Assalamu’alaikum kepada semua pembaca. Sebagai confessor, saya akan kongsikan tentang pengalaman pahit saya dalam dunia persahabatan.
Dulu saya mempunyai seorang sahabat yang rapat dengan saya, itupun sebab nama kami sama. Alhamdulillah, rezeki nama kami sama yang menyebabkan kami jadi rapat dan bahagia.
Sudah sembilan tahun kami berkenalan namun persahabatan kami terputus pada tahun 2020 ini, sebenarnya memang dari dahulu saya tidak mahu lagi bersahabat dengan dia kerana sikapnya.
Saya tahu pembaca sekalian akan menasihati saya agar jangan memutuskan tali silaturrahim walau bagaimanapun sikap seseorang itu.
Ya, pembaca sekalian mudah sangat “memberi komentar” tanpa memikirkan dalam-dalam perasaan confessor, kalau perkara yang sama alami ini berpatah balik pada si penasihat itu baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah.
Saya berkata begini bukan untuk menakut-nakutkan sesiapa, tetapi saya cukup tidak suka orang yang pandai “bercakap” tapi diri sendiri belum mengalaminya lainlah kalau nasihat itu sesuai dengan situasi, itu tidak mengapa.
Saya sendiri sampai sekarang dah fobia nak berkawan dengan orang sebab apa yang saya expect hanyalah yang baik-baik sahaja, saya serik menerima keburukan orang lain.
*Pss, tak ada kena mengena dengan dosa pahala kat sini, saya maksudkan di sini ialah “akhlak”, saya mengharapkan agar kawan baru saya nanti adalah yang baik akhlaknya sepanjang masa.
Nak tahu kenapa kami putus? Saya harap pembaca sekalian baca kronologi cerita di bawah dan walaupun perkara ini berlaku sewaktu saya seolah menengah, ini bukan bererti cerita ini tidak mengandungi kematangan.
2015
Pada waktu ini, aku menjadi mangsa buli rakan-rakan. Topi kadet remaja sekolah dilempar ke kipas siling sewaktu kipas siling sedang ligat berpusing, kuih muih yang saya bawa ke sekolah diludah oleh rakan kelas ke muka saya.
(Pada mulanya saya beri mereka makan tapi malangnya ini yang berlaku), kalkulator saya dirosakkan, zip beg digunting,
Kelas bahasa inggeris saya tidak dapat fokus kerana teacher asyik memarahi saya padahal saya tidak berbuat apa-apa kesalahan pun dalam kelas.
(Ini disebabkan kawan saya yang merupakan kaki buli mengetuk bahagian bawah meja kayu tempat saya duduk sehingga menghasilkan bunyi bising yang menganggu sesi pembelajaran yang sedang dijalankan)
Malangnya sebab saya ditempatkan bersama mereka dalam satu kelas oleh kerana kelas bahasa inggeris kami dibahagikan oleh cikgu kepada tiga kelas yang berbeza,
Buku matematik yang saya pinjam dari kawan namun selepas dipulangkan kembali saya dituduh meniru oleh kawan saya yang beri saya pinjam buku itu lalu saya pun dimarahi oleh cikgu matematik dan termakan kata-kata pedas darinya,
Dan pelbagai macam lagi pengalaman pahit yang saya rasa pada tahun itu.
Namun kawan baik saya tidak pernah memujuk atau memberi kata-kata semangat seolah-olah dia tidak mengambil peduli.
Sikapnya terhadap saya membuatkan saya jadi tidak tenang setiap kali melihat kehadirannya ke sekolah, bahkan sampai pada suatu hari dia tidak datang dan hati saya pada masa itu jadi tenang tak terkata.
Dia memarahi saya tanpa sebab walaupun saya duduk di sebelahnya sebelum waktu perhimpunan, dia marah kononnya saya memandang mukanya padahal saya memandang ke arah lain yang kebetulan menghadap ke arahnya.
Saya tidak faham kenapa dia bersikap demikian terhadap saya padahal saya tidak melakukan apa-apa kesalahan pun.
Tidak cukup dengan itu dia menuduh saya menggunakan sihir kerana saya memperoleh markah yang lebih tinggi dari kawan-kawan lelaki saya yang lain, markah paper Sains saya.
2016/2017 (seingat saya)
Pada waktu itu dia dan rakan-rakan yang lain bermain jutaria, pada masa itu saya baru masuk ke dalam kelas dan menuju ke arah meja mereka.
Dia memarahi saya lalu menghalau agar saya berpindah ke tempat lain dari situ, saya tetap mahu duduk untuk melihat mereka bermain dan saya duduk berhadapan dengannya lalu dia kalah.
Akhirnya dia tuduh saya yang menjadi penyebab kekalahan dia dalam permainan jutaria, dia katakan saya pembawa bala.
2018
Meja cikgu patah dan jatuh, kami usung meja itu ke bengkel untuk dibaiki.
Selepas dibawa naik ke kelas dengan peralatan-peralatan khusus untuk membaiki meja itu, saya dihalau oleh kawan rapat saya ini untuk duduk bersendirian di tempat saya sendiri agar tidak masuk campur untuk membaiki meja cikgu.
Padahal saya ingin bekerjasama tetapi entah kenapa dia buat perangai begitu pada saya. Saya hampir murung pada masa itu dan mulai tidak suka kepadanya.
Namun takdir Allah, dia pindah ke Kolej Vokasional. Saya bersyukur sangat kerana Allah telah merealisasikan kesedihan saya dalam bentuk ganti yang lebih baik.
2020
Saya sedang mendirikan solat asar, dalam jam 6 setengah petang. Tiba-tiba dia datang ke rumah, saya berada di atas dalam bilik.
Ibu memanggil saya, saya tidak dapat memberhentikan solat walaupun saya tidak tahu siapakah yang datang ke rumah pada masa itu. Seusai solat, saya bertanya kepada ibu saya:
“Siapa yang datang tu mak?”
Ibu saya pun memberitahu sekian sekian. Dan pada masa itu saya baru tahu yang datang ke rumah saya tadi adalah kawan rapat saya.
Pembaca tidak perlu bertanya kenapa saya tidak mahu berjumpa sebab saya dah pernah bertemu dengan dia berkali-kali walaupun selepas dia berpindah sekolah,
Sikapnya yang tidak matang membuatkan saya jadi lebih benci dan ingin mencari kawan rapat yang baru yang jauh lebih baik lagi.
Sampai sekarang, saya masih fail bahasa Inggeris akibat gangguan pembelajaran dalam kelas pada tahun 2015.
Alhamdulillah saya sedang berusaha belajar bahasa Inggeris dari yang asas, doakan saya moga saya dapat menghabiskan pembelajaran bahasa Inggeris saya sebab masa yang ada sekarang ini hampir suntuk.
Semoga, pembaca sekalian doakanlah untuk saya agar dipertemukan dengan kawan baik yang baru dan lebih baik serta dapat membahagiakan saya.
Saya juga ada masalah dalam keluarga, wajah saya dikatakan kelihatan sedih walaupun saya tidak sedih, mungkin terkesan dengan kemurungan yang saya alami suatu ketika dahulu.
Mudah-mudahan, kalau doa kalian dimakbulkan oleh Allah dan saya memperolehi apa yang saya inginkan dapatlah mengubah riak wajah saya menjadi lebih berseri-seri dan tidak kelihatan muram seperti orang sakit.
Saya juga ingin merasa nikmat hidup berkawan dan berkeluarga seperti orang lain, saya juga manusia, saya juga mempunyai jiwa, saya masih muda, jangan beri sebarang komenter jika kalian tidak faham sifat lahiriah anak-anak muda seperti saya.
Jika ingin menasihati, silakan, biar saya yang baca dan saya akan menilai sendiri. Saya tidak menghalang pembaca untuk memberi komenter atas kisah-kisah saya ini.
– Lutfi (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit