Hi kawan-kawan.. terima kasih admin jika siarkan. Tulisan ini hanya sekadar minta pandangan/ pendapat.
Ada kawan saya seorang ni tomboy, saya namakan ‘A’. bukan kawan zaman sekolah/ kolej. Tapi saya kawan dia dari salah satu sosial media.
Walaupun A ni perempuan tetapi ada gaya fizikal, muka yang cukup menunjukkan dirinya sebagai lelaki.
Saya kawan dengan dia dah 2t ahun lebih & selama 2 tahun dia menjadi kawan rapat setia yang boleh kongsi semua, good or bad, apa-apa nasihat, motivator dll.
Semuanya Bermula selepas pengumuman PKP bulan Mac. ‘A’ ini kerja dekat negara jiran kita.
Disebabkan covid-19, dia & team dia ditamatkan kerja, jadi ‘A’ kembali ke sini. Untuk makluman adik beradik ‘A’ ada 5 orang.. Dan dia anak bongsu.
Disebabkan menganggur, tiada pendapatan ‘A’ dah ada hutang sekeliling pinggang. Duit kereta, Duit sewa rumah, Duit bil telepon semua tertunggak dan ‘A’ minta pertolongan saya.
Demi menjaga persahabatan kami saya pun tolong settlekan segala hutang dia.
Background saya bukan kaya. Saya bekerja, income tetap tetapi cukup-cukup untuk menampung keperluan saya Dan Keluarga saya.
Bila dah sekali tolong, maka bab minta duit ni dah makin menjadi rutin bagi ‘A’’.
‘A’ juga memohon kerja di banyak tempat tetapi tidak berjaya. Bebanan bayar hutang dia jatuh atas bahu saya untuk beberapa bulan.
Sedikit demi sedikit, tangungan bayaran bil bulan-bulan, berubah kepada tanggungan segala urusan harian dia.
Duit potong rambut, isi minyak, duit untuk makan/ minum, duit beli barang dapur, segala barang yang dia minat online seperti baju, biskut makanan, phone cover, semua dia minta saya.
Makan kat foodpanda saya bayarkan. Pernah sekali kereta dia accident. Cat balik RM800 saya bayarkan. Service kereta dia saya bayarkan. Alasan dia tiada kerja tiada duit. Ada sekali rumah dia paip pecah, dia minta saya bayarkan RM500.
Emak dia hendak beli barang dapur minta saya RM500. Dia pergi kedai emas, teringin nak beli pendant bernilai RM1300, masa tu gaji belum masuk, saya dah puas cakap tidak boleh buat masa sekarang, sampai dia pujuk untuk bayar separuh. SAYA BAYAR.
Setiap kali saya bagi dia duit, ‘A’ ini turut akan kesal dan bagitahu dia menyusahkan saya.
Tetapi saya akan menafikan, mengapa? Saya pun tidak tahu. Saya tidak mahu ‘A’ tahu saya juga kesempitan wang. Hampir setiap hari duit saya keluar.
Dan paling kejam hutang saya makin bertambah. Adik saudara dengan kawan kerja sekali saya berhutang.
Saya mula stress setiap kali mereka minta duit balik. Saya kehabisan duit simpanan, dan duit untuk perbelanjaan saya pun tiada. Salah saya tidak beritahu hal ini kepada mak ayah atau mana-mana kawan.
Saya sanggup gadaikan emas, pecahkan tabung untuk bagi dia duit.
Pernah sekali duit tabung cecah RM180, baru siap tukar duit kertas, mesej dari dia masuk. Minta topup RM30, speaker kereta dia rosak RM150. Sungguh patah hati, marah, stress.
Saya dah faham this is unhealthy. Saya kena buat sesuatu. Ada suatu masa saya dapat duit over-time, masa tu dua minggu sebelum hari jadi saya.
‘A’ ni dah siap bagi list yang saya kena bayar. Saya kira semua dan itu dah cecah lebih dari duit Over-time. I pray to God, minta tunjuk-ajar.
Semua perasaan yang pendam selama ini, meletup.. terus saya kata ‘maaf saya tidak boleh bayar selepas ini sebab tidak mampu.’’
Terus seminggu dia senyap, block saya kat sosial media. Even besday saya pun dia wish paling last, tu pun dia labelkan saya sebagai orang yang mungkir janji. Dia mula treat saya mcm tidak wujud di dunia dia.
Masa tu hati saya kucar/ kacir. Saya kekosongan dari segi wang. Kena tinggal kawan. Family tidak tahu hal ini, saya keseorang. Hari-hari saya nangis, mcm orang gila saya menanti hari gaji. the best part, dalam keadaan ni saya tetap pergi kerja, kuatkan semangat.
‘A’ ni dah makin jauh. Seriously that’s hurts. Saya tolong dia dlm apa jua keadaan, bila saya dah tidak larat dia tinggal saya. Saya ambil ikthibar, saya slow-slow settlekan smua hutang kawan2, saya start saving balik, saya mula untuk spend for myself… tapi trauma tu masih ada..
Pernah sekali ada duit dalam RM2300 pergi jusco untuk shopping..
Puas 4 jam dalam tu, balik rumah kira balik, barang saya yang beli hanya untuk RM80.. sebab setiap kedai yang saya masuk, tangan automatik akan gegar, jantung laju, rasa takut duit akan habis..
Ada satu hari ‘A’ email saya meminta maaf, minta jadi kawan balik, hampir setiap hari saya terima email, Saya unblock dia, elok seminggu lalu, dia mula balik isu hutang dia. Dia kata hutang dah banyak minta settlekan. Macam gelombang kedua.
Saya dah penat. This is toxic. Soalan saya, adakah dia betul2 kesempitan wang? Adakah saya je kawan yang boleh tolong? Atau dia mempermainkan saya? Can she survive without me?
Minta pendapat dari semua…
– Anonymous (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit