Assalamualaikum.. korang panggil aku Code, bukan nama sebenar. Aku kat sini menulis tentang kawan aku.
Aku tak pasti aku ni dikategori sebagai kawan toksik ke atau pendengki kebahagiaan orang atau aku ni kuat mengongkong, aku tak pasti. Pada aku, aku cuma nak protect kawan aku dari manusia tak guna yang ambil kesempatan.
Korang semua mesti ada sahabat or kawan rapat yang korang tak nak tengok dia menangis kan?
Okay, back to story, aku ada sorang kawan yang hidup dia sebok dengan nak mencari cinta lelaki, dari zaman belajar, sampai sekarang. Kita semua setiap orang banyak masalah lain, tapi masalah dia, hampir semua berpunca pasal lelaki.
Disclaimer : Ni bukan nak bagi lelaki² triggered ye, ni luahan aku.
Kawan aku dari zaman belajar sampai hari ni aku tak tau kenapa dia selalu menarik lelaki yang “kaki kikis” & “pergunakan dia”. Lelaki yang datang kat dia mesti lelaki² yang akan minta dia macam². Korang tau tak, dari zaman belajar, aku keep tengok dia nangis.
Bila dia ada masalah dengan lelaki, dia nak bunuh diri, nak telan panadol dan sebagainya. Nak buat satu benda yang bahayakan diri.
Sebagai kawan, korang tau tak aku risau, asalkan dia “jatuh dalam lumpur cinta lelaki dan hampir mati”, aku yang selamatkan dia, bagi dia kata² semangat, bagi nasihat, bawak dia keluar, main bowling, buat aktiviti yang boleh bagi dia lupa pasal “lelaki²” yang buat dia kecewa.
Lelaki² yang dia minat, kebanyakkan dia mesti kaki kikis (main character). Aku tak tau sebab apa, tapi mungkin sebab kawan aku pun jenis “terlalu baik” sampai bila dia dah sayang or cinta, dia sanggup berhabis duit dan sebagainya.
Baru² ni dia bercinta dengan orang minority negara luar, awal perkenalan dia dengan lelaki tu, dia dah pandai curi & gadai barang kemas semata² nak tolong pakwe dia. Tapi sampai sekarang lelaki tu masih tak bekerja, tak ada improvement nak hidup bersama.
Aku nampak lelaki tu tabur janji² manis saja kat kawan aku. Lelaki tu banyak kali dah curang, bila curang saja kawan aku mengadu kat aku, bila aku nasihat, tak makan. Benda ni berulang² dari zaman belajar sampai sekarang.
Akhirnya aku bosan dengan sikap kawan aku. Pada aku, Tuhan dah bagi dia petunjuk dan sebab untuk dia tinggalkan lelaki macam tu tapi dia tetap stay, aku tak pasti kalau dia berharap lelaki tu akan berubah and all.
Bila dia bergaduh, aku perasan dia sedar yang one day dia yang akan contribute more to 100% dalam married (bab tanggungjawab)
Tapi aku tak tau kenapa, kenapa dia masih tak nak lepaskan diri dari hubungan macam tu. Padahal bila dah nampak hint terang² macam ni sebagai perempuan better kita angkat kaki, jalan.
Korang tau tak, sebagai kawan aku nak yang terbaik untuk kawan aku, aku tak kisah atau tak cemburu pun kalau kawan aku dapat seorang lelaki yang boleh jaga dia,
Yang sayang dia ikhlas, yang tak minta duit dia, tak sakitkan hati dia sebab aku jenis kawan yang tak ambil port pasal kebahagiaan kawan, cuma aku ambil port bila kawan kau start menangis, cerita macam².
Tapi apakan daya, aku hanyalah seorang kawan, yang sekarang ni dah putuskan persahabatan. Aku tak nak terlibat dengan kawan aku. Aku tak boleh bantu dia, dia yang tentukan journey hidup dia. Bila aku sindir, dia bengang, dia tak boleh terima apa aku cakap.
Bila dia baik dengan lelaki tu, dia tatang macam minyak yang penuh, tapi bila dia gaduh and all, dia mula nak bunuh diri, cakap macam orang tak betul.
Korang tau tak, dia biasa tak makan semata² nak bagi duit kat pakwe dia. Dia lagi prefer tak makan dan gunakan duit yang parent bagi untuk pakwe dia.
Dia sanggup berhabis duit, pergi rumah pakwe dia, tapi pakwe dia tak pernah datang rumah dia pun. Aku tak nak judge apa² tapi sebagai kawan, aku tak nak keep tengok dia terluka.
Tapi mungkin dia fikir aku ni cemburu. Like if orang normal, korang tak heran or cemburu pun kalau kawan korang dapat pakwe macam tu.
Korang cuma nak selamatkan dia saja dari terus terjerumus.
Korang tau apa, pakwe dia banyak kali curang, dia banyak kali nak bunuh diri dan cakap dia tak cukup baik, tak cukup bagus tapi bila dah baik, lupa diri.
Dia sound aku sebab aku perli, dia cakap setiap hubungan mesti ada pasang surut, jadi tak payah bagitau dia apa dia perlu buat.
Perghh, aku baca tu, hati aku tak sakit, cuma aku terfikir, apa dia buta atau macam mana. Hmmm tu bukan pasang surut lagi. Setiap hubungan mesti akan ada gaduh, tapi kalau dah curang banyak kali, tu bukan pasang surut.
Orang normal kalau selagi belum kawin takkan bagi peluang banyak kali, mesti ada limit kesabaran dia. Selalunya perempuan dah kawin saja yang sabar tahap dewa² ni, kalau belum ada ikatan, memang dah lama kena tinggal if buat banyak hal. Aku tak tau laa. Aku penat.
Kalau aku kawan yang toksik, aku memang kejam, tapi ntah laa. Dari awal lagi aku memang tak berkenan dengan pakwe kawan aku ni sebab aku perasan yang kawan aku dah pandai nak pinjam duit kat kawan² hanya sebab nak tolong pakwe dia.
Sampai aku terpaksa menipu yang aku takde duit. Aku luahkan apa aku rasa ni kat kawan aku sejak awal² lagi tapi “bagai jirus air ke daun keladi”, air tumpah, daun tak basah.
Dia keep dok cerita gak pasal pakwe dia, setiap kali keluar, sepanjang kat luar tu, dia cerita pasal pakwe dia saja macam takde topik lain.
Aku sendiri pun ada tunang, tapi xde la dok cerita pasal tunang aku. Banyak lagi benda aku nak story dengan dia, bukan hal lelaki saja. Aku ajak pergi bercuti, dia bantai nak bawak pakwe dia. Cancel terus. Pakwe dia pergi bercuti dengan kawan² pun takde nak bawak dia.
Kalau boleh dia nak berkepit saja dengan pakwe dia which is pada aku bosan teruk tapi aku tak boleh judge. Kat whatsapp pun dia update aku pasal dia dengan pakwe dia, dia snap pic pakwe dia n send kat aku, dia tunjuk aku itu ini bila dia dengan pakwe dia.
Aku tak tau kenapa perlu update personally kat aku dan sentiasa nak cerita pasal pakwe dia. Dia tau aku tak suka perangai pakwe dia, aku happy n lega kalau dia dapat lelaki yang baik tapi bila dapat lelaki macam ni, aku rimas nak dengar.
Lagipun setiap manusia normal takde nak story pasal kisah cinta or update kat kawan baik pasal pakwe sendiri terlalu kerap.
Dulu aku terima kalau dia nak cerita pasal pakwe dia saja, tapi lama² aku penat sebab balik² benda yang sama happen, pakwe dia curang, pakwe dia tipu dia, dia curiga, dia nak bunuh diri. Balik² tu saja la benda yang sama berulang².
Kalau pakwe dia buat dia happy, dia update kat aku personally. Bila pakwe dia buat dia nangis, lagi la. Sedangkan aku dah banyak kali bagi warning kat dia pasal “JAGA HATI SENDIRI”.
Aku akui, dalam hubungan aku pun ada pasang surut, ada masa aku bergaduh atau overthinking, aku sendiri pun tak perfect,
Sebelum betul² aku berserah pada Allah pada hubungan aku sekarang, gaduh tu memang kerap, tapi tunang aku berusaha buktikan dia bukan macam yang aku selalu cakap,
lama² aku berubah slow² jadi yang lebih baik dan aku set otak aku untuk tidak terlalu berharap pada manusia. Sebab bila² masa Allah boleh bolak balik hati manusia. Aku tak nak sakit kalau terlalu berharap.
Alhamdulillah aku tenang dari berfikir negatif kat tunang aku. Aku redha kalau apa², pada aku kalau dia ikhlas, dia tau jaga diri dia utk aku, aku tak payah nak kawal or paksa.
So aku tak peduli sangat dan fokus dengan kerjaya sebab tunang aku pun fokus dengan kerjaya dia untuk masa depan kitorang.
Sejak aku busy dengan banyak benda, dah makan tahun juga aku tak cerita apa² pasal tunang aku kat kawan aku lagi, gaduh ke apa ke, aku hadap sensorang, tapi sebabkan dah biasa, jadi kitorang bertekak ke gaduh ke, tak lama pun.
Masing² dah tau cooling time memasing apa perlu buat kalau dah start bertekak, takde lagi nangis ke mengamuk ke macam awal kenal dulu, relax² saja. Dua² tak amik port. Lepas tu start gelak balik.
Sekarang aku sibuk dengan kerjaya dan fokus nak kawin, lagi takde masa kitorang nak gaduh, kengkadang saja jumpa lunch sesama or kalau ada masa pergi layan anime kat wayang, sebab kitorang kaki anime.
Dan aku fokus pada macam mana nak invest duit untuk masa depan aku.
Pada aku itu pasang surut hubungan, gaduh dulu pun sebab salah faham dan ego kedua² pihak. Tapi kawan aku gaduh sebab curang (ada bukti bukan main tuduh² ni)
Dan pergaduhan tu terjadi mesti sebab satu arah saja, bukan dua² punya sikap, satu pihak saja yang keep buat perangai ni, kalau sekali dua kawan aku nak bagi peluang kat pakwe dia, aku terima tapi kalau selalu sangat, aku tak tau itu kategori apa.
Aku rimas bila kawan aku selalu mengadu pakwe dia curang, menangis, menangis, menangis. Dok menangis bergelen² air mata sebab pihak sebelah, tapi still stay dalam perhubungan toksik dan anggap tu pasang surut hubungan.
Lagi pula pakwe dia dah pandai minta itu ini kat kawan aku padahal belum kawin lagi. Macam mana. Siap suruh kawan aku buat loan. Gila tak gila, tapi part tu kawan aku bijak, dia tak buat.
Aku dah nasihat tapi tak jalan. Aku dah try nak buka mata kawan aku, tapi tetap tak ada function. Last² aku penat, better aku tinggalkan kawan aku dengan dunia dia.
Cuma dia lupa, siapa yang bersusah payah untuk dia kembali senyum setiap kali hubungan² dia dengan lelaki² toksik gagal.
Siapa yang angkat dia n risaukan dia bila dia nak bunuh diri. Aku bukan nak award kawan terbaik ke atau nak rosakkan kebahagiaan dia, cuma cukuplah jadi bijak dengan fikirkan diri sendiri, hati sendiri.
Dia boleh nampak masa depan dia, tapi dia tak peduli nak ubah, sedangkan boleh lagi diubah sebab belum kawin lagi.
Kebahagiaan apa yang dia cari, aku tak pasti. Salah ke aku suruh dia ubah, lelaki banyak lagi kat luar sana yang lagi baik, bukan main tangkap muat saja lepas tu bagi alasan “setia pada satu”.
Bila kena perli, dia ungkit pasal aku dengan tunang aku dulu gaduh lagi teruk tapi still gak sekarang nak kawin, kenapa aku tak blah saja dari tunang aku.
Lah, tunang aku bukan minta duit aku, bukan buat perangai, dulu aku saja yang keep bersangka buruk sebab aku takut nak percayakan lelaki, takut aku terluka lagi tapi sekarang aku yang ubah diri sikit² sebab aku tau sikap aku teruk.
Tunang aku pun ada gak salah, tapi bukan salah besar macam curang or kikis duit aku, or memukul ke apa ke.
Kawan aku samakan level gaduh aku dengan gaduh dia sedangkan apa dia tau pasal aku dengan tunang aku cuma sikit saja,
Selebihnya aku tak cerita kat sesape, happy kitorang n dalam proses perbaiki sikap memasing tu, aku pun tak cerita pasal tunang aku kat sesape dah lepas tu, kitorang buat hal sendiri.
Zaman belajar dulu aku keep risau, bila kawan aku nak bunuh diri, aku ajak keluar buat aktiviti, aku habiskan duit aku sebab nak dia release tension, nak bagi dia happy balik sebab aku pernah tengok,
“Kawan aku main bowling tapi dalam keadaan menangis”, aku pernah dengar dia meraung, menjerit dalam hp sebab lelaki.
Kau rasa aku tak takut ke ? Tak risau ? Tapi bila apa aku buat ni sia², lepas sorang, sorang lagi lelaki toksik dia kutip, aku dah naik bosan.
Naik menyampah. Sebab aku sorang saja sayang dia. Dia macam tak sayang diri dia pun. Apakehe. Benda ni berlaku dah makan belas tahun, dari zaman masing² belajar sampai aku pun dah nak kawin. Kitorang tak selalu jumpa, masing² ada life masing² dengan kerjaya masing².
Tapi once aku call, selalunya sebab aku nak luahkan masalah, kadang² stress dengan kerja, dengan family, dia pulak kalau call mesti nak luahkan pasal pakwe. Lama² orang tak tahan.
Macam mana nak tahan kalau kau berbuih mulut nasihat tapi dia nak ikut jalan salah, sedangkan awal² dah boleh hindar sebab belum kawin lagi.
Kalau dah kawin tu lain la, aku tak boleh masuk campur n aku dengar saja luahan dia. Tapi benda masih peringkat awal, aku risau kawan aku kecewa lagi.
Mungkin ada yang nampak aku macam kongkong dia, tapi sebenarnya aku dah tak sanggup nak tengok kawan aku menderita.
Aku hanya harap pakwe dia ni akan jadi laki dia one day dan berharap dia dapat kebahagiaan tu. Walaupun dia sendiri sedar akan masa depan dia kalau dia berterusan dengan pakwe dia sekarang. Aku cuma doakan dia yang terbaik. Aku tumpang happy sebab dia happy.
Aku harap kali ni dia takkan salah pilih lagi walaupun sekarang ni aku nampak macam dah salah pilih.
-Tak ada yang sempurna-
~ Ex kawan kau, Mosecode
– Mosecode (Code) (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit