Kawan

Putus cinta atau putus kawan?mana yang lebih perit?bagi aku,putus kawan lebih perit berbanding dengan putus cinta.cinta boleh dicari ganti,tapi kawan yang benar-benar ikhlas susah kita nak jumpa.

Aku kenal kawan aku ni,aku gelarkan dia A semasa aku berada di sem 1 lagi.seminggu lepas orientasi,kami masuk kelas,masa tu aku tak kenal sapa-sapa lagi,tetiba terduduk kat tepi A,kami kenal dan terus rapat.lepas tu kenal pulak dengan si B ni,B ni roomate A,tapi berlainan kelas.aku kenal dan rapat dengan B pon sebab dia sebilik dengan A,selalu lepak sama-sama,hang out sama-sama,then,kami rapat.hubungan kami memang rapat la,sehingga naik sem 4,semuanya berubah.muncul pulak C dan D dalam geng kami.aku happy je,ya la,at least bertambah geng.masa sem 4,kelas kami yang sepatutnya ada 2 kelas,bergabung jadi 1 kelas.jadinya masa tu kami berlima bertambah rapat la.tambah2 bila dah satu kelas,dok dalam kelas pon dekat2,bila ada on going assesment,ada exam dalam kelas,sama2 meniru nota. Makan sama2,kadang main game dalam kelas bila lect yang mebgajar kau tu membosankan kau.selalu je hang out sama2.

Penghujung sem 4 hubungan persahabatan kita orang bermasalah.rupa-rupanya A banyak makan hati dengan B,roomate dia sendiri.A selalu je ngadu kat aku,C dan D yang B ni selalu je buat dia sakit hati,sejak dari sem 1 lagi.kiranya A ni banyak je la dengan sikap B ni,sampai satu masa,bila kesabaran A dah sampai kemuncak,A meletop.rupa-rupanya jugak C dan D pon tak suka dengan sikap B yang suka cakap lepas dan nak conquer semua barang.nak dia je menang.aku pon memang kureng jugak dengan B,tapi masa tu aku okey lagi.

Naik sem 5,kita orang berempat pon selalu nganjing B kalo B ada buat sesuatu perkara yang kita orang tak suka.ya lah,bila mind set dah setkan kita x suka kat seseorang,kesalahan kecil yang dia buat pon dibesar2kan.sehinggakan masa ni bila kita orang hang out pun,kita orang dah tak ajak B sekali.B perasan yang kita orang dah lain sangat dengan dia,pulaukan dia,tapi dia buat tak tahu.dia cuba nak perbaiki hubungan ni,tapi kita orang yang keras hati,pulaukan B.

Penghujung sem 5,hubungan aku dengan A,C dan D pulak bermasalah.Aku tak tahu sebab apa,perkara ni seolah2 terjadi dalam sekelip mata.aku rasa seolah-olah dorang jugak x suka kat aku.pernah sekali tu,dorang ajak ake lepak,since aku dah lama x lepak dengan dorang,aku pon on ja la.tetiba D terkejut bila dengar aku nak lepak sesama dengan dorang.aku tanya la,asal,x boleh ke kalo aku nak lepak sekali ngan korang?D balas,bukan x boleh,tapi kau kan dah keluar pagi tu,mesti kau penat kan.ya,memang benar pagi tu aku keluar joging dengan rakan2 sekelas aku.dorang ajak aku lepak pada waktu petang.A dan C pon sokong la kata2 D tu.aku pon oke la,dah dorang x nak aku lepak sesama,fine,buat apa nak terhegeh2 kan,yo dok?aku bagi tau dorang aku tak ikut lepak.ingatkan dorang nak pujuk aku sebagaimana D pujuk A bila mana A x nak keluar lepak sesama sebelum2 ni.tapi tak,malah petang tu dorang lepak tanpa aku.aku tahu pon sebab dorang post dalam media sosial.okey,masa tu aku dah tahu dah aku ni siapa,sebab perkara yang sama jugak kita orang penah buat kat B,so aku dah tahulah rentak dorang cam na,dan tak sangka pulak terjadi kat aku.

Sejak pada tu,hubungan aku dengan dorang semakin renggang.sehingga la pertengahan sem 6 aku dah x lepak dengan dorang.dalam kelas pon aku dah x dok sekali dengan dorang.aku dok dengan rakan sekelas aku yang lain.dorang?langsung tak tanya kenapa aku jadi begitu.malah,aku tengok dorang lebih gembira bila mana aku x ada dalam geng dorang.hahaha.

Bila aku fikir balik,muhasabah diri balik dengan apa yang berlaku,aku fikir ini kifarah yang aku dapat sebab perbuatan aku dulu kat B.memang B ni cakap lepas,kadang annoyying,tapi dia seorang yang setia kawan.bila ke mana2 dia ingat akan kawan dia.kalau ada jamuan ke majlis ke apa,kalau makanan dihidangkan secara bufet,dia akan ambik makanan tu untuk kawan dia sekali.dulu,dia ambik bubur untuk aku dan A.berlainan mangkuk,sedangkan masa tu ramai orang.boleh je dia ambikkan bubur semangkuk untuk dia je,lepas tu dia duduk kat meja,tunggu aku dan A ambik makanan masing2,tapi dia tak.dia sanggup bersusah payah beratur ambikkan bubur untuk kita orang.masa tu C dan D tak rapat lagi dengan kita orang.tapi,apa yang kita orang buat?kita orang pulaukan dia,kita orang perli2 dia,tak hiraukan perasaan dia.

Bila terjadi kat aku sendiri,baru aku tahu betapa sakitnya putus kawan.bila mana kau keseorangan,geng2 kau tak pedulikan kau,malah dorang boleh selfie uplod kat media sosial kebahagiaan dorang tanpa mempedulikan perasaan kau.apa yang kau rasa?pedih siot beb.lagi pedih pada putus cinta.kau kehilangan geng yang sama2 masuk air dengan kau.geng yang sekepala dengan kau.geng yang boleh lepak sesama.geng yang sanggup menadah telinga dengar cerita kau yang membosankan tanpa jemu.

Nasihat aku,bila korang berkawan,terimalah buruk baik kawan korang tu seadanya.setiap orang ada keburukan dia masing2,tapi setiap orang jugak ada kelebihan dia masing2.jangan pandang keburukan dia,tapi pandanglah kebaikan dia.dan kalau ada kawan kau yang buat salah,tegur dia elok2.jangan jadi macam aku.antara kami berlima aku yang paling tua,sepatutnya aku nasihatkan adik2 aku tu supaya tak buat macam tu kat si B,tapi aku pulak yang lebih2.aku pon dah terima balasannya.sekarang aku pon dah habis belajar,hari last aku kat tempat belajar,aku rasa jiwa aku kosong.sedih oo bila 3 tahun kau belajar,kawan yang rapat giler dengan kau,yang tahu segala rahsia kau,tiba2 berakhir dengan pergaduhan.tiba2 jadi orang asing dalam hidup kau.terutamanya dengan A,aku terkilan sangat2 bila aku dan A macam orang asing.antara empat orang geng tu,aku paling rapat dengan A.sejak dari sem 1 lagi kot aku rapat dengan dia,tapi in the end,terputus macam tu je.kawan doh,giler tak sedih,putus cinta pon bagai separuh nyawa dah hilang,inikan pulak kawan,lebih dari kekasih kita.pada A la tempat aku mengadu masalah,tapi last2,hahaha. tapi aku bersyukur,sekurang2nya aku dah minta maaf kat B pada hari last aku dok kat tempat belajar.cuma dengan 3 orang tu je sampai sekarang jdi macam tu.

– Cik bunga

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit