Kawan Aku Narcissist Ke Aku Yang Overthinking?

Kawan aku narcissist ke atau selfish? Or aku yang overthinking?

Dia self center dan suka perhatian. Jenis mulut manis sangat2. Selalunya orang mudah suka dia sebab dia ramah.

Dia suka cerita masalah dia kat aku. Aku selalu dengar masalah dia, kawan kan mesti support each other.

Tapi bila aku nak cerita masalah aku, dia punya reaksi macam aku punya masalah ni nothing.

Dia kalau mesej je cari aku dia akan cerita masalah dia, tekanan hidup dia, Or mesej aku cakap rindu kawan la,

Tapi di akhir mesej tu Dia akan minta aku buat sesuatu untuk dia atau tolong dia.

Contohnya Dia cerita-cerita semua masalah dia sampai aku rasa kesianya berat ujian kawan aku ni.

Tapi di akhir perbualan dia cakap dia nak buka gerai makan kecil2, dia nak aku gi buat urus segala urusan perniagaan dia.

Dah kenapa pula aku yang kena urus? Dia yang nak jadi peniaga kenapa aku yang nak kena susah payah urus? Aku pun ada tanggungjawab aku sendiri.

Aku cuba tolak elok-elok, dia macam tak faham bahasa. Bukan nak berkira dengan dia, tapi pattern ni selalu berulang. Sampai aku dah mula rasa aku ni macam diperguna.

Padahal aku susah pun tak pernah aku fikir nak menyusahkan dia. Aku nak mengadu kat dia macam mana dia mengadu kat aku segala rasa sedih pun, dia buat acuh tak acuh je.

Ada hari raya tahun lepas, dia nak datang raya. Dia cakap dia nak makan nasi lemak air tangan aku.

Aku cakap aku minta maaf, aku masa tu tak sihat. Aku tak dapat masak untuk dia. Datang meraya boleh la.

Jadi petang sebelum raya tu dia datang kejap jumpa aku dan dia bawak kawan dia sorang lagi.

Lepas tu dia cakap kat kawan dia tu, aku nak masak nasi lemak special untuk dia.

Aku masa tu tergamam. Kenapa dengan dia, kan aku cakap aku tak sihat.

Ada la lagi benda lain yang pattern dia lebih kurang sama je.

Dia selalu cakap abang dan kakak dia benci dia. Kawan kolej ramai tak suka dia.

Mula-mula aku ingat diaorang tu ada masalah dan jahat. Tapi lama-lama Aku rasa yang bermasalah tu sebenarnya dia.

Kakak aku cakap, kalau semua family dia tak suka dia, mesti ada something wrong, kerana selama ni aku hanya dengar one side story.

Lama aku kawan dengan dia ni. Aku selalu husnuzon walaupun kehadiran dia buat aku Rasa macam tenaga aku ni disedut hingga kering.

Setiap kali dia telefon atau mesej, aku akan rasa gelabah dan tak tenang. Padahal kawan-kawan lain telefon aku tak ada rasa macam tu.

Tapi aku masih rasa serba salah tau. Adakah aku yang overthinking sebenarnya.

Aku nak letak boundaries pun aku jadi tak gamak, sebab dia kan cakap tengah tertekan, rasa nak mati.

Bagilah aku pendapat or nasihat. Aku dalam dilema ni. Aku ke yang overthinking atau kawan aku ni sejenis narcissist?

– Dini (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

12 Comments

  1. Otak kau yang bermasalah. Tidak biasa dengan keadaan hidup. Baru digigit semut, belum dibaham harimau. Hidup dengan dunia sendiri memang macam tu, bila menghadapi situasi yang baru, rasa macam pelik sangat dunia.

    • Bodoh reply kau ni. Suka hati je nak invalidate perasaan org. Org mcm ko la selalu manusia terpaling

    • aku tak rasa TT ni tak leh terima ujian, cumanya dia serba salah sbb fikir kwn dia bukan2 tapi dalam masa sama dia dah byk kali dipergunakan.

    • Aku rasa confessor ni cuma serba salah. Dia rada diperguna dan benda sama sering jadi,kwn yg sama sering perguna dia. Dia nak jauhkan diri tapi dalam masa sama dia rasa bersalah. padahal dia sendiri tahu ada x kena dgn kwn dia. Kita kuat kerana Allah yg beri kita kuat.

  2. haritu ada terbaca dekat sini pasal kawan ni juga, yang ambil kesempatan dekat dia padahal dia dengan family dia baik dengan kawan dia tu. kesimpulannya, baik awak gerak sebelum kemudian hari jadi apa apa dekat awak.

  3. sila jauhkan diri cepat2.. buat busy bila dia call.. sy pun ada kawan sama mcm tt ni.. bila dia cerita, mata mmg kena tumpu kat dia, kita je la dgr citer keluarga dia.. lama2 sy rasa pelik juga sbb dia cakap mak n adik beradik dia semua hati busuk, xnak tolong dia masa dia susah, bla bla bla.. n byk kawan dia pun jenis mulut puaka..

    x lama lepas tu dia palau kan sy, tanpa sebab kenapa.. jadi kesimpulannya, segala pertanyaan selama ni dah terlerai..

  4. Dia bulan narcissist tapi jenis tak fikir orang lain,dia fikir dia je.. narcissist teruk lagi.

  5. Cepat cepat angkat kaki sis & MIA pun tak apa haha. Kita akan penat & affected dengan perangai dia so better jangan dekat. Better kurang kawan tapi berkualiti.

  6. Ko list kan segala masalah ko, dari sekecik-kecik sampai la sebesar-besar masalah…
    Lepas tu tiap kali dia cerita masalah dia, sampai separuh, ko cut cerita dia, ko gtau pulak masalah ko…lama-lama konpem dia bosan

  7. diperguna member pun dah xleh nak letgo. esok2 kena hentak dgn laki, silap2 menadah je redha, terpaling isteri. kena cerek panas, pandai plak hg tarik tangan, kena dgn member, ko biar jer ‘melecur’. wow….and terpaling sahabat. hg ckp dia tertekan, tp skrg ni, hg ka dia yg ada dlm IIUM confession ni?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *