Kawan Aku

Assalamualaikum kepada admin dan warga IIUMC-BM sekalian. Salam sejahtera aku ucapkan pada non-muslim.

Terima kasih pada admin kerana sudi untuk siarkan confession aku. Terima kasih juga pada korang sebab sudi click confession aku ni. Aku harap korang terus baca sampai ke bawah dan beri pendapat korang. Aku baca komen sorang2, ok? Thanks.

Aku intro dulu diri aku. Sikit je sebab aku tak pandai berjela2 ni. Nama aku Amir (bukan nama sebenar), 23 tahun dan menetap di semenanjung tanah air. Seorang yang sopan, pemalu dan tak pandai mengecilkan hati orang.

Daripada tajuk yang korang nampak di atas, aku rasa korang mesti tahu apa yang aku cuba untuk ceritakan. Yes. Confession ialah tentang KAWAN aku.

Kawan aku ni nama dia Z (bukan nama sebenar), berumur 30 tahun dan sudah berkahwin. Lelaki. Bekas mat rempit dan bekas playboy. BEKAS ya! Sekarang dia ialah seorang yang menjaga agama!

Aku start kenal dengan si Z ni di sebuah pusat pekerjaan kami. Kami memang selantai juga sebumbung dan berjumpa tiap2 hari. Jadi, memang kami ni boleh dikatakan agak rapat lah.

Dia memang suka rapat dengan aku dan cara dia bercakap pun sangatlah sopan mungkin sebab aku pun merupakan budak baik so dia pun hormat aku macam aku hormat dia. Dia lebih tua dari aku, jadi memang kebiasaan aku akan cakap dengan tersangatlah sopan dan lembut walaupun lelaki sesama lelaki.

Tapi, apa yang menjadi bagi diri aku ialah cara dia bercakap dengan aku dan cara rapat dia dengan aku. Dulu, Kalau aku ada dekat tempat tu dan dia pun ada juga kat situ, dia akan datang dekat aku dengan cara seolah2 memikat dan meminta attention. Dia akan mula menegur aku dengan suara yang lembut dan agak ‘comel’.

Bagi aku, benda ni tak normal sebab kalau dia dengan orang lain, dia bercakap dengan cara yang gentle dan selamba termasuk dengan kaum perempuan. Tapi, aku pula berbeza. Pelikkan? Selalu puji muka aku dan nak tahu kehidupan aku. Selalu nak tahu aku pergi mana, bila aku balik dan usya rumah aku. Seram.

Selain itu, dia suka kalau aku berbual dengan dia hanya berdua-duaan di sesuatu tempat. Apa yang aku lagi pelik, bila dia berbual dengan aku. Mata dia suka tengok bahu aku, pipi aku, dada aku dan sebagainya.

Pandangan dia tu bukan pandangan biasa tapi pandangan “menangkap”. Aku kalau bual dengan member aku, tak biasa nak usya badan member aku kecuali berbual dengan member perempuan lawa. (normal kan? Hahaha. Ok. Aku jaga pandangan ye korang. Aku tahuuu).

Dia pernah cerita kat aku yang dia memang kurang berkeinginan untuk lakukan hubungan sek* dengan isteri dia. Bila ditanya kenapa? Macam2 alasan diberi. Nampak tak normal pula. Lelaki straight ke tu? Entah lah. Nauzubillahiminzalik. Tapi ada anak seorang. Perempuan anak dia.

Pada suatu masa tu, aku ada berminat dengan seorang perempuan tu dan aku berkongsi isi hati aku tu dengan dia tapi apa yang aku dapat ialah response hambar dia.

Aku tengah bercerita, dia alihkan fokus dia pada aku yang lain. Tapi dulu, mula2 aku rapat dengan dia, selalu tanya aku yang aku ada awek atau tak secara tiba2 walaupun baru kenal. Apa yang dia buat memang buat aku curiga sampai ke hari ini. Hahaha.

Bila aku gurau kasar dengan dia sikit, dia dah mula sentap. Macam mana aku boleh nampak dia sentap? Bila dia cakap sesuatu perkara tu waktu kitorang sedang berbual, kedengaran suara yang hampir nak menangis, boleh nampak ‘mood’ dia berubah dan air muka yang berubah.

Aku pun buntu bila dah jadi macam tu sebab aku rasa aku gurau perkara yang tak sensitif dan terlampau lah kecil pada hakikatnya. Mudah betul dia merajuk. Dia memang mudah dan cepat menangis sebab apa aku tahu?

Sebab bila dia marah aku disebabkan suatu kerja tu yang melibatkan aku, dia marah aku dan tak lama lepas tu, aku jumpa dia balik mata dia merah. Kau bayangkan, lelaki menangis sebab marah lelaki? Aku rileks je. Haha.

Selain tu juga, aku ada kawan sekrja dengan dia juga. Budak tu jenis lurus dan baik. Banyak2 budak lain, budak tu yang selalu dia cerita kat aku walaupun tak ada kaitan dengan aku.

Aku syak dia ni ada nafsu songsang sebab dia ni aku rasa kurang kasih sayang lelaki. Masa kecil selalu kena pukul dengan ayah jadi aku rasa dia hauskan kasih sayang lelaki yang baik dan boleh layan dia tanpa mengecilkan hati dia.

Kalau aku buka baju, mesti dia akan jadi macam terpegun dan terkejut. Padahal, perkara tu normal bagi sesama lelaki. Jangan tanya kenapa aku buka baju, biasalah kalau dah tengah gotong royang, buat kerja lasak sikit. Automatik orang lelaki buka baju. Tapi dia jaga pandangan dia lepas tu.

Haha. Kau ingat aku perempuan ke? Aku pun tarik seluar sampai atas pusat lah. Hahaha. Dunia pelik2. Dulu, memang dia suka pakai baju ketat2 dan fit.

Aku pernah baca artikel. Lelaki tak straight (biseksual) ni dia suka baju fit, sweet talker dengan isteri dan anak tapi kurang berkeingan sek*.

Jadi, aku nak minta pendapat korang terhadap si Z ni berdasarkan penceritaan aku kepada korang ni. Mungkin korang ada pengalaman dan pengetahuan lebih mendalam lagi pasal perkara ni. Aku lebih nampak dia ni seorang biseksual bukan gay sebab gay tak boleh bagi zuriat.

Ok terima kasih admin dan korang. Bye, Assalamualikum!

– Amir (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc. com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *