Kawan Aku Nama Lisa

Assalamualaikum dan selamat malam kawan kawan sekalian. Aku tulis la disini selamat malam dulu, aku tak pasti bila cerita aku akan disiarkan.

Aku ada beberapa kali dah post pakai nama lain. Tapi harini aku lah si Roro yang sedang menaip menggunakan telefon pintar pada pukul 2144 malam.

Disebabkan musim graduasi semenjak dua menjak ni, Lisa sahabat baik aku akan menerima segulung skrol tanda penghabisan master beliau dalam bidang sains.

Tak perlulah aku perinci kan Sains apa ya. Biarlah Lisa ini tidak diketahui umum, tapi kalau dia membaca ni, Lisa mesti tahu cerita ini mengenai dia.

Aku mengenali Lisa ketika kami sama sama berada di bawah program rancangan khas sekolah bestari, yalah program anak orang susah masuk sekolah asrama tu.

Kami mempunyai latar belakang lebih kurang sama, ramai adik beradik, ibu bapa berpendapatan rendah, duduk rumah Flat dan sebagainya. Bezanya dia anak terakhir, aku pula ada seorang adik lagi.

Kami senang rapat disebabkan persamaan ini. Tapi personaliti kami berbeza. Aku lebih lantang, dia lebih pendiam. Aku lebih nakal, dia anak yang baik. Aku lebih expressive, dia lebih pendiam.

Perangai aku pun tak ada lah nak dibanggakan sangat waktu sekolah, bila datang kepala angin tu, tak bercakap aku sehari suntuk. Dia pun tulis surat letak bawah bantal aku, mintak maaf.

Kelakar bila dikenang balik. Tapi secepat itu aku marah, secepat itu juga aku sejuk hati. Bila aku sakit, dia lah yang menemani di bilik sakit. Aku ni nakal nakal pun takut juga hantu. Asrama mana yang tak ada hantu kan. Lisa la yang teman, bersama seorang lagi rakan baik ku, Akia.

Sewaktu tingkatan 1 hingga 3, aku boleh dikatakan berdaya saing seangkatan kawan kawan straight A yang lain, Lisa nampak struggle pada awalnya,

Tapi setelah kami sama sama mengambil bidang sains sewaktu tingkatan 4, entah macam mana dia berjaya skor dan aku tercicir di belakang entah kenapa. Banyak main ke, atau memang aku tak boleh bawa subject Fizik dan Matematik Tambahan.

Teruk lah aku walau pun PMR dapat 8A, SPM terus mundur. Tetapi tidak bagi Lisa, Lisa juga berjaya mendapat 8A seterusnya berjaya dalam SPM. Lisa dapat straight A 10 subject manakala aku hanya berjaya skor 4A saja.

Tiada iri hati hanya doa mengiringi. Tiada siapa yang dipersalahkan selain diri sendiri. Tapi aku bangga betul dengan dia. Dari segi akademik agama memang dia la tiptop.

Dengan soft spoken nya, berjaya lah menambat hati seorang budak nakal, transfered student yang juga merupakan kawan sekelasku. Kawan lelaki yang aku namakan Aman ini, sudah mula sukakan Lisa dari kami Tingkatan Empat lagi.

Bila diusik tidak dilayan, Aman cuba untuk berkawan dan buat Lisa jatuh hati. Aku lah antara pengantara, cuma waktu itu Lisa sangat menitikberatkan soal pembelajaran, walaupun aku tahu Lisa menyukai Aman, tetapi dia tidak berkata apa apa.

Sehinggalah Aman mengenali kawan lain dan rapat, barulah Lisa menyuarakan isi hatinya kepada aku. Ohh. Rupanya Lisa ada hati juga pada Aman.

Aman terus sedih apabila aku menyampaikan perkara ini, tapi nasi sudah menjadi bubur. Terkuburlah perasaan Lisa kepada Aman.

Namun Lisa tidak berputus asa dan berjaya mendapatkan matrikulasi pilihan nya. Begitu lah habisnya waktu sekolah yang penuh dengan kemanisan remaja.

Persahabatan kami tidak terputus. Aku dan Lisa mula mencari pekerjaan selepas SPM, dan setelah kami mendapat keputusan untuk sambung belajar, aku ni universiti tempatan utk sijil diploma, dan dia ke matrikulasi.

Walau pun kami mempunyai set set kawan di setiap tempat kami belajar, kami tidak pernah lupa untuk berjumpa setiap sem sekali. Lisa masih Lisa yang aku kenal, baik pendiam sengal sengal sedikit.

Sewaktu kami di alam universiti, Lisa telah memberitahu aku satu berita, yang dia telah “couple” dengan seorang budak sekolah kami juga, antara yang good looking juga, namanya Aisar.

Antara pasangan yang kami tak sangka akan bercakap pun, telah couple. Aku nampak usaha Lisa dalam hubungan mereka. Namun, putus di tengah jalan.

Tapi yang paling aku tak tahan alasan putus itu, dia terima Lisa sebab Lisa ni baik, dia tidak sayangkan Lisa. Hanya kerana baik sahaja dia couple dengan anak dara orang ni. Nasib lah aku ketika itu berjauhan, kalau lah aku berada di sekitar Aisar tu, kaki aku sudah terbang di kepalanya.

Berani dia buat kawan baik aku? Sejak dari itu, hinggalah sekarang, Lisa masih tidak terikat dengan mana mana lelaki. Setelah dia putus dengan Aisar, aku nampak Aman cuba untuk memiliki hati Lisa, namun Lisa tidak menerima untuk bersama dengan siapa siapa pun.

Lisa ni merupakan anak bongsu dan harapan keluarga, dia lah yang menjaga mak dan abahnya sehinggalah ke nyawa terakhir. Itu antara rezeki yang tak semua orang dapat. Jaga mak ayah hingga tua.

Graduasi kali ini merupakan graduasi yang agak lewat bagi dia, asbab dia mengambil cuti dari belajar kerana ingin fokus menjaga syurganya.

Sementara dia mengambil masa rehat menjaga orang tua dan belajar, dia tinggal bersama kakaknya dan kakaknya yang membantu dari segi kewangan dan support untuk dia.

Aku tahu jauh di sudut hati, melihat aku dan Akia yang sudah mempunyai keluarga masing masing ini, dia agak bersedih. Aku selalu ingatkan dia, ada benda dalam dunia ni, yang kau dapat orang lain tak dapat, yang orang lain dapat, kau tak dapat.

Aku sentiasa menjadikan Aisar dan Aman sebagai contoh.

Tengok lah hidup Aisar, isterinya (sudah berkahwin anak seorang), tidaklah indah indah sebab isterinya selalu juga post pasal tanggungjawab suami, isteri terlebih berdikari lah, soal nafkah lah, sebelum ada apa apa yang lebih lagi, Allah dah selamatkan dia dari red flag itu.

Sama juga kalau hidupnya berjodoh dengan Aman, mungkin tidak ada peluang langsung untuk jaga kedua ibu dan ayah hingga habis nyawa. Aman jugak sudah berkahwin sekarang, dan tinggal di rumah keluarganya.

Aku juga selalu berseloroh dengan dia, jangan lupa tarik tangan aku kalau aku jatuh dalam neraka, bawah aku keluar ya. Dia budak baik. Aku doakan selalu agar dia dapat jumpa jodoh yang baik dan beramal soleh.

Setiap aturan Allah itu sudah cantik dan berhikmah. Kita saja akan tahu hikmahnya nanti bila kita kenang balik. Kini kami sudah menginjak ke alam 30an, dan Lisa telah mendapatkan tarikh untuk graduasinya.

To Lisa, aku nak kau tahu yang aku sentiasa ada dengan kau, terima kasih Allah kerana memberikan aku sahabat terbaik dunia akhirat, Semoga Allah sentiasa memberkati setiap langkah kawan ku Lisa.

Terima kasih kawan kawan kerana membaca cerita tentang Lisa ini.

– Roro (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *