saya tidak seyakin dulu apabila saya berbual dengan orang lain walaupun dengan rakan sendiri. Perkataan saya seolah olah bersepah.
Perihal dengan pasangan pula saya menjadi sangat egoistik dan tak mampu lagi menahan diri dari kekal tenang dengan pasangan.
Saya menjadi sangat serabut dan pemarah apabila ditekan tekan oleh pasangan walaupun perkara yang kecil. (pasangan saya anak bongsu)
Tapi jangan salah faham, saya hanya marah dalam chat dan tidaklah sampai memaki dsb. Saya masih mampu menahan perkara tersebut walaupun saya merasa sangat terseksa.
Ringkasnya, saya bukanlah diri saya yang dulu, saya kurang semangat, saya mudah marah, letih, serabut, rasa terganggu lebih lebih lagi apabila ada masalah dengan pasangan. Saya akan jadi hilang arah dan sangat tertekan. Kenapa ya?
Disebabkan masalah ini, banyak perspektif dan matlamat hidup saya berubah arah.
Saya yang dulunya bersemangat nak menghalalkan si dia, kini rasa takut dan belum bersedia nak ke fasa seterusnya.
Bab kerjaya pula saya kerap mempersoalkan diri adakah saya di landasan yang betul dan sebagainya. Saya banyak berperang dengan diri sendiri..
Apa nasihat anda untuk saya? Perlu ke saya pergi dapatkan rawatan?
Maaf dan terima kasih ya atas kesudian korang membaca. Sekurang kurangnya saya rasa lega sikit dapat meluah perasaan. Doakan saya
Terima Kasih.
– Samosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit