Kawan

Assalamualaikum w.b.t. Terima kasih admin sekiranya update confession aku. To be honest this is just a random confession dan maaf andai ada mix language. Aku bukan introvert mahupun extrovert, malah aku sendiri tak dapat define aku sendiri. Sometimes aku suka to be alone and sometimes I want to be in crowd. Tapi ada beberapa guideline aku dalam berkawan. Secara senang nak cerita aku boleh masuk dengan sapa-sapa ja tak kira dia tua, muda atau budak-budak. Maybe boleh dikatetgorikan sebagai communication skills kowt. Hahaha.

Aku sebenarnya anak tunggal. Hidup aku dengan parent aku ja. Jadi kawan-kawan lah orang ketiga terpenting dalam life aku (ikut carta husband, parent, member). Actually dalam berkawan adalah connection bagi aku jadi adalah amat sukar untuk aku nak create musuh. Tapi orang tak suka aku tu benda biasa tapi aku tak ambil endah pun sebab kita pun kadang-kadang ada jugak perangai orang kita tak berapa nak gemar, so k, theirs human. Back to confession, aku suka kenal org, tapi ada had lah dlm bercerita. Seronok kenal perangai manusia ni sebenarnya.

Aku pernah kawan dengan sorang kawan fb (5 tahun lepas), dia post dekat wall nk lepak tapi tak ada member. Then aku komen jom lah. Padahal kitaorg tak pernah bersua lgsung. Then end up kitaorg jumpa dan sekarang masih berkawan rapat siap bercuti bersama. Ada satu story lgi aku tgk movie sorang, sebelah seat aku tu budak ja, maybe dia tgk dgn kakak dia kowt, dia dok berbisik-bisik dekat kakak dia yg dia nk popcorn, nak popcorn, lepas tu aku sua je lah dekat dia share dgn aku sampai habis movie. Padahal aku pun tak kenal sapa adik tu. Sometimes nama pun lupa nak tanya!

Aku ni kira seorang yang customer loyalty gak lah, ada byk kedai yg mmg aku kunjung setiap bulan sebab nak restock skincare ke, fragrance ke, make up ke or anything. Yang kelakar nya bukan takat sales assistant kenal / cam aku instead aku follow dia, dia follow aku, dan ada setengah tu boleh buat teman shopping / teman wayang. Memang happening bila kita pergi kita member kita layan.

Every human have pro and contra masing-masing. Jadi ada setengah mmber yg tak suka outdoor aktiviti, jadi aku ada kategori setiap kawan untuk setiap hobi aku. Jujurnya antara semua kwn-kwn aku, tak ada lebih, tak ada kurang, semua aku equal ja. Semua bagus dalam segi masing-masing. Aku sayang je semua.

Kebaikan lain yang aku nmpak dgn byk kawan atau bukak mulut dulu dengan strangers is byk masalah selesai daripada nasihat tauliah diaorg. Sebab ada certain things dalam life kita, ada manusia yang tak sesuai bagi pndgan untuk permasalahan tersebut. Contoh ada masalah guaman ke apa, perlu counsellor ke, perlu nasihat perbankan ka, jadi masa ni lah kawan-kawan anda yang berjaya tu dapat diambil peluang (bukan ambil kesempatan). Selain free service / perlu belanja mkn je, nasihat diaorg lebih ilmiah berbanding mak cik-mak cik bawang. Opss!!

Jadi hargai lah friendship yang ada tak kira berapa tahun kenal sekali pun, itu bukan ukuran. Kita kena sedar dunia ini bukan kita sahaja, kita kena jaga hubungan sesama manusia. Buat baik selalu.

Nota kaki: Aku tetap ada bad experiences dengan human being but somehow I guess it not a big deal for me. Aku doakan org tersebut sentiasa bahagia dan di rahmati Allah. Well a good person will be a good memory while a wrong person will be a good lesson, so appreciate both. Confession ini sempena bulan convocation . Sekian Terima Kasih.

– Hana

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit