Kawan

Assalamualaikum, harini aku nak cerita tentang cerita aku zaman sekolah dulu. Aku namakan diri aku Batrisya.

Zaman sekolah dulu mesti kita ada orang yang kita pernah suka, ataupun minat, confirm punyaa haa so ni cerita kisah cinta ataupun drama aku pada zaman sekolah dulu. Tersangatlah banyak drama.

Aku ada sorang lelaki yang aku suka dari aku form 1, aku namakan dia Amirul. Aku berkenalan dengan dia dari kelab suka yang kami masuk sama sama. Dia peramah dan baik orangnya. Aku pun kenal kenal dia macam biasa.

Kami start bersembang dan bermain ii ketika lepas kelas, dia selalu mempersendakan aku, selalu kenakan aku, dia sangat baik dengan aku,

Sejujurnya dia adalah lelaki yang pertama yang approach aku dan tak judge aku dengan rupa aku yang takdelah cantik sangat dan selekeh orang nya.

Jadi aku agak terpegun dengan cara dia melayan aku, dup dap aku terjatuh hati dengan Amirul ni. Kami jadi rapat sebab minat sama iaitu game.

Setiap kali main game, aku mesti ajak dia, invite dia dalam party main rank semua. Aku jenis kalau suka memang susah nak move on.

Jadi aku betul betul syok dengan dia lah zaman tu. Kami jadi rapat sangat sampai ada yang tanya kitaorang ni ada something ke?

Citer ni start bila aku masuk form 3, aku start rapat dengan sorang perempuan ni, aku namakan dia Aina. Dia cantik, lembut dan baik orangnya.

Kami ada minat yang sama, dia introvert aku pulak extrovert, terlalu friendly dan happy go lucky, dia minat game sama dengan aku dan Amirul.

Jadi aku ajak lah dia main sama-sama dengan Amirul. Kami jadi makin akrab, kalau boleh setiap hari main game sama-sama, tak pernah miss. On call sama ii, bersembang lepas balik sekolah sampai malam. Jadi rutin harian dengan dia.

Drama ni berlaku semenjak aku dah mula suspicous dengan diaorang berdua ni. Aku pelik sebab aku rasa Aina ada something yang dia hide dengan aku. Satu hari aku dan Aina lepak di rumah kawan kami.

Aina ada kumpulan dia sendiri, tapi aku takdelah termasuk, suka menyemak katanya. Jadi aku pinjam fon kawan aku untuk hal homework katanya sebab aku ada ternampak something yang kawan Aina scroll di telefon bimbit dia,

Jadi sikap ingin tahu aku dan susah hati aku tu datang dan cuba pinjam fon dia dengan alasan tengok gambar homework dia.

Aku terscroll gallery kawan aku lalu nampak Aina dan kumpulan dia tangkap gambar dengan Amirul, seperti meneman dia “berdating” katanya.

Aku terkejut dan mampu berdiam depan diaorang. Aku terkaku tengok gambar tu. Aku remuk kiranya. Aku cuba kawal expression aku depan diaorang dan bagi fon tu balik kat kawan Aina.

Aina dan kumpulan dia aware yang aku memang syok dekat Amirul, aku selalu cerita kat diaorang pasal Amirul tu kalau boleh sampai tahap diaorang menyampah lah kot haha.

Aku tertanya jugaklah kenapa diaorang buat aku macam ni? Lambat laun, hari berlalu aku dapat tahu yang sebenarnya Aina sudah “bersama” dengan Amirul.

Aina approach aku dan minta maaf dekat aku sebab ni. Hati aku rasa macam dipermainkan, aku rasa sangatlah terpedaya dan betray dengan kawan baik aku sendiri,

Kawan yang selalu ada dengan aku, yang aku selalu cakap pasal Amirul dekat dia, share masalah masing ii, susah senang bersama. Rupa- rupanya, dia tikam aku macam tu je?

For your information, masa ni aku form 3, kira 3 tahun jugak aku memang syok kat Amirul. Aku ada sebab kenapa aku tak confess dengan dia, Amirul ni playboy, dan aku aware pasal benda ni.

Sebab tu antara sebab aku tak confess dekat dia, dan jugak aku ni pengecut susah nak hadap benda cinta ni, aku jugak bukan lawa pun, semua taste Amirul tu memang tinggi, aku tak mampu, sapa je aku?

Tapi aku rasa betul kesal dengan perbuatan Aina, aku marah dan tak menyapa dia sebulan tu, tapi ended up aku berbaik dengan dia semula.

Aku rasa, sekarang ni sapa yang salah, ada kah aku sebab tak buat first move ataupun Aina? Susah aku nak hadap mula mula tetapi, lepas apa terjadi aku moveon, lantaklah diaorang, so aku pun try suka orang lain.

Dup dap aku terjumpa sorang laki ni at the same time too, dia pendiam dan bijak, hensem, tinggi pulak tu.

Aku suka kan dia dan mula cerita kepada Aina and the geng yang aku suka kat lelaki tu, diaorang selalu ejek aku dengan mamat tu jadi aku pun apalagi syok giler kat dia time tu!

Tengok-tengok lepas sebulan tu lelaki tu pun diambil dengan geng si Aina tu! Aku namakan dia Aisyah, dia one of the geng Aina tu, yang aku rapat jugak,

Aku dapat tahu sebab aku nampak dia berchat mesra dengan lelaki tu dan serta diam ii tangkap gambar bersama, aku ternampak dan terus berlalu.

Aku tanya dia kenapa dia buat macam ni, tapi aisyah cakap salah aku sebab aku tak buat first move, dia marah aku pulak.

Dalam masa dan tahun yang sama, aku kena betray 2 kali dengan kawan akrab aku. Kat sini aku banyak belajar moral value, dan berubah dalam fizikal dan mental.

Aku bukan marah sebab lelaki, tetapi aku menyesal dan kecewa dengan tingkah laku kawan yang aku percaya sangat dan selalu ada disisi aku buat macam ni. Aku sayang diaorang sangat ii tetapi apakan daya. Aku lambat laun tu jugak berbaik dengan diaorang.

Aku start berubah masa aku form 5, aku makin hilang berat badan kerana selalu skip makan dan mindset aku sangat berubah kearah agama,

Aku sudah tak minat dengan kisah cinta ni, kalau ada pun setakat minat je tiada lebih daripada tu, walaupun aku ni jenis cepat suka orang tapi aku kawal.

Aku cuba tutup hati aku. Sehingga ramai tanya aku, eh Batrisya kau dah berubah, makin lawa pulak tu, kau memang lain la sekarang! Itu yang mereka tanya, dan one of them adalah Aisyah. Nak je aku cakap, korang yang buat aku macam ni!

Tapi apakan daya, end up Aina dan Amirul tu hanya bertahan sebulan je time form 3 tu, dan aku memang tak terkejut benda tu jadi sebab Amirul tu memang playboy ramai perempuan pun. Aku dah tahu pun masih suka jugak dia dulu, maklumlah cinta tu buta kan, hmm..

Dan Aisyah tu juga tidak tahan lama bersama dengan lelaki yang aku suka selepas Amirul tu ish ish. Zaman sekolah memang banyak ajarkan aku untuk mencari kawan dan pandai memilih kawan.

Aku bukan apa tapi banyak lagi diaorang buat kat aku tapi tanak cerita lebih. Tapi aku berterima kasih dengan diaorang, dengan sikap diaorang aku dapat berubah menjadi orang yang lebih baik.

Dan jujur, siapa yang kenal aku sekarang memang tak akan kenal aku yang dulu yang rupa lain dan perangai yang sangat lain seperti sekarang.

Sudah 3 tahun berlalu, aku mula start menjaga penampilan aku, dan aku sudah menjadi student universiti, kisah drama aku di universiti jugak lagi menarik berbanding drama di sekolah aku, hehe.

– Batrisya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *